Chapter 26
Naeun ke pejabat Kai untuk tujuan surprise Kai. Hari ni merupakan birthday Kai tapi rasanya lelaki tu lupa. Itulah. Kerja sampai tak ingat dunia. Mengikut apa yang PA Kai cakap, Kai sedang meeting sekarang. So Naeun ada masa dua jam untuk siapkan semuanya.
Naeun mula menghias di dalam bilik Kai. Memandangkan hari siang, Naeun terpaksa tutup semua langsir bagi menghalang sebarang cahaya masuk. Untung langsir hitam. Dia membiarkan belon yang ditiupnya bertaburan dibawah. Kek diletakkan di atas meja untuk tetamu di dalam bilik Kai. Setelah selesai semua, Naeun menutup semula lampu dan membiarkan bilik itu dalam keadaan gelap. Dia menunggu kedatangan Kai. Tak sabar nak tengok reaksi Kai. Kai suka atau marah sebab ganggu masa dia kerja. Takut juga Naeun kalau Kai marah nanti.
Naeun rasa pintu ditolak. Sekarang ni dia bersembunyi belakang pintu bersama kek yang dipegangnya. Lilin juga sudah dinyalakan. Tanpa membuang masa, Naeun keluar dari tempat persembunyiannya dan melangkah ke arah Kai. Kai juga terkejut dengan kehadiran isteri kesayangannya itu. Dia baru ingat hari ni birthday dia. Naeun menyanyi lagu happy birthday lalu Kai menutup matanya dan berhajat. Lilin ditiup.
"Happy birthday oppa" kata Naeun. Tidak lupa juga krim yang berada di kek itu diambil lalu diletakkan pada pipi Kai. Dia terus lari.
"Ouh! sayang lari ya. Tunggu nanti oppa dapat sayang, siap sayang oppa kerjakan" Kai membuka semula semua lampu.
Naeun meletakkan kek di atas meja sambil ketawa. Kai terus mendapatkan Naeun. Badan Naeun dipeluk erat.
"Seronok ya sayang kenakan oppa" Naeun ketawa.
Kini giliran Kai yang meletakkan krim di hidung Naeun. Mereka sama sama ketawa.
"Thanks sayang sebab buat surprise kat oppa. Seriously oppa tak ingat hari ni birthday oppa" Naeun senyum.
"Itulah. Kalau kerja sampai tak ingat dunia" Naeun mencubit kedua pipi Kai.
"Anyway, mana hadiah oppa?" tanya Kai. Hari ni birthday dia, confirm ada hadiah kan.
"Ouh lupa. Sebenarnya sayang ada dua hadiah nak bagi oppa. Hadiah pertama yang ni" Naeun mengambil beg kertas yang bertuliskan ROLEX.
"Wah! Jam tangan. Cantik. Pandai sayang pilih. Oppa suka sangat. Kalau pakai sekarang boleh?"
"Suka hati oppa lah. Itu oppa punya" Kai menggantikan jam tangan di tangannya dengan jam yang berjenama Rolex yang diberi Naeun itu.
Perfect!
"Mana hadiah kedua?" nak tahu juga apa hadiah seterusnya.
Naeun memberi isyarat tangan supaya berdiri di depannya. Kai mengikut arahan Naeun. Semakin lama semakin dekat. Kai berhenti betul betul depan Naeun. Dekat sangat. Dan
Chu~
Bibir Kai dicium Naeun.
"Tu hadiah kedua. Harap oppa suka" Kai senyum. Gila kau tak suka. Dapat free kiss macam tu. Siapa tak suka.
"Thanks for everything sayang. I love you so much"
"Alahh setakat nak buat surprise kecil kecil macam ni apalah sangat. Yang penting oppa happy"
"Thanks sayang" Kai menarik Naeun ke dalam pelukannya. Pekerja lain tengok mesti jeles. Pandan muka! Yang bermimpi nak jadi isteri Kai tu boleh blah! Kai dah isteri lah weh.
Jungkook tiba di rumahnya setelah puas keluar jalan jalan dengan Yeri tadi. Sekarang ni masa untuk membalas dendam. Mwahahaha! Masa nilah yang dia tunggu sangat sangat. Siap kau Sejun. Masak aku kerjakan kau nanti! Kau cari pasal dengan aku ya. Tunggu kau. Jungkook dengan senang hati masuk ke dalam rumah dia. Sebelum dia masuk tadi, dia ada nampak Sejun sedang bersembang dengan Tzuyu dengan Bomi di taman. Haha perfect time!
Jungkook masuk ke dalam bilik Sejun. Almari Sejun dibuka. Baju yang paling Sejun sayang diambilnya. Habislah kau Sejun. Jungkook membawa baju Sejun ke meja belajar Sejun. Gunting diambil. Baju putih yang dibeli oleh Jihyo di London yang juga merupakan limited edition itu digunting olehnya. Habis lubang baju itu. Bukan setakat lubang tapi dah tak nampak rupa baju dah dibuatnya. Apalah reaksi Sejun nanti.
Gunting diletakkan semula. Baju Sejun dibawa ke koridor bilik Sejun dimana tempat Sejun berdiri semasa dia mengambil kasut kesayangannya. Nasib kaulah Sejun. Jungkook terus campak baju itu kebawah tepat kena di muka Sejun. Sejun yang tengah berbual dengan Tzuyu dan Bomi terkejut. Bajunya dah tak nampak rupa baju. Sejun melihat orang yang mencampakkan bajunya. Jungkook senyum dan mengangkat peace✌.
Sejun menahan marahnya. Tzuyu dan Bomi yang melihatnya juga takut. Mana taknya, baju tu baju kesayangan Sejun. Susah nak tengok Sejun pakai baju tu. Mereka cuma dapat tengok masa Sejun pergi hospital dengan Sana untuk buat check up kaki dia. Limited edition weh. Sapa tak sayang. Kalau nak dibandingkan dengan apa yang Sejun buat pada Jungkook tadi, kira okay lagilah. Kasut tu boleh jemur lagi. Tapi baju ni, tukang jahit pun boleh gila kalau nak jahit balik.
"Kookie gilaaaa!!!" Sejun jerit. Jungkook diatas ketawa. Puas hati dia dapat kenakan Sejun balik!
Terus dia lari masuk bilik dia apabila tengok Sejun dan bangun dari tempat duduk dia. Tidak lupa juga pintu dikunci. Gila kau tak kunci. Sejun masuk nanti memang tamat riwayat dia. Habis muka handsome dia nanti dikerjakan.
Tidak sampai lima minit, pintu biliknya diketuk dengan kuat. Jungkook cuma ketawa. Cubalah masuk kalau boleh.
"Kau buka pintu ni sebelum aku pecahkan!" jerit Sejun.
Sejun memang marah habis. Serius dia sayang baju tu. Memang dia cari pasal dulu dengan Jungkook tapi agak agaklah kalau nak balas balik. Benda lain dia tak kisah tapi kalau baju ni, memang nak kena.
"Kalau aku tak nak!" jawab Jungkook dari dalam tapi selepas itu terus pintu biliknya terbuka.
Sejun muncul. Mukanya ketat. Dia marah betul ni. Jungkook telan air liur. Baju tadi juga masih dipegangnya. Itulah cari pasal lagi.
"Asal kau gunting baju ni?" tanya Sejun tegas. Jungkook senyum menyindir.
"Soalan bodoh apa kau tanya ni. Dah sah sah kau yang cari pasal dulu. Tak kan aku nak diam je. Aku balaslah balik. Kasut kesayangan aku kena siram macam siram pokok. Tak kan aku nak gelak bila tengok" jawab Jungkook selamba.
"Yup! Memang aku cari pasal sebab kau pun selalu cari pasal dengan aku. Aku boleh terima kau usik barang aku yang lain tapi baju ni aku tak boleh terima. Aku just letakkan air dalam kasut kau tapi boleh kering balik. Baju ni kalau kau dah gunting macam budak pantang jumpa gunting, ni dah melampau! Kau tahu kan ibu beli di London. Limited edition! Aku sayang baju ni" marah Sejun. Serius dia tak boleh terima. Baju kesayangan kut.
"Kisah pulak aku. Lantak kaulah limited edition ke, baju ni buat daripada bulu gajah ke. Apa aku kisah. Yang penting aku puas" terus satu tumbukan melayang di wajah Jungkook.
Ini bukan pertama kali mereka bertumbuk. Tapi kali ni Sejun betul betul serius. Dia tak boleh terima apa yang Jungkook buat. Mulalah mereka buka gelanggang MMA disitu. Berbalas pukulan mereka. Adeii kalau Jihyo tengok ni mati. Nasib orang tua tu tak ada.
"Sejak bila rumah ni ada gelanggang MMA? Setahu aku tak ada" sindir Suho. Jungkook dan Sejun berhenti berlawan.
"Kenapa dengan korang berdua ni? Selalu ada masalah. Tak boleh nak rapat langsung. Tak fahamlah aku" tambah Chen pula.
"Tanyalah si Jungkook ni apa yang dia dah buat" jawab Sejun. Dia terus pergi dari situ. Benci dia dengan semua orang dalam rumah ni. Tak ada satu pun yang dapat buat hati dia tenang. Nak je dia lari dari sini.
Sejun menghempas pintu biliknya. Panas hati dia sekarang ni. Wajah cantik Sana terus terbayang di fikirannya. Hanya perempuan tu yang dapat sejukkan hati dia. Nak pergi jumpa Sana, sah sah perempuan tu tak nak jumpa dia. Hmm.
...
Sana bangun tidur dan terus mandi. Serius dia tak larat. Maybe dia tak makan kut semalam. Tak ada selera. Tambah dengan masalah Sejun lagi. Huhh! Pening kepala macam ni. Dengan terpaksa Sana turun ke bawah untuk cari makanan. Lepas tu nak makan ubat. Kalau tak lega juga demam, terpaksa dia ambil MC esok. Tak pergi sekolahlah jawabnya.
"Ha turun pun kamu Sana. Jom makan sama sama" ajak ibu Sana. Dia tahu anaknya tak makan apa apa sejak semalam.
"Sana tak ada seleralah ibu" jawab Sana manja.
Adeii kalau tak ada selera buat apa turun makan. Tidur jelah dalam bilik Sana oii.
"Jangan nak mengada. Ni ada sandwich tuna dengan ubat sekali" Sana duduk berhadapan dengan ibunya.
Sandwich tuna dimakannya. Sedap! Boleh masuk dalam fovourite list food ni.
"Sedapnya ibu. Ibu buat sandwich ni?" tanya Sana teruja. Terus datang selera makan dia.
"Mana ada ibu buat. Tadi Sejun datang hantar. Punyalah sayang Sejun tu dengan kamu. Sanggup dia hantar sandwich ni dengan ubat sekali pagi tadi" Sana terus berhenti makan. Ouh! Sejun rupanya. Kalau macam tu tak payah makan pun tak pe.
"Buat apa dia hantar semua ni. Sana bukan ada apa apa hubungan dengan dia pun" ibu Sana menggeleng kepala melihat anaknya yang sorang ni.
"Ya ampun kamu ni Sana. Orang suka kamu pun kamu tak boleh nampak lagi. Bukalah mata hati tu sikit. Orang dah suka kamu Sana. Kalau tak, tak kan dia sanggup hantar makanan ni" Sana mencebik. Sajalah tu nak ambik hati ibu aku. Nak tunjuk baik sangatlah tu.
"Apa ibu cakap ni. Sejun tu tak mungkin suka Sana. Sana tahulah. Tapi apapun cakap kat dia terima kasih dah susah susah macam ni"
"Suka hati kamulah Sana. Ibu tak nak masuk campur. Cuma ibu nak bagitahu, kalau kamu betul betul ada hubungan dengan Sejun tu, ibu tak kisah sebab ibu suka Sejun. Sejun baik" habislah aku kalau ibu dah puji bagai ni. Apalah yang Sejun bagi ibu makan.
"Daddy pun setuju" kata daddy Sana yang baru datang.
Ha sudah!
Sana terus naik atas. Tidak lupa juga sandwich tadi dan juga ubat diambilnya. Hilang demam dia macam ni. Ibu dengan daddy sama je. Hampeh betullah!
Tbc
Bilalah story ni tamat. Adeii lambat betullah. Anyway hope tak boring.
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top