Part 55
"Gigi taring kau dah takde!!" jerit Taeyeon, gembira. Begitu juga dengan Miyoung. Mereka berpusing-pusing didalam bilik sehingga hampir roboh rumah itu.
"Macam mana kau hilangkan?" soal Taeyeon. Miyoung menjongketkan bahunya. Dia sendiri tidak pasti. Dia teringat pula pada Sehuh. Mungkin lelaki itu ada buat sesuatu padanya?
"Jadi, bolehlah ni pergi sekolah kan?" tanya Taeyeon. Miyoung mengangguk.
"Pinjam baju kau eh?" pinta Miyoung.
"Okey.." balas Taeyeon, singkat.
Selepas bersiap-siap ke sekolah, mereka dijemput oleh Encik Kim yang kebetulan memang ingin menjemput Miyoung pulang. Sempat mereka singgah di restoran 24 jam untuk bersarapan.
Sampai sahaja disekolah, semuanya berjalan dengan lancar. Namun hari ini, katanya akan ada murid baru masuk pula. Dia berpindah dari England ke sana. Dan murid itu akan berada dikelas senior. Bermakna dia seorang yang bijak pandai.
"Hari ini, kita semua dimaklumkan yang Sir Taehyung telah berhenti secara mendadak atas urusan keluarga. Oleh itu, gunakan waktu Kimia kamu dengan sebaiknya. Jangan tidur dan belajar ya? Peperiksaan semester akhir berlangsung tiga bulan dari sekarang." ujar guru kelas.
Para pelajar menyahut. Ada yang gembira dan ada yang sedih kerana tidak dapat bertemu Sir Taehyung lagi.
"Kau nak pergi mansion ke nanti?" tanya Taeyeon.
"Haa. Nak ikut?"
"Nak. Lama tak jumpa Baekhyun.." ujar Taeyeon. Entah apalah yang lelaki itu buat sekarang.
"Okey."
...
Miyoung dan Taeyeon melepak bersama rakan-rakan sekelasnya yang lain sambil menikmati waktu rehat. Pada saat itu, sekumpulan pelajar baru dikerumuni oleh pelajar perempuan.
Mereka tidak melayan pelajar-pelajar perempuan tersebut sebaliknya ralit bermain sesama sendiri. Pandangan Miyoung dan yang lain-lain terarah ke sana.
"Itu murid baru dekat sini. Kacak kan?" soal salah seorang rakan sekelas.
Ramai yang memberi respon positif kecuali Taeyeon dan Miyoung. Bagi mereka, tahap kekacakkan mereka hanyalah separas perut Baekhyun dan Sehun sahaja. Eh?
"Yang tengah pegang bola Taeyong. Itu Mark Tuan. Yang tu Eunwoo. Yang tu Lucas. Yang tu Jungkook. Yang tu Jaehyun. Hensemnyaaa..!!"
Mereka berfangirling disana. Teruja melihat kekacakkan lelaki.
Miyoung dan Taeyeon pula hanya ketawa sahaja. Pasti rakan-rakannya itu akan pengsan kalau salah seorang dari pelajar lelaki itu bercakap dengan mereka.
Deria sixth sense Miyoung berdengung lagi. Miyoung menekup telinganya kerana sakit. Taeyeon yang melihatnya menjadi risau. Miyoung hampir meracau-racau disebabkan rasa sakit itu.
"Awas!!!"
Tiba-tiba, bola keranjang yang dilempar oleh Taeyong menuju kearah Miyoung dalam kelajuan yang begitu laju.
Dum!
Miyoung menahan bola keranjang tersebut dengan lengannya. Membuatkan ramai orang terkejut. Miyoung meneguk liurnya. Dia jadi kaku dengan apa yang berlaku. Lucas menghampirinya untuk mengambil bola itu kembali.
"You okey?" soalnya dengan suara garau yang seksi. Tangannya cuba untuk disentuh.
Namun Lucas berhenti saat menyedari sesuatu. Dia merenung Miyoung, lama. Rakan sekelasnya sudah pun hampir gila saat melihat Lucas yang sedang memandang Miyoung.
'Lucas suka Miyoung ke? Mana aci!'
'Aku pun nak..!'
"Aku okey.." balas Miyoung. Lucas tersenyum. Mencairkan hati beberapa orang wanita disana.
Pada waktu itu, seseorang menjerit memanggil nama Miyoung.
Sehun.
Lelaki itu datang mendekat kearahnya dengan begitu macho sekali. Pelajar perempuan sekali lagi ternganga. Vampire paling hot di Quahog datang ke sekolah mereka? Biar betul! Dan vampire tu sebut nama Miyoung ke tadi?
Sehun nampaknya tidak suka apabila melihat Lucas yang terlalu dekat dengan Miyoung. Dia melutut dan menarik tangan Miyoung untuk memeriksanya.
"Taeyeon. Kenapa tadi?" soal Sehun kepada gadis itu.
"Er. Bola keranjang hampir terkena dekat Miyoung. Nasib baik dia sempat elak.. dengan lengan dia.." ujar Taeyeon namun ayat terakhir itu dibisikkan pada Sehun.
Terus Lucas dijeling oleh Sehun.
Sehun kenal bauan ini. Bauan yang keluar dari badan Lucas dan beberapa lelaki yang berada tidak jauh darinya dibelakang sana.
Bau anjing. Serigala maksud dia.
"Cedera tak?" tanya Sehun, risau. Pelajar perempuan cair sekali lagi. Mereka hampir gila saat melihat Sehun meniup-niup kawasan yang sakit itu.
"Sikit je.." balas Miyoung. Dia tersenyum kecil memandang Sehun sekarang. Dia suka bila Sehun berkelakuan begini. Rasa seperti disayangi.
"Lain kali jangan duduk sini dah. Bahaya." nasihat Sehun. Miyoung mengangguk faham.
"Kenapa datang sini?" tanya Miyoung. Pelik pula sebab selalunya Chanyeol atau Jongin yang akan datang menyemak.
"Rindu girlfriend sendiri pun tak boleh?"
'oh my god diorang couple!!!'
'habistu hubungan chanyeol dengan miyoung apa?'
'dia bukan selalu balik dengan kai ke?' .
Pipi Miyoung menjadi merah. Dia mengusap kepala Miyoung dan kembali berdiri. Lucas ditenung.
"Lain kali main jauh-jauh sikit. Kau bukan bahayakan dia seorang tapi ramai.." ujar Sehun.
Lucas merenungnya dengan pandangan sinis.
"As you wish, Sir Oh Sehun.."
Lucas terus beredar. Dia sempat menatap kearah Miyoung namun maksud tatapan itu tidak dapat ditafsirkan.
"Kau dah makan?" tanya Sehun, beralih pada Miyoung semula.
"Dia tak makan lagi!" sampuk salah seorang rakan sekelas Miyoung. Tersengih-sengih dia memandang Sehun. Terus Sehun tersenyum.
"Aku ada bawak makanan. Kau kena makan. Aku masak.."
"Kau masak?"
Sehun mengangguk. Dia kembali ke kereta dan mengambil bekal makanan. Dia mengarahkan Miyoung untuk duduk disebelahnya.
Bekal itu dibuka. Isinya ada sushi, kimchi, nasi putih dan daging sahaja.
Sudah pastinya bekalan darah ada dibawa bersama.
Sehun dengan tak segannya menyuap makanan tersebut untuk Miyoung. Pelajar perempuan iri hati lagi.
Miyoung disuap tanpa henti oleh lelaki itu. Dia mesti pastikan tubuh Miyoung sihat. Untuk dia jugak kan?
"Hun-ah. Thank you." ujar Miyoung dengan mulut yang penuh.
"Sama-sama." jawab Sehun.
"Bukan pasal makanan ni je.." sambung Miyoung.
"Habistu?"
"Ni.." Miyoung menyentuh bibirnya. Sehun baru sahaja ingin menyatukan bibir mereka namun Miyoung mengelak.
"Bukan itulah!" marah Miyoung. Sehun memandangnya dengan wajah blur.
"Tadi mintak.."
"Bukan bibir tapi... taring ni.." Miyoung membisikkan ayat terakhir itu. Dia tidak mahu orang lain tahu selain daripada Taeyeon.
"Oo. Lepastu tak nak lah ni?" tanya Sehun.
"Tak nak apa?"
"Kiss?"
"Kalau nak penumbuk cubalah.."
"Garangnya.. takut lah nak cium nanti.."
"Tahu pun takut.."
"Tapi bohong.."
"Eee kau ni kan.."
Miyoung menyubit perut Sehun kerana terlalu geram.
To be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top