Part 12
vote anak-anakku..
-
Hmph..Hmph..
Miyoung mengesot sedikit saat terasa ada nafas panas pada tengkuknya. Selimutnya ditarik sehingga menutupi seluruh badannya. Matanya masih lagi berat untuk dibuka. Semalam dia tidak dapat tidur dengan lena kerana agak risau yang Sehun mungkin menyerangnya.
Nafas tadi kembali lagi singgah pada lehernya. Dia berasa tidak selesa dan agak geli. Perlahan-lahan badannya dikalih ke belakang. Miyoung bangun secara automatik saat melihat Sehun yang sedang merenungnya bak pemangsa.
"Ka-Kau--"
Sehun berdiri lantas menarik selimut babi Miyoung. Terus dibuangnya selimut itu keatas lantai.
"Bangun. Mandi. Kita nak keluar ni," arah Sehun, dingin.
Miyoung menayangkan wajah jengkelnya pada Sehun. Mulutnya ternganga.
"Kyah! Tak boleh ke kejut elok-elok?!"
Bantal dibaling kearah Sehun dengan kasar. Lelaki itu menyambut bantal tersebut dan dibaling semula kearah Miyoung sehingga terkena betul-betul pada muka gadis itu.
"Kau bukan bini aku sampai nak kena kejut elok-elok. Kau cuma pet aku je. Ingat tu sampai mati," balas Sehun.
Miyoung mengepal penumbuknya. Matanya tajam merenung Sehun yang sepertinya tidak terjejas pun dengan jelingan garang itu.
"Aku sakit-sakit ni pun kau nak ajak keluar. Tak ada common sense ya?" soal Miyoung. Sehun berdecit.
"Kau tengok muka aku,"
"Asal?"
"Ada nampak aku kisah?"
"Bodo—"
"Cantik peta dunia dekat pipi kau tu.." sindir Sehun sebelum sempat Miyoung menghabiskan carutannya. Hal itu membuatkan Miyoung menyentuh pipinya sendiri. Matanya membulat.
Basah!
Air liur basi telah sampai ke pipinya. Malunya! Miyoung turun dari katil dan segera masuk ke dalam bilik air. Pintu ditutup dengan kuat sekali sehingga bergegar dinding.
"Lain kali buat lagi ya peta tu. Tak sempat nak tengok," usik Sehun.
"Diamlah!"
...
Rambut Miyoung dibiarkan sahaja mengurai setelah dikeringkan tadi. Dia kini memakai pakaian ala-ala puteri raja yang telah disediakan oleh hamba. Baju itu menampakkan dirinya lebih elegan bak bangsawan zaman dahulu. Lengkap pula dengan perhiasan dilehernya dan juga topi kecil diatas kepalanya.
Dia masuk ke dalam kereta mewah yang bakal membawanya bersama Sehun ke suatu tempat yang tidak dia ketahui. Sehun belum memberitahu tujuan mereka lagi kepadanya. Butler Kang menjadi pemandu mereka hari ini.
Beberapa minit menunggu, Sehun tiba dengan pakaian formalnya. Lelaki itu merenung Miyoung sekilas dan kemudiannya membuka laptopnya, tidak menghiraukan lagi petnya itu. Kereta mulai keluar dari perkarangan mansion dan meluncur laju dijalan raya.
Mereka melalui jalan yang bertentangan daripada Jalan Oak. Sepanjang perjalanan, Miyoung hanya mendengar lagu klasik yang dipasang oleh Butler Kang. Dia tidak berani untuk mengarahkan butler supaya menukar lagu walaupun dirinya ini sudah berasa bosan. Lagu Mozart memenuhi ruangan kereta.
Matanya mengerling kearah laptop Sehun. Lelaki itu fokus menaip sesuatu dalam bahasa yang tidak difahami. Mungkin bahasa vampire. Miyoung ralit merenung tulisan-tulisan tersebut sehingga tidak perasan yang Sehun sedang memandangnya.
Miyoung menoleh saat terasa dirinya diperhatikan. Dia tersentak. Terus dilarikan pandangan kearah lain. Gadis itu berpura-pura memandang jalan yang dipenuhi dengan pepohon. Janggal rasanya ketika ini.
Sehun menggeleng kecil. Laptopnya disimpan. Dia mengeluarkan satu kertas berwarna coklat kekuningan dan menulis sesuatu diatasnya. Tulisannya yang bersambung-sambung itu memang agak menarik untuk dilihat. Sepertinya dia sedang menulis perutusan untuk keluarga Song.
Sehun tersentak kecil saat kepala Miyoung terlentok perlahan pada bahunya. Gadis itu tertidur kerana perjalanan mengambil masa yang terlalu lama. Ditambah lagi dia belum pun bersarapan. Mulutnya sedikit terbuka dan dengkuran kecil kedengaran. Lawak.
Sehun abaikan sahaja Miyoung. Dia tidak bergerak langsung agar Miyoung tidak terjaga. Sekurang-kurangnya, tidak ada gangguan untuknya menyelesaikan kerjanya.
Beberapa jam kemudian, kereta mulai memasuki mansion keluarga Song. Kawasan tersebut agak suram kerana terpencil.
"Kita dah sampai.." ujar Butler Kang. Dia keluar dan mula mengeluarkan beg pakaian Sehun dan Miyoung.
"Pet. Bangun," kejut Sehun. Miyoung masih tidak bergerak membuatkan Sehun malas menunggu responnya lebih lama. Dia terus menggerakan bahunya keatas sehingga menyebabkan kepala Miyoung terhantuk pada cermin. Gadis itu menjerit kesakitan.
"Tak boleh ke kejut elok-elok?!" marah gadis itu.
"Tak payah jawab! Aku dah tau jawapannya!" bentak Miyoung sebelum Sehun sempat bersuara. Gadis itu keluar dari kereta tanpa menunggu Sehun.
Dia mengibas pakaiannya yang sedikit berkedut sambil memerhati sekeliling. Seram. Sehun keluar dari kereta dan menuju kearah pintu masuk. Butler Kang memanggil Miyoung agar mengekori mereka.
Setelah masuk ke dalam, mereka berhenti dihadapan tangga besar yang mirip seperti didalam istana di televisyen.
Miyoung berpusing-pusing ditempatnya sambil meneliti hiasan didalam mansion itu. Semuanya mempunyai motif menakutkan. Ada kepala rusa, beruang dan lain-lain didalamnya.
"Tuan Oh?" suara seorang perempuan garau mengejutkan Miyoung sehingga gadis itu terpegang lengan Sehun. Dia menyorok dibelakang Sehun kerana diperhatikan oleh perempuan tua menakutkan itu.
"Matilda.. Lama tak jumpa.."
Matilda tak menjawab sapaan Sehun sebaliknya dia lebih berminat dengan Miyoung. Matanya tak lekang dari merenung gadis muda itu.
"Ya..Lama sangat.."
...
Seisi keluarga Song merenung Miyoung tanpa mengucapkan sepatah pun setelah Sehun dan dia masuk ke dalam ruang makan itu. Tidak ada satu pun yang mahu bersuara.
Miyoung meneguk liurnya. Ini yang dia paling benci sekali. Apabila dirinya dipandang bagaikan 'makanan' oleh vampire. Cukuplah Sehun seorang sahaja yang sering menyakitkan hatinya walaupun baru bertemu.
"Ehem," Sehun berdehem..
Tidak selesa apabila barang miliknya dipandang sedemikian. Tajam sahaja pandangannya diberikan kepada keluarga Song itu. Dia rasa menyesal pula membawa Miyoung ke sana. Kalau dia tahu, dia biarkan sahaja Miyoung dimansionya.
Sekurang-kurangnya ada Jongdae seorang sahaja yang gilakan darah Miyoung.
"Oh maaf-maaf. Kita nak bincang apa tadi?" soal Matthew kepada Sehun. Lelaki itu tidak menjawab soalan Matthew. Pandangan datar diberikan.
Matthew terbatuk kecil. Dia membuka lemparan surat perjanjian.
Wajahnya bertukar menjadi serius.
"Apa kata kita bincang tempat private sikit?" cadangnya. Sehun mengangguk setuju.
Dia membisikkan sesuatu pada Butler Kang. Lelaki itu mengangguk faham dan mengarahkan Miyoung untuk mengekorinya. Sehun memerhati sahaja Miyoung dibawa oleh Butler Kang ke bilik mereka.
"Dia mirip dengan Seungwan.." ujar Marya. Senyuman sinis diberikan.
"Jangan samakan dia dengan Seungwan!" tegas Sehun, dingin.
"I wonder how she taste like. Does their blood taste similar to each other or Seungwan was better—"
"I said stop bringing Seungwan's name here! Kalau kau sebut lagi nama kekasih aku, aku tak akan ragu-ragu untuk bunuh kau!"
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top