Part 16
Sehun membuat keputusan untuk pulang terlebih dahulu dan membatalkan perjanjian disebabkan Taehyung. Matthew beberapa kali memujuk lelaki itu agar menarik semula pembatalan tersebut namun sekali Oh Sehun membuat keputusan, dia memang tidak akan berpatah balik.
Miyoung dan Sehun sama-sama bermasam muka. Sejak didalam kereta tadi, mereka langsung tak menyapa satu sama lain. Gadis itu juga duduk agak jauh daripada Sehun dan meletakkan beg pakaiannya diantara mereka sebagai penghadang.
Beberapa jam berlalu, mereka sampai dimansion keluarga Choi.
Sehun meninggalkan Miyoung untuk mengangkat barangnya sendiri. Sifat asalnya telah kembali. Butler Kang juga dihalang daripada membantu gadis itu. Berbekalkan kudrat yang ada, Miyoung mengangkat tiga beg bajunya yang besarnya separuh daripada badannya bersendirian.
Masuk sahaja ke dalam mansion, dia disapa dengan adik-beradik vampire itu. Mereka memandangnya dengan pandangan bingung namun tidak ada seorang pun yang berganjak untuk menolongnya kecuali Jongin.
Lelaki itu datang lalu menyapanya dengan wajah yang begitu risau.
"Tangan kau kenapa?" soalnya. Dibelek-belek tangan Miyoung beberapa kali.
"Lepaslah.. Jangan sentuh aku." arah Miyoung. Jongin merampas beg ditangan Miyoung dan membawa kesemuanya.
"Oh Sehun tak guna.. Aku biarkan future wife aku dengan kau ingatkan dia selamat rupa-rupanya dengan kau lagi teruk! Biar aku belasah kau!" marah Jongin. Masih lagi perasan.
"Kai.." panggil Miyoung. Wajahnya sudah pun berkerut.
"Tak payah kacau Sehun, eh? Jangan buat dia marah lagi kalau tak nak aku ikut mengamuk sekali.." pinta Miyoung. Gadis itu pergi kearah lif dan menekan butang ke tingkat atas. Dibiarkan sahaja Jongin membawa beg pakaiannya itu.
Sampai sahaja dihadapan bilik, Miyoung mengetuk pintu. Menunggu Sehun untuk membukanya.
Lama menunggu, lelaki itu tidak membuka pintu untuknya. Dia disapa oleh Butler Kang.
"Cik.. Tuan kata dia tak nak ada sesiapa ganggu dia. Buat sementara, Cik boleh berehat dekat bilik tetamu.." pinta Butler Kang. Miyoung diam. Dia mengekori Butler Kang meskipun hatinya sakit.
...
Tiga minggu.
Tiga minggu Sehun pulaukan dia! Tiga minggu dia menginap di bilik tetamu tanpa dihiraukan oleh sesiapa. Lelaki itu langsung tidak menyapanya untuk meminta maaf. Ini sudah lebih!
Sooyoung dan Siwon juga tidak dapat menolong dan kelihatan seperti tidak mahu masuk campur dalam hal mereka. Miyoung agak terkilan.
Kalau dia tahulah macam ni, dah lama dia cabut lari dan kembali kepada ayahnya. Namun kerana kontrak tak guna itu, dia boleh dikenakan saman yang tidak mungkin dia mampu bayar meskipun sudah mempunyai tujuh keturunan.
Sekali lagi, Sehun hanya melepasinya seperti dia adalah manusia halimunan. Wajah lelaki itu semakin dingin dari hari ke hari. Bahkan adik-beradik yang lain juga tidak berani untuk memandangnya.
"Berlagak.." umpat Miyoung dalam hati.
Sehun berhenti melangkah. Dia mahu memusingkan tubuhnya namun tidak jadi dan kembali melangkah keluar dari mansion.
Kereta sudah menunggunya disana. Ada kerja yang perlu dia selesaikan sebelum bulan purnama tiba.
"Miyoung.. Nak ikut pergi jalan-jalan?" ajak pet kepada Minseok. Lelaki tertua dikalangan vampire itu nampaknya agak tidak selesa dengan ajakan itu.
Miyoung menggeleng. Menolak pelawaan pet Minseok.
"Takpe. Pergilah. Sehun tak bagi keluar.." jawab Miyoung. Pet milik Minseok mengangguk faham. Dia dan Minseok terus meninggalkan Miyoung sendirian disana.
Gadis itu terus melangkah mendekati lif. Tingkat ke kawasan larangan ditekan. Tak tahulah kenapa hatinya seperti mahu berada disana.
Pintu lif terbuka. Kawasan itu masih sama gelapnya seperti dulu.
Sofa yang berada disebelah kanan didekati. Badannya dibaringkan disana lantas dia menutup matanya.
Tiba-tiba, ada sesuatu jatuh dari arah belakangnya. Miyoung bangkit dan menoleh dengan pantas sekali.
Satu kertas putih berada ditempat Sehun diikat dulu. Miyoung mengangkat kertas tersebut dan membersihkan habuk padanya.
Itu adalah gambar gadis yang wajahnya mirip dengannya dengan seorang lagi gadis bermuka pucat. Mereka nampak sedang bergembira ditaman tema era sebelum 70-an dulu.
Pakaian mereka juga seperti seorang bangsawan. Dia membelek gambar tersebut dan membaca tulisan yang berada dibelakangnya.
Son Seungwan, my love.
Entah kenapa, Miyoung rasa benci melihat wajah itu. Disebabkan gadis itu, dia dihina oleh makhluk tidak bernyawa seperti Sehun. Disebabkan gadis itu, maruahnya diibaratkan bagai bintang dan tahi ayam.
Disebabkan gadis yang entah siapa-siapa itu, dia dibanding-banding seperti barangan lelong. Dia pun ada harga diri. Dan dia pun tak ingin untuk menjadi wanita bernama Son Seungwan itu.
Dia Kim Miyoung. Satu-satunya Kim Miyoung. Bukan Son Seungwan kedua.
Gambar tersebut digumpal dengan perasaan marah lantas dibuang entah kemana. Miyoung berpusing untuk pergi namun kepalanya melanggar dada bidang seseorang.
Dia mendongak keatas.
"Kau Chanyeol.." ujar Miyoung. Ingatkan siapa lah tadi.
"Kau buat apa dekat sini?" soal lelaki itu. Nampaknya lelaki itu sedang melakukan siasatan keatas Miyoung. Lagipun Miyoung telah melanggar peraturan yang tertulis dalam kontraknya untuk tidak berada disitu. Chanyeol hanya menjalankan tugas sahaja.
"Saja nak tenangkan fikiran.." jawab gadis itu. Dia menjauhi Chanyeol dan bergerak kearah lif untuk pergi. Tak ada guna pun dia berlama-lama disitu.
Miyoung menoleh sekilas ke belakang. Dia nampak Chanyeol yang sedang mengutip gambar yang dikeronyok olehnya tadi. Lelaki itu ralit memerhati gambar tersebut.
"Kejap..Chanyeol.." panggil Miyoung.
"Hm?"
"Kau kenal diorang?" soal Miyoung. Chanyeol diam.
"Boleh aku tahu siapa diorang?" tanya Miyoung. Chanyeol kembali merenung gambar itu.
Dia mengangguk perlahan-lahan.
"Son Seungwan dan Bae Irene.. Sahabat dan sepupu.."
...
"Tuan Choi! Kita dapat surat dari Perancis!" jerit seorang hamba saat dia memasuki ruang bacaan Siwon.
Surat tersebut dihulurkan kepada Siwon dan Sooyoung yang tadinya sedang bersantai.
Wajah mereka berkerut.
"Tuan Kangta mahukan Tuan Sehun semula. Mereka mahu semua ahli keluarga Choi untuk pergi sama ke sana atas penukaran hak pemilikan keatas Tuan Sehun." ujar hamba tersebut.
"Tak boleh! Mana boleh macam tu!" bantah Sooyoung, geram.
Surat tersebut dibaca dengan teliti. Tandatangan yang ditanda dengan darah itu disentuh.
Lady Irene Bae.
Penolong Ketua Tertinggi Persatuan Vampire.
Paris, Perancis.
"Mereka nak respon kita secepat mungkin," ujar si hamba.
Sooyoung tayang wajah tak berpuas hati.
Walaupun awalnya memang dia nak pulangkan Sehun semula ke Perancis tapi sekarang hatinya berkata tidak pula. Dia tidak bersedia lagi.
"Saya tak setuju.."
...
"Hai?" Kris menyapa Miyoung yang kini sedang mengelamun itu. Gadis itu menoleh sekilas kemudian termangu seketika.
"Ouh? Kau yang—"
"Ya. Kita pernah berjumpa sebelum ni,"
"Kau yang tumpangkan aku balik rumah dari pasaraya tu," ujar Miyoung. Kris mengangguk.
Miyoung cuma tersenyum pendek seraya kembali merenung ke depan. Dia sedang mengagumi keindahan hutan dari atas bukit ini. Kris berdiri disebelah Miyoung dan berdiam diri untuk beberapa saat.
"Macam mana? Sehun layan kau elok?" soanya. Miyoung berdecit.
"Kau rasa?"
"Erm. Kesian,"
"Hmm. Aku pun. Kesian dengan diri sendiri," keluh Miyoung. Kris tersenyum pendek lantas menepuk belakang badan Miyoung.
"Kau tak bersalah. Kitorang yang tarik kau masuk dalam masalah ni. Aku yakin Sehun mesti akan lindungi kau," ujarnya. Miyoung merenung Kris dengan pandangan jijik.
Jijik dengan perkataan, Sehun akan lindungi dia.
"Yelah tu. Entah-entah, aku orang pertama yang mati," sindir gadis itu. Kris ketawa.
"Hati-hati Miyoung. Vampire memang sekejam yang kau pernah lihat atau baca,"
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top