Part 29


Tuan Kangta masuk ke dalam ruangan dimana Sehun ditempatkan sendirian. Lelaki itu masih menunduk dan tidak bergerak. Kerusi diambil dan Tuan Kangta duduk berdekatan dengan Sehun.

Jeriji besi itu dipukul untuk mengejutkan Sehun. Sehun mengangkat sedikit wajahnya.

"Dah mengalah?" soal Tuan Kangta.

Sehun ketawa sinis. Dia tidak menjawab pertanyaan Kangta.

"Jadi duduklah dalam tu sampai kamu setuju untuk ikut aku balik.." balas Tuan Kangta lalu bangun dari kerusinya. Dia ingin beredar. Tak betah berlama-lama dengan orang yang derhaka dengannya.

"Seronok ke.. hancurkan hidup orang?" tanya Sehun, menyindir lelaki itu. Langkah lelaki itu berhenti.

"Seronok ke.. seksa orang untuk kepuasan kau?"

Tuan Kangta berpaling menghadapnya.

"Seronok kan, arah orang buat itu ini untuk tutup kebusukkan hati kau."

"Kau—Ergh"

Sehun keluar dari sangkar dengan sekelip mata dan mencekik Tuan Kangta. Fizikalnya berubah. Dia menolak lelaki itu sehingga terhempas ke dinding. Tangannya masih mencengkam leher Tuan Kangta.

"Kau ingat nyawa orang tu tak ada harga ke?! Kau ingat dengan hapuskan Seungwan aku akan tunduk pada kau?!" marah Sehun.

Tuan Kangta cuba untuk melepaskan dirinya. Dia tak sangka kekuatan Sehun mampu untuk melebihinya yang lebih berpengalaman ini.

"Kau musnahkan hubungan yang aku dan Seungwan cuba bina! Kau putuskan persahabatan aku, Seungwan dan Irene. Dan kau simpan Irene dekat sini untuk jadikan dia tahanan kau sampai dia bertukar jadi jahat macam ni! Apa yang kau hasut pada dia?! Apa yang Seungwan buat sampai kau benci sangat dengan dia?!" jerit Sehun.

Pipi Tuan Kangta ditumbuk. Lelaki itu jatuh tersungkur. Tuan Kangta cuba untuk bangun namun Sehun cepat-cepat menindihnya. Sekali lagi dia ditumbuk bertubi-tubi sehingga giginya ada yang tercabut dari tunasnya.

"Kalau kau tak bunuh Seungwan.. Aku dengan dia dah hidup bahagia sekarang ni!!"

Tuan Kangta menyerang balas. Dia menendang perut Sehun dan bangkit semula.

"Dia keturunan musuh! Kau nak penjelasan apa lagi?!" balas Tuan Kangta.

"Jadi kenapa?! Salah ke aku cintakan wanita dari puak musuh?!"

"Memang salah! Kau dah cemarkan nama keluarga! Kau dah cemarkan institusi kita! Kita tak setaraf dengan keluarga vampire Britain!"

Sehun mengangguk setuju.

"Betul. Sebab keluarga ni lagi hina daripada keluarga sana.. Dan aku tak mahu lagi bersekongkol dengan keluarga hina yang layak dipijak ni.." Hina Sehun.

Dia tak peduli lagi. Dia tak mahu pun darah Perancis ini. Kalau boleh, dia mahu menukar kewarganegaraannya. Tuan Kangta bengang.

"Jangan berani hina darah daging kau Oh Sehun!"

"Sejak mak bapak aku mati, darah dalam badan aku ni bukan lagi darah Perancis. Aku masih hidup pun sebab kau nak bolot kekayaan dengan gunakan aku. Kau tahu pembesar-pembesar sayangkan mak bapak aku begitu juga dengan aku jadi kau ambil kesempatan. Kalau Siwon dan Sooyoung tak rampas aku dari kau, agaknya aku memang dah jadi pengikut bodoh kau sekarang ni.."

Tuan Kangta menampar pipi Sehun.

Dia melayan Sehun serupa putera raja selama ini namun ini yang diterimanya sebagai balasan? Apa lagi yang patut dia buat agar Sehun mendengar katanya?

"Tak payah pura-pura baik dengan aku. Kau pembunuh. Kau bunuh mak bapak aku dan Seungwan. Aku tak akan pernah maafkan kau!"

Sehun mencengkam bahu Tuan Kangta dan menggigit leher lelaki itu. Tuan Kangta mengelak namun tak semena-mena, daging dilehernya terkoyak. Genggaman gigi taring Sehun begitu kuat dan kemas sehingga mampu mengoyakkan kulit.

"Sial kau Oh Sehun! Aku jaga kau dari kecil---"

"Kau tak pernah jaga aku! Kau hanya tahu hantar orang-orang kau untuk perhatikan aku sampai Sooyoung dan Siwon tak senang duduk! Kau buat Sooyoung dan Siwon macam hamba kau! Aku tak akan pernah boleh terima semua tu!"

Sehun mengejar Tuan Kangta. Lelaki itu tidak berdaya lagi untuk berlari kerana darah yang memancut laju keluar dari lehernya yang terkoyak.

Sehun menjadi binatang buas. Dia menggigit bahagian lain pada badan Tuan Kangta.

"Irene! Panggil pengawal!!"

Tuan Kangta menyeru nama Irene. Tapi tidak ada yang menyahut. Sudah nyawa-nyawa ikan Tuan Kangta sekarang.

Dia mula memakan organ-organ dalaman Tuan Kangta dengan rakusnya. Walaupun ianya tidaklah senikmat mana, tapi atas pembalasan dendam dia sanggup lakukannya.

Taehyung yang berada diatas siling memerhati dengan diam.

"Dah mati orang tua tu.." omel Taehyung, perlahan.

Dia terbang keluar melalui jendela kecil diatasnya. Dia harus mengelak daripada Sehun buat sementara waktu. Dia tak boleh mati lagi ditangan lelaki itu. Ada sesuatu yang perlu dia lakukan terlebih dahulu.

...

"Mak-Makcik?"

Miyoung mengangguk.

Boa menahan sabarnya. Pertama kali dia dipanggil makcik oleh seseorang yang baru sahaja ditemuinya. Senyuman cuba diukir ke bibir.

"Nama aku Boa. Bukan makcik. Aku masih muda lah!" bentak Boa. Dia baru sahaja berusia 10000 tahun. Itu lebih kurang 32 tahun bagi manusia. Agaknya lah. Dia malas nak mengira.

"Oh. Saya Miyoung. Makcik tahu tak mana dua orang lelaki yang bawa saya ke sini?" tanya Miyoung lagi. Boa menayangkan wajah datarnya. Suka hati kau lah budak nak panggil apa. Nasib baik cantik.

"Hoseok dan Yoongi ke? Mereka tengah berkawal diluar.." jawab Boa.

"Irene?"

"Irene?"

"Ya. Perempuan yang pakai jubah hitam tu.."

Boa baru teringat. Irene rupanya nama gadis vampire itu.

"Dia tengah berehat dekat bilik sebelah. Kami terpaksa pisahkan kamu sebab vampire Perancis bukannya boleh percaya sangat. Kami kena lindungi keturunan kami," jawab Boa, tenang.

Miyoung mengerutkan dahinya.

"Keturunan? Siapa?" soal Miyoung.

"Kamu.." jawab Boa. Mulut Miyoung ternganga. Bila masa pulak mak ayah dia tu ada kaitan dengan Boa? Setahunya, mereka berdua sama-sama berdarah korea cuma ibunya sahaja ada kacukan tapi kacukan Kanada.

"Bukan secara darah daging tapi kamu tetap salah satu dari kami. Cik Seungwan pernah selamatkan moyang kamu dulu. Jadi secara automatiknya, kamu sebahagian daripada kami," jelas Boa.

Miyoung tercengang. Dah kenapa pula boleh jadi macam tu? Sejak bila pula moyang dia kenal dengan perempuan bernama Seungwan ni?

"Kamu nak melawat istana?" ajak Boa. Sengaja mahu mengalihkan perhatian Miyoung. Miyoung mengangguk sahaja.

Dia dibawa keluar dari bilik rawatan ke ruang galeri. Disana, terdapat begitu banyak barang bersejarah termasuklah satu gambar Seungwan ditengah-tengah galeri.

"Dia hampir dijadikan pemilik istana ni. Cik Seungwan seorang yang baik dan disayangi seisi istana ni. Sayang, dia lebih memilih untuk bersama musuh. Kami agak kecewa. Tak tahulah bagaimana dia boleh menipu keluarga sana sampaikan mereka tak dapat tahu identiti sebenarnya sebagai vampire. Selama ni keluarga sana ingat dia adalah manusia tulen."

"Stop. Kenapa saya perlu tahu?" Miyoung agak jengkel dengan perceritaan Boa. Dia rasa tak penting pun. Dia pun tak ingin tahu. Rasanya, dia memang betul-betul anti dengan gadis yang sering dibandingkan dengan dirinya itu.

"Supaya kamu tak membenci dia lagi Cik Kim Miyoung.." jawab Boa. Miyoung senyap sebaik sahaja nama penuhnya disebut. Macam mana pulalah makcik ini tahu namanya?

"Kamu kena berterima kasih pada Cik Seungwan sebab dah serahkan segalanya untuk kamu termasuklah lelaki yang dia cintai," sambung Boa. Miyoung melakukan isyarat agar Boa berhenti.

"So makcik nak cakap saya perampas lah?" Miyoung hampir menengking Boa. Boa menggeleng.

"Bukan itu maksud saya.."

"Habistu apa?! Makcik cerita semua ni pada saya sebab nak saya rasa bersalah kan?! Nak saya fikir yang saya ni perampas?! Eh saya pun tak nak lah lelaki tu! Saya ada dengan dia pun sebab kontrak bodoh tu!" marah Miyoung.

Nafasnya naik turun. Matanya bergetar. Tangannya dikepal. Dia benci! Dia benci apabila orang menganggap dia hanyalah orang ketiga dalam kisah Sehun dan Seungwan. Apa salah dia?

"Kalau Cik Seungwan tak selamatkan moyang kamu yang degil nak kejar dia, kamu dan keturunan sebelum kamu tak akan hidup lah!" Boa turut sama membalas.

Dia berada di pihak Seungwan. Dia tak boleh bersabar sekiranya cik puannya dihina oleh orang yang tidak mengenang budi.

"Cik Seungwan kau tu yang bodoh. Kalau dia tak selamatkan moyang aku, aku tak perlu hidup sengsara macam ni. Mak aku tak akan mati. Ayah aku tak akan hidup macam mayat hidup sampai jual aku! Cakap dengan perempuan yang kau agungkan tu, ambillah balik kekasih dia Oh Sehun tu. Hubungan aku dan dia pun sekadar master dan pet. Tak ingin aku dibandingkan dengan perempuan sadis macam tu.."

"Kim Miyoung!!"

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top