Part 28
Hoseok mendukung Irene masuk ke dalam istana kerajaan vampire Britain manakala Yoongi mendukung Miyoung yang turut sama tercedera. Beberapa pengawal vampire menjeling kearah Irene, yang merupakan musuh mereka.
Senjata diarahkan kearah gadis itu. Tapi saat pandangan mereka teralih pada gadis yang dibawa oleh Yoongi, kesemua mereka melutut. Menunjukkan tanda hormat pada Miyoung yang disangkakan Seungwan.
"Panggil doktor. Ada dua orang cedera," arah Hoseok.
Mereka masuk ke dalam bilik rawatan istana. Seorang wanita awet muda datang menyapa. Dia menilik Miyoung dan Irene serentak.
"Letak dia dekat sini.. Bawa gadis ni ke bilik lain," arahnya. Hoseok membawa Irene ke bilik lain manakala Yoongi membaringkan Miyoung disitu.
Doktor masuk dalam beberapa minit kemudian. Dia terus menuju kearah Miyoung tanpa berlengah lagi.
"Dia luka parah ni.. Kamu tahu kan apa nak buat?" soal wanita itu. Doktor itu mengangguk.
Miyoung terus dirawat. Lukanya dibasahkan dengan alkohol dan disapu dengan ubat. Antibiotik dicucuk ke lengannya. Darah B-negative dimasukkan.
"Cik Son dah kembali ke?" soal doktor itu. Wanita itu menggeleng. Rambut diatas dahi Miyoung diusap ke belakang.
Khawatir mengganggunya untuk berehat.
"Tidak. Dia bukan Son Seungwan.." balas wanita itu. Dia boleh membezakan Seungwan dan Miyoung. Gadis yang ini lain. Tapi mereka nampak seperti kembar sebenar.
Doktor meminta diri untuk pergi.
Wanita itu mengambil kerusi dan duduk disebelah Miyoung. Tangan Miyoung diambil dan digenggam. Perut Miyoung digosok secara putaran mengikut arah jam.
Matanya dipejam. Dia nampak sesuatu dimasa lampau Miyoung.
Pada waktu itu, era zaman penjajahan lagi.
Dia nampak Seungwan yang sedang berjalan melalui hutan bersendirian dan tidak tahu ke mana arah tujunya. Dia nampak seperti sedang mencari jalan keluar sendirian daripada berada dimansion keluarga Choi.
Lama berjalan, Seungwan terjumpa sebuah rumah petani yang agak usang tapi berdua tingkat. Petani itu baru sahaja keluar dengan menggunakan jipnya. Meninggalkan isteri dan anaknya sendirian.
Si ibu masuk ke dalam rumah untuk menyediakan makanan dan mengemas rumah manakala anak kecil itu bermain-main sendirian diluar rumah.
Seungwan mencuri pandang dari dalam semak. Entah mana silapnya, dia terpijak ranting kayu dan mengalih perhatian anak kecil itu. Mata mereka bertentangan.
Anak kecil itu datang kearahnya. Seungwan cemas. Dia lari. Tak disangka, anak kecil itu mengejarnya.
Dia berlari kearah sungai agar dapat menjadikan jarak mereka jauh. Namun kejadian yang tak disangka-sangka berlaku. Anak kecil itu terkena jerat untuk memerangkap haiwan buas. Kakinya hampir putus. Anak kecil itu meraung kesakitan.
Seungwan berhenti daripada berlari. Dia terkejut melihat anak kecil yang tercedera itu. Pantas dia kembali semula ke sana dan menolongnya.
"Tahan ya, adik?" ujar Seungwan. Dia membuka jerat tersebut dan menunjukkan kaki anak kecil yang separuh hancur itu.
Anak kecil itu menangis. Seungwan buntu.
"Shuu.. Janganlah nangis.." pujuk Seungwan. Dia memegang kaki anak kecil itu dan menelitinya. Jerat itu berkarat teruk dan anak ini mungkin mati sekiranya tidak dirawat secepat mungkin.
Tangannya diletakkan diatas tempat luka tersebut dan satu kilauan putih dikeluarkan. Seungwan menghisap sedikit darah yang berlebihan itu. Anak kecil itu akhirnya berhenti menangis.
Seungwan tersenyum. Air mata anak kecil itu dilap menggunakan hujung jarinya.
Wajah anak kecil itu disentuh dan dibacakan sesuatu.
"Kakak terpaksa buat macam ni," ujarnya.
Seungwan menggigit bahagian kaki anak kecil itu. Perlahan-lahan anak kecil itu pengsan. Urat sarafnya membentuk bahagian baru.
Badan kecil itu diangkat dan dikembalikan ke rumahnya. Dia mengusap wajah anak kecil itu dan membisikkan sesuatu.
"Jaga keturunan kamu baik-baik ya. Akan ada satu daripadanya yang istimewa. Kakak berharap sangat pada kamu.." bisik Seungwan. Dia terpaksa membiarkan darahnya mengalir dalam badan anak kecil itu agar anak kecil itu kekal hidup. Sekarang, dia sudah mampu untuk tersenyum.
Nampaknya dia sudah menjumpai pasangan yang sesuai untuk Sehun. Ini bagaikan menyelam sambil minum air. Langit dipandang. Akhirnya, dia mampu untuk pergi dengan tenang.
Masa dicepatkan pula ke setiap era demi era.
Satu-persatu keturunan keluarga Kim dilahirkan namun mereka semua tidaklah seperti apa yang Seungwan katakan. Anak kecil yang dirawat itu adalah moyang kepada moyang asal Miyoung. Dia dengar apa yang Seungwan katakan sehingga menjadi taksub dengan mimpinya tentang Seungwan itu.
Setiap keturunannya dijaga dengan baik. Sehinggalah sampai ke ibu Miyoung. Saat wanita itu mengandung, banyak perkara pelik berlaku. Contohnya, dia mengalami kekurangan darah sehingga tidak mampu untuk bergerak seperti manusia biasa.
Apabila Miyoung dilahirkan, barulah dia kembali normal. Hubungannya dan Miyoung bagaikan isi dan kuku. Sejak kelahirannya, ibu Miyoung perasan yang mereka sentiasa diperhatikan oleh manusia berwajah pucat. Mereka tak menganggunya sebaliknya melindungi. Sehinggalah dia meninggal dalam kemalangan. Dia mati kerana ingin melindungi Miyoung daripada diambil oleh manusia-manusia aneh itu.
Miyoung yang ceria berubah menjadi seorang yang diselubungi dengan aura hitam. Tiada lagi frasa 'kebahagiaan' dalam dirinya.
Kini, Miyoung berada dalam tangan vampire keluarga Choi. Dijaga oleh soulmate barunya.
Wanita dari keluarga Britain itu melepaskan tangan Miyoung saat melihat gambaran Miyoung bersama dengan Sehun. Dia bagaikan tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Gadis dihadapannya ini mampu melayan Sir Oh Sehun yang digeruni ramai dengan begitu mudah.
Tak mustahil kalau efek Seungwan yang ada pada dirinya yang menjadikan semua itu berlaku namun wanita itu yakin itu semua dari Miyoung sendiri. Tak ada kaitan lagi dengan Seungwan.
"Makcik siapa?" soal Miyoung yang baru sahaja bangun.
"Mak--Makcik?"
...
Wanita bernama Boa itu masuk ke dalam bilik rawatan yang menempatkan Irene. Doktor menunjukkan wajah risau sebaik sahaja dia tiba.
"Macam mana?" soal Boa. Doktor mengeluh kecil.
"Teruk lukanya. Ambil masa untuk sembuh," ujarnya. Badan Irene sudah dibalut dengan kain sehingga tak ubah seperti mumia.
Boa melihat begitu banyak kesan lebam dibadan Irene. Nampak begitu sadis.
"Ada satu lagi.." ujar doktor itu. Dia menunjukkan macbooknya kepada Boa.
Keputusan sinar X-Ray pada Irene keluar.
"Ini adalah hasil X-Ray dibahagian perutnya. Dari kiraan kami, dia dah mengalami keguguran lebih dari berpuluh-puluh kali sejak beratus tahun dulu. Dari ujian ni juga, nampaknya ada tanda-tanda dia didera secara seksual dan mental tanpa henti. Ajaib untuk vampire sepertinya untuk kekal hidup,"
Boa merenung Irene. Kesian. Gadis cantik itu rupanya mempunyai masa lampau yang menyedihkan.
"Lebih mengejutkan.. dia baru sahaja di—hm.. Kesan air mani masih melekat pada vaginanya. Kami dah keluarkan semuanya untuk mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku.." sambung doktor.
Boa menyerahkan semula macbook itu.
"Bila dia boleh sedar?" tanya Boa.
"Mungkin lama lagi. Dia perlukan masa yang lama untuk berehat dan kembalikan semula tenaganya," jawabnya. Boa mengangguk.
Doktor meminta diri untuk beredar dan meninggalkan jururawatnya disana. Boa memanggil sebelum dia sempat keluar.
"Doktor.."
"Ya?"
"Siapa pelakunya?"
"Huh? Oh. Tuan Ahn Kangta. Vampire kerajaan Perancis.."
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top