Part 7
Miyoung beredar dari ruang tamu setelah mengetahui bahawa sesi perkenalan mereka dibatalkan memandangkan Sooyoung dan Siwon mempunyai urusan di luar kota. Dia mengambil keputusan untuk meronda-ronda di dalam rumah sementara tiada sesiapa pun yang akan mengawalnya.
Penderma-penderma yang lain semuanya mengikuti master mereka ke bilik masing-masing. Entahlah apa yang mereka lakukan selepas itu. Miyoung tak mahu ambil peduli.
Dia keluar ke halaman rumah dan berlegar-legar disitu. Tiada kolam renang di situ kerana ianya berada di dalam rumah, bersambung di ruang tamu di sayap timur, lengkap dengan gelongsor dan sebagainya.
"Hai Miyoung?" sapa satu suara dari arah belakang. Miyoung kenal dengan suara ini. Suara yang teramatlah menyakitkan hati.
Kai.
"Kau lagi..." ujar Miyoung, menyampah. Jongin tersengih sehingga menampakkan susunan giginya yang rata. Lelaki itu berjalan mendekati Miyoung dengan langkah modelnya. Gigi taringnya yang tersembul keluar saat dia tersenyum itu menambahkan lagi aura unik vampirenya.
"Aku dengar yang belum ada orang pilih kau lagi ye? Apa kata aku je jadi master kau?" tawar Jongin. Dia membayangkan betapa enaknya darah jenis B-Negative milik Miyoung yang sebelum ini tidak pernah dia rasai selain daripada darah yang sudah ditinkan oleh kilang-kilang.
Miyoung menggulingkan anak matanya keatas.
"Tak nak aku. Sooyoung dah bagitau aku dah ada master cuma tak boleh jumpa lagi je. Jangan mimpilah," balas Miyoung, sombong. Jongin memuncungkan bibirnya.
"Kau tau kan kalau haiwan peliharaan tak ada di bawah penjagaan tuannya, orang lain mungkin akan rembat?" soal Jongin. Miyoung mengerutkan dahinya. Rahangnya menegang.
"Kau panggil aku haiwan? Pet?!"
"Tak ada beza pun penderma dengan haiwan kan? Manusia dijaga oleh vampire untuk hasilkan darah yang bermutu untuk vampire minum pada akhirnya. Bukan macam binatang ke?"
Miyoung menggigit bibirnya. Dia dihina mati-matian oleh lelaki yang baru dia kenali semalam. Belum sampai 72 jam pun!
"I am not your pet!"
Miyoung mengambil langkah besar dan beredar dari situ dengan perasaan yang sebal. Geram dengan tindakan Jongin yang menghinanya sesuka hati.
"Be careful Miyoung," ujar Jongin, riang. Lelaki itu tersenyum sinis. Selagi master sebenar belum sedar dari lenanya, selagi itu dia ada harapan untuk menjadikan Miyoung sebagai donor utamanya.
Tiada peraturan yang menidakkan hal ini di dalam rumah agam ini. Meskipun Miyoung telah dipilih untuk menjadi donor kepada sang master.
...
Dengan perasaan yang sebal, Miyoung berlari naik ke tingkat atas sekali untuk melepaskan amarahnya dan sebagai tanda protes. Dia menekan butang lif dan menunggu dengan sabar meskipun hatinya sedang membara. Miyoung menumbuk lif dengan kuat meskipun ia hanya menyakitkan dirinya sahaja dan tidak memberi kesan apa-apa pun kepada dinding lif.
Beberapa saat berlalu, pintu lif terbuka. Miyoung keluar dengan pantas namun langkahnya terhenti saat melihat keadaan sekitarnya yang aneh.
Ini bukan rooftop, tempat di mana mereka dibenarkan untuk beriadah tanpa gangguan sesiapa. Laluannya terlalu gelap dan bahkan tidak ada satu pun cahaya selain daripada cahaya dari dalam lif.
Miyoung mahu berpatah balik namun lif nampaknya sudah turun semula. Mungkin ada yang sedang menggunakannya. Malas menunggu, Miyoung terus berjalan ke depan tanpa mengetahui hala tujunya. Dia hanya mengikuti nalurinya sahaja saat melalui laluan itu.
geduk!
Miyoung terlanggar sebuah sofa. Dia menunduk ke bawah dan mencari tempat untuknya berbaring. Miyoung memeluk lututnya sambil mengenang apa yang sedang terjadi kepada dirinya.
Ibu meninggal saat dia masih lagi remaja. Mereka terpaksa meninggalkan kampung halaman demi menjalani kehidupan tanpa perlu mengenang kisah lama. Kini, dirinya dijual kepada vampire tanpa sempat pun dia mendengar penjelasan daripada ayahnya. Di mana keadilan?
Bapa mana yang sanggup menjual anaknya demi kepentingan orang lain? Hm. Bapa dialah. Bapa kepada Kim Miyoung.
Miyoung kecewa. Air matanya mengalir. Sudahlah dirinya dihina oleh vampire tadi. Tidak sangka sungguh yang mereka hanyalah dianggap sebagai haiwan peliharaan sahaja. Betapa rendahnya martabat seorang manusia. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Perlahan-lahan, matanya tertakup semula. Lelah dengan drama kehidupan. Saat dia hampir tertidur, terasa seperti ada tangan yang mengelap air matanya. Miyoung tidak dapat mengecam wajah pelakunya kerana matanya terasa begitu gelap. Sama seperti kejadian semalam.
Dia berasa sangat sukar untuk membuka matanya saat melihat makhluk tersebut.
...
"Ibu!"
Miyoung menjerit dan seraya itu terbangun dari mimpinya. Mimpi ngeri itu muncul kembali. Situasi ketika ibunya dilanggar oleh kereta kembali menerjah di mindanya.
Saat itu Miyoung tak mampu menggerakkan kakinya. Encik Kim melarangnya daripada mendekati kereta yang sudah terbakar sepenuhnya. Lebih menyayat hati apabila melihat kereta tersebut meletup dan melenyapkan anggota badan ibunya sendiri. Miyoung menangis kerana tidak ada sesiapa pun di sisinya yang boleh menenangkannya.
Dia terdiam saat melihat dirinya yang sedang berada diatas katil di biliknya. Siapa pula yang mengangkatnya ke sini?
Kepalanya dipegang. Rambutnya diramas sedikit kasar. Miyoung rasa sangat sesak di dadanya. Sejak kedatangannya ke rumah agam ini, memori lamanya tiba-tiba sahaja kembali menerjah. Memori yang selama ini cuba untuk dia buang sejauh mungkin ke dalam lautan Mediterranean.
Miyoung bangkit dari katil dan menuju ke bilik air. Dia membasuh mukanya dan termenung seketika untuk menghilangkan rasa peningnya. Saat dia menatap dirinya di dalam cermin, dia terpandang baju yang sedang dipakainya itu. Hoodienya telah ditukar kepada baju panas yang agak nipis. Seluarnya juga ditukar kepada seluar pendek.
Dia semakin pening. Siapa pula yang menukar bajunya secara haram ini? Tak mungkinlah para hamba di sini? Lagipun mereka tidak dibenarkan untuk menyentuh penderma sesuka hati mereka mahupun bercakap kecuali dengan kebenaran daripada vampire. Lebih tepat lagi kebenaran Sooyoung dan Siwon.
Dia keluar dari bilik air untuk pergi mencari petunjuk. Sebaik sahaja melalui koridor bilik, dia terpandang ke arah luar. Matahari nampaknya sudah lama melabuhkan tirainya. Sekali lagi, harinya di rumah agam itu disia-siakan dengan tidur. Miyoung tak pasti apa fungsi dia berada di sana. Apakah nasibnya selepas ini?
Dia terus keluar dari bilik dan menuju kearah bilik Sooyoung. Untuk ke sana, dia perlu melewati beberapa buah bilik adik-beradik vampire yang dia ketahui beberapa hari lalu. Kedengaran bunyi mengerang keluar dari beberapa buah bilik. Dan suara itu bukan milik si vampire melainkan si penderma. Bulu roma Miyoung meremang. Bukankah perjanjian itu akan dimulakan saat bulan mengambang sahaja?
Adakah vampire dibenarkan untuk mendapatkan bekalan daripada manusia sebelum bulan mengambang seperti yang tertera dalam kontrak? Oh lupa. Mereka vampire. Mereka yang tetapkan peraturan. Mereka jugalah yang akan melanggarnya.
Baru sahaja dia mahu mengetuk pintu bilik Sooyoung, kedengaran suara wanita elegan itu sedang bergaduh akan sesuatu dengan Siwon.
"Mereka nak jumpa dia!" ujar Siwon, dengan suara yang sedikit meninggi. Sooyoung kedengaran sedikit lelah.
Dia membantah.
"Dia belum bersedia. Kita tak tahu apa yang keluarga sana boleh buat pada dia! Lagipun mereka anti dengan manusia! Silap hari bulan, ada yang mati—" ayat Sooyoung tergantung.
"Kangta dah tahu tentang dia. Awak tahu kan betapa protectivenya dia dengan kaum vampire. Dia takkan semudah itu biarkan anak emas dia dapatkan bekalan dari manusia sembarangan," ujar Siwon lagi. Mereka tak boleh melawan keluarga di Perancis kerana di sanalah pusat terbesar bagi vampire. Keluarga besar mereka berada di sana.
"Tapi dia pun belum bersedia untuk keluar. Saya tak nak bahayakan nyawa dia lagi. Nyawa-nyawa manusia yang tak bersalah," pujuk Sooyoung. Mana mungkin dia mahu membahayakan nyawa adiknya yang satu itu.
Siwon mendekati Sooyoung dan menariknya ke dalam pelukannya. Mereka kelu seketika.
"Apa pun yang terjadi. Tak akan ada pertumpahan darah lagi. Dua-duanya tanggungjawab kita. Kita dah janji dengan Encik Kim jadi kita akan lindungi Miyoung mahupun—"
krekk!
Pintu bilik sedikit tertolak. Siwon dan Sooyoung menoleh serentak manakala Miyoung cepat-cepat menyorok. Dia masih terkejut mendengar perbualan diantara Sooyoung dan Siwon.
Apa maksud mereka dengan pertumpahan darah? Siapa yang belum bersedia itu? Kenapa dengan ayahnya? Kenapa ianya ada kaitan dengan dirinya?
Jantung Miyoung tidak dapat berfungsi dengan baik. Nafasnya turun naik. Sukar untuknya bertenang ketika ini.
"Miyoung?"
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top