Part 13

"Saya tinggalkan Cik Miyoung dulu.." ujar Butler Kang, meminta diri untuk pergi.

Dia tidak dibenarkan untuk bersama pet kerana itu melanggar peraturan.

"Cik jangan risau. Tak ada siapa boleh masuk sini kecuali dengan cop jari Tuan Sehun," ujar Butler Kang. Kening Miyoung terjongket. Habistu macam mana mereka masuk tadi?

"Kad akses Tuan Sehun. Hanya Tuan sahaja dibenarkan pegang kecuali ada hal-hal macam ni. Cik jangan salah faham ya?" jelas Butler Kang bagaikan faham dengan riak wajah Miyoung.

Gadis itu mengangguk kecil. Seketika, dirinya kini bersendirian didalam kamar seluas sebuah rumah itu. Mewah tetapi tidak semewah mansion keluarga Choi.

Sebaik sahaja Butler Kang keluar, Miyoung pergi kearah balkoni bilik. Dia membuka pintu kaca dan merenung ke luar mansion. Udaranya nyaman disini cuma suasananya agak suram.

Angin sepoi-sepoi bahasa menyentuh wajahnya, mengerbangkan rambutnya sehingga menutupi sebahagian wajahnya, juga menunjukkan leher jenjang yang masih kosong tidak disentuh oleh sesiapa lagi. Miyoung menyikat rambutnya menggunakan hujung jari.

Pandangan matanya jatuh ke bawah, iaitu pada halaman mansion. Kelihatan seorang lelaki lengkap berpakaian tuxedo hitam dan berkasut hitam sedang memandangnya. Miyoung tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas kerana dilindungi oleh kaca mata hitam.

Lama lelaki itu merenungnya sehingga membuatkan dia tidak selesa. Miyoung terus masuk semula ke dalam bilik dan mengunci pintu kaca tersebut. Rasanya agak tidak selamat untuk berada diluar bilik sekarang.

...

Hari kedua dan ketiga berjalan dengan bosannya. Tiada apa yang Miyoung lakukan selain bangun, makan dan tidur. Sehun sudah pun keluar awal-awal lagi dan meninggalkannya sendirian dibilik. Dia pula masih dengan aktiviti yang sama iaitu membuang masa.

Tok! Tok!

Pintu diketuk oleh seseorang. Miyoung yang tadinya sedang menonton televisyen sambil memakan popcorn menoleh kearah pintu serta-merta. Lama dia menunggu Sehun untuk masuk namun pintu tetap tidak terbuka.

Sangkanya, mungkin ada orang yang ingin bermain-main dengannya. Jadi Miyoung abaikan sahaja dan kembali menonton filem hantu.

Tok! Tok!

"OpahMakKau!!"

Popcorn melayang ke udara. Ketukan dipintu yang kedengaran serentak dengan keluarnya hantu pada skrin televisyen membuatkan Miyoung hampir terkena serangan jantung.

Dia bangun dan terus menuju ke arah pintu untuk membukanya. Bukankah Sehun ada akses untuk masuk, habistu kenapa ketuk? Tak reti buka pintu sebab lama sangat kena ikat ke? Hah?!

"Tak reti nak masuk sendiri ke?!"

Miyoung terdiam saat melihat seorang lelaki yang tidak dikenali berdiri dihadapannya. Lelaki itu tersenyum manis. Dia membuka kaca matanya dan menunduk kearah Miyoung. Paling mengejutkan, lelaki itu cuba untuk mencium tangannya seperti yang seorang putera lakukan pada puteri apabila mereka bertemu. Namun Miyoung cepat-cepat meletakkan tangannya ke belakang.

"Aku ingatkan Sehun ada. Dia mana?" soal lelaki itu.

Miyoung memandang lelaki itu dengan perasaan penuh curiga.

"Dia kan ada mesyuarat. Takkan tak tahu?" soal Miyoung semula. Bibir lelaki itu sinis terbentuk.

"I know. Tapi dia suruh aku bagi fail pada dia. Aku ingatkan dia dah ada dekat sini. Alang-alang kau dah ada apa kata kau tolong beri untuk dia?" cadang lelaki itu.

Miyoung tak tahu samaada lelaki itu boleh dipercayai atau tidak. Dia diam seketika untuk berfikir.

"Kau pet dia kan? You should obey with every order he give to you. Kan?" ujar lelaki itu. Telinga Miyoung kembali panas saat mendengar perkataan pet itu.

"Aku—Tapi dia bagi arahan tu pada kau! Ish! Yelah-yelah, mana fail tu! Biar aku bagi.." bentak Miyoung, geram. Miyoung bergelut dengan kata hatinya.

Lelaki itu menghulurkan tangannya yang kosong kearah Miyoung. Kening gadis itu terjongket.

"Lupa nak bawa. Fail tu ada dalam bilik aku. Jom lah ambil dekat sana?" ajak lelaki itu. Itu membuatkan Miyoung semakin curiga.

"Takpelah aku tunggu sini.." jawab Miyoung.

"Tapi banyak fail tu. Nanti aku kena ulang-alik dari sana ke sini banyak kali. Baik kau pergi sekali nanti kita angkat sama-sama.." pujuk lelaki itu.

Bibirnya dimuncungkan agar Miyoung rasa bersalah dan mahu menolongnya. Gadis itu mengeluh kasar. Dia menutup pintu bilik dan segera mengekori lelaki yang tidak diketahui namanya itu.

Selang beberapa bilik daripada bilik mereka tadi, lelaki itu berhenti. Dia masuk ke dalam dan mempelawa Miyoung dengan sopan sekali. Sebaik sahaja masuk, Miyoung mencium aroma yang amatlah tidak menyenangkan.

Dia terdengar bunyi bising daripada sesuatu yang berada didalam sangkar. Miyoung mengekori lagi lelaki itu menuju kearah pejabatnya. Alangkah terkejutnya Miyoung melihat seorang wanita yang pakaiannya habis koyak-rabak berada didalam satu sangkar besar dan kakinya diikat dengan besi.

Wanita itu memberi isyarat agar Miyoung pergi berkali-kali. Dia agak, wanita itu adalah donor untuk lelaki dihadapannya ini.

"Takpelah aku ambil nanti. Lupa yang aku dah janji dengan Sehun. Lain kali lah ya?"  Tipu Miyoung.

Dia cuba untuk lari namun dihalang oleh lelaki itu.

"Kau nak lari mana?" soal lelaki itu, dengan aura hitam disekelilingnya. Gigi taring lelaki itu kini terserlah.

Badan Miyoung dirempuh dan ditolak keatas sofa. Gadis itu meronta-ronta agar dilepaskan namun kekuatannya tidak setanding mana pun dengan vampire itu.

Dia menjerit meminta tolong berkali-kali namun sayang, Miyoung tidak tahu bahawa bilik tersebut adalah kalis bunyi.

Lelaki itu ketawa semahu-mahunya. Terhibur melihat Miyoung yang cemas mahu dilepaskan.

Pipi Miyoung ditampar sehingga merah.

Rambut yang menutupi lehernya diselak agar memudahkan lelaki itu untuk menghisap darahnya disitu.

"Tolonglah bukan dekat situ..Tolonglah.." rayu Miyoung. Dia menggeleng berkali-kali agar lehernya tidak diapa-apakan. Lelaki itu diam.

"Ouh. Simpan bahagian sedap untuk tuan ye?" sindir lelaki itu. Dia kini menekan pergelangan tangan Miyoung pula.

"Tahan ya sayang.. Sakit macam kena
hiris pisau je.." ujar lelaki itu. Sengaja mempermainkan Miyoung.

Tanpa sebarang amaran, gigi taringnya terbenam pada pergelangan tangan Miyoung. Gadis itu menjerit kesakitan kerana lelaki itu terlalu berkasar dengannya. Rakus sekali lelaki itu menghisap darahnya.

"Aku rasa sikit je darah kau. Selebihnya aku tinggalkan untuk tuan kau.." ujar lelaki itu sebaik sahaja selesai 'bermain' dengan Miyoung.

"Balik la pada tuan kau.." arahnya, dingin..

Miyoung pantas bangkit dari sofa dan berlari keluar dari bilik malang tersebut. Pendarahan pada tangannya tidak berhenti. Tak semena-mena, air matanya mengalir.

Tangannya terasa ngilu sekali. Ianya sudah mulai membengkak.

Bibirnya terkumat-kamit cuba untuk menyebut nama seseorang.

Dia menolak pintu biliknya yang dikongsi bersama Sehun untuk masuk namun pintu tersebut telah terkunci. Dia terlupa yang hanya Sehun sahaja mempunyai akses untuk masuk dari luar.

Tangan kanannya diangkat dan dia mengetuk pintu perlahan. Badannya terasa lemah sekarang. Pandangan matanya juga samar-samar.

Kepalanya disandarkan pada pintu.

Beberapa minit kemudian, seseorang membuka pintu dari dalam. Miyoung hampir terjatuh namun sempat ditahan oleh lelaki itu.

"Pet?"

"Sehun.." suara Miyoung pecah juga.

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top