Part 35
Selepas memujuk ayahnya, kini Miyoung menyambung pelajarannya di sekolah tinggi Quahog. Untung baginya, dia sekelas dengan Taeyeon dan juga rakan semejanya.
Hari pertama, tiada apa yang menarik berlaku. Dia ditempatkan dalam kelas sains seperti disekolah lamanya. Mereka melakukan pelbagai eksperimen yang mengujakan dan tidak membosankan. Miyoung banyak ketawa bersama Taeyeon.
Dia tak sangka Taeyeon seorang yang nakal orangnya. Mereka mengenakan seorang budak lelaki yang sering membuli orang lain pada waktu rehat tadi. Dan budak lelaki itu masih mencari siapa yang menumpahkan cat keatasnya sehingga sekarang.
Miyoung tak sangka dia akan berseronok disekolah kali ini. Kalau selama ini, dia hanya tidur sahaja didalam kelas, tapi kali ini dia banyak bertanya pula setelah diransang oleh kebijakkan Taeyeon.
Kedua gadis itu berlumba-lumba untuk bertanya perkara yang mereka tidak fahami sehinggalah guru-guru pun sepertinya hanya mengenal mereka sahaja dikelas itu.
Apabila masuk sahaja ke kelas, guru-guru pasti akan menegur Taeyeon dan Miyoung.
"Duo kuat bertanya. Dah sedia nak peningkan kepala saya dengan soalan kamu?"
Seisi kelas ketawa termasuklah mereka. Tapi ada baiknya juga kerana guru-guru tidak akan menyoal mereka kerana ralit dengan Miyoung dan Taeyeon. Cis! Ambil kesempatan dalam kesempitan.
Mereka berdua juga mendapatkan markah penuh untuk setiap kuiz dalam kesemua subjek. Suatu peningkatan yang menakjubkan bagi murid yang baru sahaja masuk ke semester itu.
"Gila! Keluarga Choi ke tu? Oh my kacaknya!!" jerit beberapa orang murid. Mereka berlari dan berkumpul dihadapan bangunan sekolah sambil melihat salah seorang lelaki daripada keluarga Choi.
Dia datang bersama kereta Hondanya. Menunggu seseorang.
"Tak nak tengok?" ajak Taeyeon. Miyoung yang sedang menyimpan buku didalam lokar menggeleng. Dia hanya membawa pulang subjek yang mempunyai kerja rumah sahaja. Tak berminat.
"Ala.. Baru nak flirting.." balas Taeyeon, kecewa. Miyoung mencubit perut Taeyeon.
"Gatal!" Mereka ketawa. Itulah diri Taeyeon yang sebenar. Seorang yang periang dan bukannya dingin seperti saat pertama kali mereka berjumpa dulu.
Saat melepasi tsunami perempuan gedik itu, nama Miyoung dipanggil oleh seseorang. Dia dan Taeyeon berhenti melangkah dan mencari punca suara itu. Alangkah terkejutnya saat dia melihat Jongin yang sedang melambai-lambai ceria kearahnya.
"Princess!" panggilnya dengan begitu kuat sehingga membuatkan gadis-gadis menjerit gatal. Mereka menjeling-jeling kearah Miyoung dan tertanya-tanya akan hubungannya dengan salah seorang anggota keluarga Choi.
Miyoung menutup mukanya dengan buku dan cepat-cepat menarik Taeyeon pergi dari sana. Jongin segera masuk ke dalam kereta dan mengejar Miyoung. Dia memandu dengan begitu perlahan disebelah kedua gadis itu.
"Dinda tak nak naik dengan kanda?" pelawa Jongin. Cermin matanya digigit, seksi. Miyoung tidak melayannya. Pipinya merah kerana malu. Bukan malu dengan kata-kata manis Jongin tetapi perbuatannya itu yang menarik perhatian orang lain.
"Sayang jangan merajuk dengan baby macam ni--aduhh!!"
Muka Jongin diketuk dengan buku setebal 500 muka surat. Kakinya serta-merta menekan brek. Dia mengerang kesakitan.
Miyoung mengambil kesempatan untuk lari pada waktu itu.
"Kenapa kau lari dari dia?" tanya Taeyeon, clueless.
"Kau kata dia selalu ada depan rumah aku kan? Tak ke psychopath tu. Creeper." jawab Miyoung. Taeyeon menggeleng kecil.
"Engkau ni.. Ada-ada jelah. Kalau aku dah lama naik kereta tu. Tak ada penat balik jalan kaki." ujar Taeyeon.
"Kau tahu kan aku tak nak ada kaitan dengan diorang lagi?"
"Tapi dia bukan Sehun.."
"Tak kira siapa asalkan bukan ahli keluarga Choi.."
"Chanyeol okey pulak kau layan.."
Mereka mula bertekak.
"Tae.. Kau sengaja kan? Nak naikkan darah aku.." Miyoung melepaskan tangan Taeyeon yang dipegangnya tadi.
"Alolo merajuk." Taeyeon menarik semula Miyoung mendekatinya.
"Jangan marah. Aku cakap benda betul kan?"
"Taeyeon!"
...
"Kau kenapa tak ikut aku tadi?" soal Jongin yang tiba-tiba berada didalam bilik Miyoung. Miyoung terperanjat sehingga jatuh dari kerusi.
Kepalanya jatuh betul-betul dikaki Jongin. Lelaki itu memandangnya sahaja tanpa membantu.
"Jangan masuk macam pencuri boleh tak?" pinta Miyoung. Dia bangun dan mengunci pintu. Risau ayahnya masuk. Nanti macam-macam pula dia akan disoal.
"Sorry. Aku cuma nak hantar kau je tadi. Kenapa lari?" ujar Jongin, jujur. Miyoung duduk pada kerusi dan mengeluh perlahan.
"Kau nak semua orang tahu yang aku pernah jadi donor untuk keluarga Choi? Malu la. Dah lah kau panggil aku dengan nama panggilan cringe tu. Haduh.." jawab Miyoung. Dahinya diurut seolah-olah sedang pening. Jongin tersengih manis.
"Nama tu cute apa macam kau. apa salahnya kalau diorang tahu? semua orang nak ada dekat posisi kau kan?"
"Tapi bukan aku.." jawab Miyoung. Jongin berbaring diatas katil Miyoung tanpa meminta izin daripadanya. Gadis itu menahan geramnya. Habis kotor cadarnya.
"Kau tak nak lawat mansion? Kitorang sentiasa alu-alukan kau." ajak Jongin. Miyoung tak menjawab. Dia berpura-pura sedang membuat kerja rumahnya.
"Kau tak buat pun tak payah tipu. Pergilah tengok Sehun.." ajak Jongin. Miyoung terus memakai earphonenya. Dia memasang lagu dan membuka volume sehingga pada limitnya.
Jongin mencabut salah satu earphone Miyoung. Mereka bertentang mata.
"Dia rindu kau. Kau pun sama kan? See? Dengar lagu pun lagu sendu. It's You
-Ali Gatie."
Jongin mencuri pandang pada iphone 15 max pro milik Miyoung.
"Aku tak rindu dia pun.." jawab Miyoung.
"Kau rindu. He need you."
"Kalau dia perlukan aku, dah lama dia datang cari.." balas Miyoung. Dia merampas semula earphonenya itu daripada tangan Jongin.
Jongin menggeleng kecil. Dia menuju kearah tingkap dan bersedia untuk pergi.
"Macam mana dia nak datang kalau kau tak bagi? Sehun tu seorang yang mengikut perintah orang yang dia hormat. Takkan kau tak tahu?" ujar Jongin dan terus terjun dari tingkat dua rumah itu. Dia terus berlari menuju kearah kereta dengan sepantas kilat dan memandu semula ke mansion.
Miyoung merenung kerja rumahnya itu. Dia sudah tidak nampak lagi apa yang tertulis diatasnya itu. Polaroid yang diberikan oleh Sehun secara diam-diam sewaktu mereka berpisah tempoh hari dikeluarkan daripada laci.
Gambarnya bersama Sehun dipandang.
I've been broken.
Yeah. I know how it feels
To be open
And then find out your love isn't real.
I'm still hurting.
Yeah. I'm hurting inside.
I'm so scared to fall in love,
But if it's you then I'll try.
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top