+ y +

[ Sempena chapter terakhir , lagu kat atas ni untuk korang dengar sepanjang chapter ni! ]

17 Januari 2022

Kebingitan dewan tu tetap tak dapat menceriakan aku. Entah kenapa. Hati aku rasa sedih semacam hari jadi aku tahun ni. Tahun lepas aku okay je laluinya.

"Mengumumkan ketibaan pasangan pengantin!"suara pengacara majlis sebenarnya tak menyedarkan aku. Ketika semua orang bersedia di tepi karpet merah , aku masih lagi termangu-mangu memikirkan mengapa aku bersedih.

Pintu utama terbuka. Geiju yang biasanya tiada ekspresi , tersenyum ceria. Gadis di sebelahnya tersenyum manja , seperti yang biasa dia lemparkan pada aku.

Han Sanghee.

Tolonglah. Tolonglah kata semua ni cuma mimpi. Tolonglah kata semua ni cuma halusinasi! Tak mungkin semua ni berlaku!

Air mata aku menitik membasahi tuksedo hitam aku. Aku menangis tanpa suara , padahal aku sangat sangat mahu memanggil namanya. Dia bahagia , dan aku menderita.

Han Sanghee.Han Sanghee.Han Sanghee!

Senyumannya pudar apabila dia bertentang mata dengan aku. Matanya bergenang , tetapi dia cuma melepasi tubuh aku.

Sanghee , kau ingat tak yang kau selalu peluk aku kalau aku menangis?

Sanghee , kau ingat tak janji kau yang kau takkan pernah buat aku menangis?

Sanghee , sampai hati kau buat aku macam ni?

"Kamu berdua dibenarkan bercium sebagai pasangan suami isteri."

Ketika semua orang bertepuk tangan , air mata aku menghadiri majlisnya.

Kau buat macam ni waktu hari jadi aku?

Waktu hari jadi kita?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top