Part 3

"Morning?"

Sapa Encik Kim kepada Miyoung yang masih dalam keadaan mamai. Miyoung cuba untuk membuka matanya namun ianya terasa berat sekali. Sangkanya, dia tidak dapat tidur semalam, alih-alih terlebih tidur pula. Encik Kim menghulurkan secangkir teh buat Miyoung dan meletakkan roti bersapu jem diatas pinggan Miyoung.

"Nanti tolong ayah boleh? Belikan barang-barang dapur? Ayah ada urgent lepas ni dekat balai polis. Lepastu, mungkin ayah balik lewat kot. Miyoung boleh kan duduk seorang diri?" pinta Encik Kim.

Miyoung yang masih mamai hanya mengangguk sahaja. Dia memang bercadang hendak membeli barang dapur harini. Alang-alang ayahnya tidak akan berada di rumah hari ini, bolehlah dia jalan-jalan di sekitar bandar. Mana tahu ada tempat lepak yang boek.

"Okey. Tapi ayah—"

Miyoung menjuihkan bibir. Tangannya dihulur bagai meminta sesuatu.

"—duitnya?"

Dia menyambung dengan suara aegyo, membuatkan ayahnya berasa geli. Dicalitnya jem roti pada hidung Miyoung dengan geram.

"Nanti ayah letak dekat ruang tamu. Lagi sekali kamu buat suara doraemon tu, kamu tinggallah seorang diri dalam rumah ni," ugut Encik Kim. Sememangnya, aegyo merupakan suatu alahan baginya. Dia memang anti dengan benda itu. Entah apalah yang orang Korea suka sangat dengan aegyo. Dia rasa aneh tentang benda itu. Rasa macam nak tumbuk kepala seseorang sahaja. Tapi, nasib badan lah dapat anak dan isteri yang suka menyakatnya. Erm, mendiang isteri.

"Baik ayah. Takutnya Miyoung..." Miyoung mengejek ayahnya.

Tiga puluh minit berlalu, Encik Kim sudah pun berangkat ke tempat kerja. Manakala Miyoung masih terpinga-pinga di dalam rumah seperti wau yang kehilangan talinya. Dia keluar dari rumah tanpa mandi dan terus ke garaj, mencari kenderaan yang boleh dia gunakan untuk ke kedai runcit berdekatan.

Masuk sahaja ke dalam garaj, pemandangan indah terus dapat dia lihat. Terdapat sebuah motosikal cabuk, kereta antik dan basikal di dalamnya. Miyoung terus mendapatkan motosikal tersebut dan mencari kuncinya. Setelah menemui kuncinya, dia cuba menghidupkan motosikal itu namun gagal. Dia ternganga saat melihat tangki minyak motosikal yang kosong. Miyoung menekup mulutnya daripada mencarut.

"Haacum!" Dia bersin.

Setelah itu, dia turun dari motor dan menuju kearah basikal. Nak bawak kereta antik itu? Jangan harap! Hanya orang tua sahaja yang membawa kereta seperti itu. Dengan pasrah, dia menggelek basikalnya sehingga ke halaman rumah dan seterusnya menunggang dengan laju menuju ke kedai runcit.

Sepanjang perjalanan, dapat dia lihat dengan jelas kawasan bak perumahan inggeris itu. Cantik. Orang-orang di sana juga peramah. Adalah dalam lima orang sudah menegurnya walaupun mereka tidak mengenalinya. Tapi itulah, agak sejuk sedikit kerana dia masih belum mandi. Menyesal pula naik basikal.

Lima minit menunggang, dia akhirnya sampai di salah satu kedai runcit. Dia agak kagum dengan kemodenan kedai runcit itu. Siap ada pendingin hawa lagi. Setelah memastikan basikalnya dikunci dengan rapi, dia terus masuk untuk memilih bahan-bahan mentah.

Sedang dia fokus meneliti barang, seseorang menegurnya dengan mencuit bahunya.

"New donor?"

Dahi Miyoung berkerut.

"Hah?" Soal Miyoung, tidak faham akan soalan tersebut.

Orang itu menggelengkan kepalanya. Tanda dia tersalah tanya.

"Maksud saya, awak orang baru ke? Tak pernah nampak sebelum ni?" soalnya. Miyoung mengangguk.

"Baru je pindah semalam," jawab Miyoung. Orang itu mengangguk lagi. Dia kelihatan agak resah.

"Boleh saya tahu rumah awak yang mana satu? Adakah rumah banglo paling hujung yang berdekatan dengan Jalan Oak?" tanyanya lagi.

Miyoung mengimbas semula setiap nama jalan yang dia lihat semalam. Rasanya, lorong sunyi di sebelah rumahnya itu adalah Jalan Oak. Miyoung mengangguk dengan teragak-agak, membuatkan orang itu semakin gelisah. Dia memegang tangan Miyoung dengan pantas dan memberi amaran kepadanya tentang sesuatu.

"Jauhi mereka. Pergi dari sini selagi boleh! Jangan terpedaya!"

"Jieun, ada masalah?"

Orang bermisteri yang mungkin namanya adalah Jieun terkejut dan tergenggam tangan Miyoung dengan semakin kuat. Miyoung menarik tangannya daripada genggaman Jieun dan menoleh kearah suara garau itu.

Seorang lelaki berkulit pucat dan agak tinggi daripadanya terlihat memberi pandangan maut kepada Jieun. Mungkin vampire lain yang belum dia jumpa? Dia nampak Jieun seperti ketakutan. Gadis itu menyembunyikan wajahnya dan langsung tidak mahu memandang wajah lelaki vampire itu.

"Tak... Tak ada apa-apa," jawab Jieun dan bergegas pergi dari sana. Miyoung bingung.

Dia membalas pandangan lelaki itu. Sangkanya, lelaki itu akan bercakap sepatah dua namun dia dipulaukan. Lelaki itu terus beredar entah ke mana tanpa berpaling ke belakang.

"Apa kena dengan bandar ni? Acah misteri betul," rungut Miyoung. Dia kembali menilik senarai barangan yang perlu dibeli dan setelah itu membuat bayaran di kaunter pembayaran.

"Terima kasih dan datang lagi," ujar pekerja kedai runcit itu dengan senyuman paling manis. Miyoung membalas senyumannya dan terus keluar menuju kearah basikalnya. Sampai sahaja di tempat khas memarkir basikal, plastik di tangan Miyoung terjatuh.

Basikal tua yang dia bawa tadi telah hilang dengan rantainya dipecahkan oleh sesuatu. Dia mengerling ke sekeliling, cuba mencari sekiranya pesalah yang mencuri basikalnya masih berada disitu.

"Shi—"

"Need help?" Suara garau itu menegurnya. Miyoung cam suara ini. Ini suara lelaki pontianak tadi. Miyoung tak jadi mencarut.

"HAH?" soal Miyoung, tidak percaya yang seorang vampire sedang menawarkan bantuan kepadanya. Lelaki itu menunduk dan mengutip barangan yang dibeli Miyoung lalu dimasukkan ke dalam plastik semula.

"Naik kereta aku. Biar aku hantar kau balik," arah lelaki itu. Miyoung menolak.

"Takpe. Saya boleh balik jalan kaki." Miyoung cuba untuk merampas plastik miliknya yang berada di tangan lelaki itu namun lelaki itu lebih tangkas daripadanya.

"It's either yes or yes. No is not the answer. Aku cuba untuk buat baik dengan kau jadi kalau kau menolak. Itu bagaikan kau tolak rezeki tau?" ujar lelaki itu lagi. Miyoung tayang muka kereknya.

"Kalau yesn't terima tak?" balasnya, sekadar ingin bergurau. Lelaki itu tersenyum senget sambil ketawa. Gadis ini lucu baginya. Lawak pun hambar. Hm.

"Then you're still going with me," jawabnya dan terus menuju kearah keretanya tanpa menunggu Miyoung. Mulut Miyoung ternganga. Adakah lelaki pontianak ini sedang mengatur hidupnya? Unbeliveable hage!

Dalam perjalanan pulang, Miyoung dan lelaki itu tidak bercakap walau sepatah pun. Hanya bunyi deruan enjin sahaja yang memecahkan kesunyian.

"Dah sampai..."

Miyoung masih tidak berganjak. Ada satu persoalan yang bermain di mindanya.

"Macam mana awak tahu rumah saya?" soal Miyoung. Lelaki itu tayang wajah selamba. Lagaknya seperti tidak mahu menjawab soalan Miyoung.

"Hm. Memang aku tunggul kayu je," ujar Miyoung, kesal dan terus turun dari kereta. Baru beberapa tapak dia keluar, dirinya dipanggil lagi oleh lelaki itu.

"Apa?!" soal Miyoung, geram.

"Ni. Barang kau tertinggal. Kecuali lah kalau kau nak bagi kitorang? Tapi kitorang tak makan makanan manusia. Kitorang makan manusia..." ujar lelaki itu cuma ayat terakhir itu hanyalah dilafazkan di dalam hati. Pipi Miyoung berona merah. Dia berjalan dengan laju dan merampas plastik barangan itu dan berlari masuk ke dalam rumah.

Lelaki itu menggeleng kecil. Tanpa menunggu lama, dia terus memandu kearah rumah agam yang berada diatas bukit. Dia tersenyum sumbing kerana dia tahu, mereka bakal bertemu lagi.

Seraya itu, dia membuang airpod yang dipakainya. Patutlah dia tak dengar pun soalan Miyoung tadi.

to be continued


You can never expect the ending - ?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top