Part 23

"Jom teropong!" ajak Miyoung. Dia menarik teropong besar yang berada disetiap sudut Eiffel Tower dan mula meneropong bandar.

"Woah.. daebak.." ujarnya, perlahan.

Sehun mendekatinya dari belakang dan menggerakkan teropong itu kearah suatu tempat.

"Itu Pont des Arts, jambatan cinta. Nanti kita pergi sana. Sebelah sini, Wall of Love (Le Mur des Je’t’aimes). Tempat ni terkenal. Dengarnya ramai jumpa pasangan hidup dekat sini.." ujar Sehun.

Miyoung mendengar sahaja penerangan Sehun. Paris itu rumah lamanya. Dia sudah tinggal disana untuk masa yang lama. Jadi semuanya dia tahu. Tinggal tanya sahaja.

Miyoung memalingkan wajahnya kearah Sehun. Jarak mereka begitu dekat ketika ini. Sehun terpaku. Bagaikan ada sesuatu yang mengawalnya agar fokus pada gadis dihadapannya itu sahaja.

"Kita pergi sana?" soal Miyoung. Sehun mengangguk.

Miyoung berpusing-pusing ditaman dibawah menara Eiffel. Dia mengikuti rentak lagu yang dimainkan oleh penyanyi jalanan disana. Dia menghulurkan tangannya kepada beberapa orang kanak-kanak agar turut sama menyertainya. Mereka bersama-sama menari disitu dan menarik perhatian pelancong lain. Mereka bertepuk tangan mengikut rentak sambil menikmati lagu yang dimainkan.

Saat sedang menari, Miyoung terlepas pegangan daripada tangan kanak-kanak yang dia pegang. Hampir saja dia terjatuh namun sempat disambut oleh Sehun.

"Careful.." bisik Sehun. Dia membiarkan Miyoung untuk menyambung berdansa dengan kanak-kanak itu.

Butler Kang datang ke sisinya sambil membawa kamera yang diminta. Sehun mula mengambil gambar Miyoung secara senyap. Saja untuk dibuat kenangan.

"Cik Miyoung cantik sangat, tuan.." puji Butler Kang. Dia terhibur melihat Miyoung ketawa dengan begitu rancak disana.

Gadis itu turut berinteraksi bersama vokalis penyanyi jalanan.

Sehun menjeling Butler Kang. Rasa tercabar.

"Tu-Tuan jangan marah. Ini pujian. Ma—maaf tuan. Saya tak buat lagi.." ujar Butler Kang. Dia menunduk beberapa kali untuk meminta maaf. Sehun menghentikan Butler Kang daripada mendedahkan identiti mereka disana. Biarlah tiada orang tahu bahawa ada vampire disana. Nanti lain pula jadinya.

"Tak perlu minta maaf. Apa yang kau cakap tu betul," balas Sehun. Dia kembali bermain dengan kameranya dan menangkap gambar Miyoung.

Butler Kang tersenyum. Dia tak pernah nampak Sehun begini sejak hari pertama mereka bertemu. Selalunya, lelaki itu diam dan lebih banyak memikirkan tentang kerja.

Tuannya itu juga tak pernah bersetuju dengan apa yang orang bawahan katakan. Dia juga tak suka apabila orang mengusik hak miliknya.

Ingat lagi bagaimana Sehun mengerjakan Jongdae setelah tahu bahawa lelaki itu cuba untuk menyerang Miyoung tempoh hari.

Dia juga ingat saat Sehun yang tak henti-henti bertanya tentang Miyoung semasa mereka sedang bergaduh sehingga berpisah bilik hari itu. Banyak kali lelaki itu menyuruhnya untuk memastikan Miyoung cukup makan dan tidur. Tuannya itu tak pernah sebegitu protektif sebegini. Itu pun mengikut cerita keluarganya lah. Ini bagaikan satu keajaiban.

Adakah tuannya sudah melupakan kekasihnya yang telah tiada itu?

Atau, memang Sehun dah lama lupakan gadis itu? Sebab itu dia marah bila ada orang yang cuba mengingatkan dia?

...

Kali ini, mereka pergi ke Sungai Seine untuk menaiki bot. Beberapa vampire lain sudah berada disitu.

Miyoung berada dihadapan sekali seperti jangkaan. Pet lain hanya mampu melihat dalam diam kerana hubungan mereka dengan master masing-masing masih tidak serapat Miyoung dan Sehun mahupun Baekhyun dan Taeyeon.

Chanyeol memerhati Sehun yang sedang mengawasi Miyoung dari belakang. Dia rasa pelik dengan sikap Sehun. Selalunya Sehun akan perkelakuan sebegini apabila malam bulan purnama bakal tiba. Tapi malam itu jatuh pada bulan hadapan bukan sekarang.

Rasa curiganya semakin menebal. Dia tak boleh biarkan Sehun mengapa-apakan gadis yang tidak bersalah itu. Dia mahu menghantar Miyoung kembali kepada dunianya yang asal. Kerana dia tahu, Miyoung tak pernah bersetuju dengan syarat-syarat untuk dijadikan penderma.

Jongin membuang pandang kearah lain. Rasa menyampah melihat Sehun yang asyik berkepit dengan bakal isterinya itu. Sudahlah orang lain mempunyai pasangan masing-masing kecuali dia, Chanyeol dan Junmyeon.

Para pet mengumpat dalam hati. Mereka rasa Miyoung agak bodoh. Tidak tahukah gadis itu bahawa mereka akan berjumpa dengan ketua vampire yang digeruni seantero dunia tidak lama lagi? Kenapa gadis itu nampak seronok sedangkan nyawa mereka sedang dalam taruhan sekarang ini?

Mereka dapat keluar jalan-jalan pun kerana atas permintaan Sehun pagi tadi. Awal pagi mereka dikejutkan dengan pengumuman bahawa perjalanan mereka ke istana vampire ditangguh sementara kerana Sehun ingin membawa Miyoung untuk bersiar-siar.

Tidak ada yang berani melawan kerana takutkan Sehun. Bahkan Siwon dan Sooyoung hanya menuruti sahaja permintaan adik lelaki mereka itu.

Seandainya Miyoung sedar bahawa dia sedang menjadi sasaran keluarga besar vampire sekarang ini, mungkin dia akan berada dalam situasi pet lain sekarang. Diam sambil mengenang masa yang tinggal.

Junmyeon bangun dan duduk dibahagian belakang bot. Dia memakai headphone dan memasang lagu sehingga pecah volumenya. Dia tak mahu lagi dengar suara pet-pet yang sedang mengutuk Miyoung.

Dia rasa bagaikan mahu membunuh satu-persatu dari mereka yang berada disana. Yang dia boleh puji hanyalah Taeyeon sekarang ini. Hanya gadis itu yang tidak mempedulikan kerenah Miyoung bahkan sebaliknya dia terhibur.

Dia juga mahu berseronok sebegitu rupa cuma tatatertibnya dijaga agar dia tidak terlihat keanak-anakkan. Lagipun dia mempunyai tujuannya sendiri untuk menjadi penderma kepada vampire. Junmyeon tahu semua tu tapi dia diamkan sahaja.

Tentang kehilangan kakak Taeyeon pun dia tahu tapi dirahsiakan. Dia tak mahu Taeyeon bersedih. Lagipun Baekhyun terlalu melindungi Taeyeon sehingga dia sanggup melakukan apa sahaja demi melihat senyuman gadisnya itu.

Baekhyun dan Sehun sama. Dua-duanya dibutakan kerana seorang gadis. Tapi dia pun sama. Masih menyimpan perasaan terhadap Miyoung cuma perasaan itu telah beransur-ansur hilang.

"Seronoknyaaa!!" jerit Miyoung, riang. Angin yang menerpa kearah Miyoung menyebarkan bauannya ke seluruh kawasan.

Beberapa vampire tak lain tak bukan Chanyeol dan Jongin menekup hidung mereka, menahan diri daripada hilang kawalan.

Mereka masih lemah dengan bauan B-negative itu.

Sehun menoleh ke belakang. Geli hati melihat adik-adiknya yang sedang mengawal diri masing-masing. Tak dinafikan, bauan Miyoung lebih melazatkan daripada pet yang lain. Bahkan Sehun boleh dikatakan hampir tidak pernah menghidu bau darah pet lain.

Hidungnya bagaikan telah ditutup untuk menghidu bau mereka kecuali Miyoung.

"Miyoung.." panggil Sehun.

Gadis itu menoleh. Serentak itu kamera ditekan.


"Pretty.." ujarnya, perlahan sehingga tidak dapat didengari oleh sesiapa pun. Miyoung berebut untuk melihat gambar yang diambil oleh Sehun.

Dia bagaikan sudah amnesia dengan apa yang berlaku semalam.

Dengan sekali pujukan sahaja, hubungan mereka kembali normal.

Tapi, adakah itu semua akan kekal selamanya?

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top