Part 27
Irene bangun dan keluar dari bilik Tuan Kangta dalam keadaan yang begitu lemah. Jalannya terhenjut-henjut. Luka dibelakangnya semakin membesar. Wajahnya yang sedia pucat kini sudah seperti tiada lagi darah.
Bibirnya juga bertukar menjadi biru. Dia menahan dirinya pada dinding. Pening.
Loket yang disorokkan didalam poket baju dikeluarkan lalu dipakai. Dia membuka loket yang boleh menyimpan gambar didalamnya itu. Gambar Seungwan dan dia yang sedang berada ditaman ditenung.
Dia rindu dengan sahabat baiknya itu. Dia sendiri pun tak ada niat untuk membunuh Seungwan namun dia terpaksa. Kalau dia serahkan Seungwan pada keluarga Ahn, Seungwan dan Sehun pasti akan merana. Sekurang-kurangnya dia tahu, Seungwan sudah tenang dialam sana.
Penjara bawah tanah dituju. Dia tak akan biarkan Miyoung menjadi mangsa yang seterusnya. Dengan kuasa yang dia ada, dia menghalimunankan dirinya dan berjalan melintasi para pengawal.
Walaupun kepalanya terasa sakit ketika ini, tapi dia tak akan mati selagi Miyoung belum diselamatkan. Pintu ke bawah tanah dibuka. Tangga dituruni satu-persatu. Para pengawal dikawasan satu nampaknya sudah tiada. Mungkin pergi berehat.
Dia perlu melewati lima lagi kawasan keselamatan sebelum tiba di penjara yang menempatkan Miyoung. Harapnya kuasanya tidak akan berhenti disitu.
Miyoung membuka matanya. Dia tertidur setelah didera dengan begitu teruk semalam. Belakangnya sakit. Badannya tak mampu diangkat.
Dia dengar tapak kaki seseorang yang datang mendekatinya. Miyoung tak bertenaga untuk melihat siapakah gerangan orangnya itu.
Matanya kembali terkatup. Dia lemah ketika ini.
Pintu penjara dibuka dengan kunci utama. Irene masuk ke dalam dan mengejutkan Miyoung.
"Seungwan.. bangun Seungwan.." kejut Irene. Dia jatuh terduduk disebelah Miyoung. Lemah sahaja tolakannya pada Miyoung.
Miyoung kembali sedar. Dia bingung melihat ada seorang vampire dihadapannya. Rasanya dia cam wajah itu. Seperti pernah dilihatnya tetapi dia lupa dimana.
"Seungwan. bangun dan lari.." arah Irene. Miyoung bangkit dan menjauhi Irene. Dia tak pasti samaada dia perlu percayakan gadis itu atau tidak.
"Aku dipihak kau Seungwan. Kau kena lari. Selamatkan diri. Biar aku ganti kau dekat sini.." arah Irene lagi. Dia cuba menolak Miyoung untuk pergi namun dirinya tidak berdaya lagi.
"Kejap. Kau siapa? Kenapa kau tolong aku?" soal Miyoung. Dia takut ini salah satu rancangan jahat vampire diistana ini.
"Aku Irene takkan kau tak ingat Seungwan?"
"Aku bukan Seungwan! Aku Kim Miyoung. Kenapa semua orang asyik kaitkan aku dengan dia?" marah Miyoung. Masih sempat lagi padahal dirinya sedang dalam bahaya. Irene terdiam. Dia tersilap panggil lagi.
Lagipula pandangan matanya sudah kabur. Dia tak dapat bezakan Seungwan dan Miyoung. Mereka sama.
"Tak ada masa nak jelaskan.. Pergi.. Ikut jalan kiri dan kau akan keluar ke bandar. Ambil taxi dan kembali ke negara kau. Jangan balik Quahog. Pergi tempat lain yang vampire tak dapat jejak kau.." pinta Irene.
Miyoung menggeleng.
"Habistu nak tinggalkan kau dekat sini sebagai ganti? Tak nak. Kau ikut sekali." Miyoung cuba untuk membantu Irene bangun tetapi vampire itu melawan.
"Kalau kau tak nak ikut.. Aku tak nak pergi.." ugut Miyoung. Irene berdecit. Dia mengalah. Semua ini demi keselamatan Miyoung. Mereka berdua menolong satu sama lain untuk berjalan dan lari dari sana.
Keluar sahaja dari istana, mereka tiba di sebuah bandar lama. Suasananya hampir sama seperti di Quahog. Lembap dan berkabus.
Ada begitu banyak kawasan yang dihalang dengan benda tajam. Nampak seperti sebuah sempadan.
"Argh!" Irene menjerit kesakitan. Dia jatuh terduduk. Lukanya terbuka semakin besar.
Miyoung menilik belakang Irene untuk melihatnya dan terkejut. Tangannya terketar-ketar. Daging Irene boleh dilihat dengan jelas. Mengerikan.
"Pergi Seungwan. Lintas sempadan tu dan kau akan selamat.." Irene menghalakan jarinya kearah kawasan berkabus dihadapan mereka. Miyoung menggeleng.
"Aku tak boleh tinggalkan kau. Lagipun aku tak tahu lagi kenapa kau tolong aku?" bantah Miyoung. Irene menoleh kearah Miyoung.
Padahal dirinya ini sudah tidak berguna lagi. Penting sangat ke tujuan kenapa dia tolong Miyoung?
"Aku buat atas sebab persahabatan. Aku tak mahu Sehun bersedih buat kali kedua atas kesilapan aku lagi. Sehun perlukan kau Miyoung. Kau kena hidup.." jelas Irene.
"Ya dia perlukan aku sebab darah aku--"
"Lebih dari tu Miyoung. Dia sayangkan kau. Aku nampak dari cara dia cuba untuk selamatkan kau tadi Miyoung. Kau lebih istimewa daripada Seungwan. Kau berbeza.." jelas Irene, lagi.
"Pergi dan hidup! Sehun akan kembali bila masanya tiba! Pengawal akan datang tak lama lagi. Pergi!" Arah irene. Dia menghalau Miyoung dengan kasar.
Kedengaran suara vampire semakin mendekati mereka. Miyoung teragak-agak mahu pergi. Dia bangun perlahan-lahan namun tangannya masih memegang tangan Irene.
"Aku akan datang balik kejap lagi." Miyoung mengheret badan Irene dan menyorokkannya dibelakang beberapa kotak bir yang telah lama ditinggalkan. Bir lama itu dibuka dan dicurahkan disekeliling Irene. Berharap yang pengawal tidak dapat menjejaki bau Irene.
"Tunggu sini.." arah Miyoung.
Dia berlari ke dalam kabus mengikut arahan Irene. Suara vampire menjerit memanggil namanya kedengaran.
Mereka mendekatinya dan menghalangnya daripada melarikan diri.
"Tolonglah lepaskan aku.." rayu Miyoung. Pengawal tidak mempedulikannya. Kedua lengannya dipegang dan dia cuba dibawa pergi dari sana. Miyoung menjerit meminta tolong.
Tiba-tiba, kepala satu salah vampire tercabut dan jatuh ke lantai. Miyoung terkedu..Pengawal lain mengelilingi Miyoung dan menghalakan senjata kearah sekeliling mereka.
Kabus menghilang dan serentak itu dua orang askar berpakaian putih formal muncul dihadapan mereka. Mereka tidak nampak seperti dari istana Perancis.
"Kau tahu kan kau dah lepasi sempadan?" soal salah seorang dari mereka.
"Kami nak tangkap banduan je.." jawab salah seorang vampire.
Mereka berdua cuba untuk memandang wajah Miyoung. Reaksi mereka berubah.
"Lepaskan dia sebelum kau keluar dari sini tanpa nyawa.." arah seorang lagi. Vampire Tuan Kangta itu tidak mahu menyerahkan Miyoung.
Kedua lelaki misteri itu mula membetulkan urat saraf mereka. Senyum sinis dihadiahkan.
"Well.. If you said so.."
Kepala para vampire itu dicabut dalam sekelip mata. Miyoung kaku. Pengawal yang tidak sempat untuk dibunuh berlari menyelamatkan diri. Miyoung pula berundur kerana takut.
"Cik Seungwan.. Selamat kembali.." ujar salah satu daripada lelaki itu.
"Ko-korang siapa?" tanya Miyoung.
"Cik tak ingat? Saya Hoseok dan ini Yoongi. Pengawal peribadi cik."
Dahi Miyoung berkerut.
"Pengawal peribadi Son Seungwan?"
Hoseok dan Yoongi.
"Jadi Seungwan tu vampire?"
Hoseok dan Yoongi memandang satu sama lain lantas ketawa.
"Iya..Cik ni kenapa? Lama sangat tak balik sampai dah amnesia?"
"Tapi aku bukan Seungwan.."
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top