Part 42
'I love you..Miyoung..'
Miyoung terbangun saat jam loceng mengejutkannya. Kepalanya terasa sakit. Dia menoleh kearah belakangnya. Sehun sudah pun tiada disana.
Dia bangun dan memakai semula pakaiannya. Miyoung duduk diatas kerusi dan mengeluh perlahan. Tak sangka, dia sudah menjadi liar dan melampai batas itu. Tapi sekurang-kurangnya, ianya diserahkan pada orang yang dia cinta. Kan?
Dia terus membersihkan diri dan turun untuk bersarapan. Alangkah terkejutnya dia saat melihat Sooyoung yang berada disitu.
Encik Kim mengarahkan Miyoung untuk duduk disana dan berbual kosong dengan wanita itu.
Sooyoung tersenyum menyapa gadis itu. Menimbulkan tanda tanya pada Miyoung.
"Kita perlu berbincang.." ujar Sooyoung.
"Pasal apa? Sehun?"
"Not him. But you."
"Me?"
Selesai sarapan, Miyoung dibawa ke mansion keluarga Choi. Para hamba masih menyapanya dengan hormat. Dia mengekori Sooyoung sehinggalah ke bilik bacaan.
Sooyoung mempelawanya untuk duduk sementara dia menyediakan teh. Miyoung menunggu sebentar. Dia dapat rasakan yang hal yang ingin dibincangkan itu bukanlah berita baik.
"Miyoung did you know about your power?" soal Sooyoung sambil menghulurkan teh herba kepada Miyoung.
Dahinya berkerut. Keningnya hampir bercantum.
"Kuasa apa?"
"Awak tahu tak kenapa kami pilih awak sebagai pet Sehun dan bukannya orang lain?" tanya Sooyoung lagi. Miyoung menggeleng.
"Cause you're special. Kamu ada ikatan kuat dengan keluarga vampire Britain dan Son Seungwan. Kamu bukan manusia biasa. Kamu immortal tapi kamu bukan vampire. Kewujudan kamu ni sukar untuk dijelaskan." terang Sooyoung sambil memegang tangan Miyoung.
Kening Miyoung terjongket. Apa yang Sooyoung cuba sampaikan sebenarnya?
"Kamu immortal, sebab tu kami pilih kamu. Bukan calang-calang orang yang boleh berdamping dengan Sehun, keturunan pure vampire Perancis. Kamu perasan tak perubahan pada Sehun sejak dia ada dekat dengan kamu?" sambung wanita itu lagi.
Miyoung menggeleng. Tidak mahu mencelah lagi.
"Kuasa kamu, buatkan Sehun jadi lemah! Kuasa kamu buatkan benda yang tak sepatutnya terjadi, terjadi pada Sehun! Apa kamu pernah dengar vampire tidur?" nada suara Sooyoung berubah.
"Korang tak tidur?"
Sooyoung melepaskan keluhan. Jadi, Miyoung tak tahu rupanya. Dia menggeleng perlahan.
"We didnt, Miyoung. Kuasa kami akan berkurang sekiranya kami kembali tidur. Dan benda tu akan memberi kesan pada nyawa kami. Saya tak sepatutnya biarkan kamu bersama Sehun. Saya menyesal sebab cadangkan kamu pada Siwon. Tapi dah tak boleh buat apa dah.."
Sooyoung bangun dan menuju ke mejanya. Dia memegang kepalanya yang pening. Pening bagaimana mahu menyelamatkan Sehun.
"Kami tak boleh tidur pun bersebab. Tidur tu ibarat musuh untuk kami!"
"Tapi apa kaitannya? Takkan lah saya berdiri sebelah dia je terus dia jadi lemah gitu? Apa saya ni boleh radiatekan kuasa ke sekeliling macam tu je ke?" soal Miyoung.
"Tak."
"See? So, macam mana?"
"Darah kamu.. sebahagiannya mengalir dalam badan Sehun. Ikatan antara kamu terlalu kuat untuk dipisahkan. Macam mana nak pisahkan kalau darah tu dah sebati dalam badan dia? Sebab itulah, saya minta kamu jauhkan diri daripada Sehun. Tolonglah Miyoung. Untuk kebaikan kita bersama."
Miyoung bangun. Dia mendekati Sooyoung dengan wajah tidak berpuas hati.
"Jadi salah saya lagi ke ni?" soal Miyoung, geram.
Kenapa dia yang perlu jauhkan diri daripada Sehun? Kenapa tak selesaikan semuanya supaya mereka berdua boleh hidup bersama? Apa yang ditakutkan sangat tu?
"Kamu tak faham!"
"Jadi fahamkan lah!"
"Sehun boleh mati kalau terus dekat dengan kamu!"
Miyoung dijerkah. Dia berundur. Air liurnya ditelan.
"I dont trust you.." ujar Miyoung. Dia keluar dari bilik bacaan Sooyoung dan berlari menuju ke bilik mereka. Maksudnya bilik Sehun.
Sampai ditingkat atas, Chanyeol sudah pun bersiap-sedia menunggunya disana. Dia menghalang Miyoung daripada masuk ke sana.
"Chanyeol. Jangan halang aku. Aku nak jumpa Sehun je.." pinta Miyoung.
"Tak ada gunanya Miyoung.."
Chanyeol memegang lengan Miyoung dan menghalangnya daripada pergi. Miyoung meronta-ronta minta dilepaskan.
Dia menampar pipi Chanyeol secara tak sengaja. Membuatkan Chanyeol tergamam.
"Susah sangat ke nak bagi aku jumpa dia! Aku ni kekasih dia bukan orang lain!" marah Miyoung.
"Dia dah pergi!" jerkah Chanyeol. Menghentikan langkah Miyoung. Gadis itu menoleh.
"Pergi mana?"
"Miyoung kau tak sedar lagi ke? Sehun dah tak ada dekat sini. Dia dah pergi jauh dari kita. Semuanya sebab kau.." marah Chanyeol. Dia mendekati Miyoung.
"Dia tak balik sejak semalam. Dia memang dah betul-betul tinggalkan Quahog." sambungnya.
Miyoung membuka pintu bilik. Dia mencari Sehun dimerata tempat termasuklah didalam bilik tidurnya.
Miyoung berhenti saat melihat gambar-gambar yang berada didinding bilik itu. Ianya bukan lagi gambar Seungwan melainkan, gambar dirinya.
Sehun betul-betul dah lupakan Seungwan. Gambar mereka dipajang ditengah-tengah bilik. Dia menyandar pada dinding.
"He's gone. Demi keselamatan kau Miyoung. Tolonglah sedar. Dia tak akan kembali lagi.." jelas Chanyeol.
Membuatkan Miyoung semakin sedih.
"Oh..so.. lepas apa yang dah berlaku.. this is how you repay to me?! you leave me?! terbaik oh sehun! bagus sangat! pengecut!!" marah Miyoung. Dia menurunkan gambarnya bersama Sehun dan melemparnya ke dalam tong sampah.
"I hate you!"
"He love you.."
"Kalau dia cinta dia tak akan pergi.."
"Cinta tak semestinya memiliki Miyoung.."
"He never tried.."
"Have you?"
Chanyeol menyoal.
"Kau pun pernah ke perjuangkan cinta tu? Bukan selama ni kau selalu mengelak ke? Kau kata tak layak untuk dia lah apa lah. Kenapa nak marah bila dia lari sedangkan kau pernah buat benda yang sama." Chanyeol mematikan kata-kata Miyoung.
"Jangan buat aku menyesal sebab sukakan kau Miyoung.."
Miyoung merenung Chanyeol. Terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki berwajah bengis itu.
Chanyeol melarikan pandangannya dan keluar dari bilik itu.
"Put that things back on it place dan pergi balik.. Maaf..aku tak dapat nak hantar kau.."
Miyoung pasrah. Dia pulang dari mansion keluarga Choi dengan berjalan kaki. Dia tidak menghiraukan pandangan adik-beradik vampire yang risau melihat keadaannya. Dia menangis semahu-mahunya dalam perjalanan pulang. Irene merenungnya dengan perasaan bersalah. Dia turut merasai kesedihan Miyong.
Nama Sehun disebut-sebut. Matanya panas kerana air mata yang tak kunjung membasahi wajah.
Sesampainya dirumah, Encik Kim terkejut saat melihat anaknya yang rebah dihadapan pintu masuk. Lelaki itu mendukungnya masuk ke dalam bilik dan merawatnya.
Miyoung memanggil-manggil nama Sehun sehingga membuatkan Encik Kim risau. Dia tak tahu apa yang terjadi namun dia cuba untuk menenangkan puterinya itu.
"Sehun.. Sehun.. Jangan pergi.."
to be continued
haih..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top