Chapter 23
Jihyo dengan Gary ke Italy untuk tujuan kerja of course. Yang lain apa lagi. Seronok gilalah ibu mertua a.k.a singa jadian itu tak ada. Semua dah ada plan masing masing selama 3 hari. Pagi pagi lagi mereka dah keluar tinggal Taeyeon sorang sorang. Mereka semua sengaja ajak suami masing masing keluar rumah awal supaya mereka tak dapat apa apa arahan dari Taeyeon.
"Cho unnie. Kalau Zuyu nak ikut unnie dengan Suho oppa boleh tak sebab Mingyu cakap dia ada meeting. Petang nanti baru boleh pergi jalan jalan. Tapi kalau unnie rasa Zuyu ganggu masa unnie dengan Suho oppa, Zuyu faham. Zuyu tak marah" Chorong dan Suho melihat satu sama lain dan tersenyum.
Comel pulak Tzuyu ni.
"Kenapa Zuyu cakap macam tu? Unnie okay je. Lagi best kalau pergi ramai ramai"
"Oppa pun tak kisah. Lagi ramai lagi best" kata Suho pula. Tzuyu tersenyum.
Bestlah dapat unnie dengan oppa macam ni. Bukan macam si Taeyeon. Hehhh! Pergi matilah!
"Terima kasih Cho unnie, Suho oppa. Zuyu bukan apa. Zuyu bosan duduk di rumah"
"Oppa faham. Jomlah. Nanti lambat sampai pulak" Tzuyu masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang.
Belum sempat Suho menghidupkan keretanya, dua orang lagi makhluk masuk dengan selamba badak mereka ke dalam kereta. Tzuyu juga terkejut kerana dua makhluk tu dah duduk dengan elok di sebelah kiri dan kanan dia. Ingat hantu mana tadi. Lemah semangat den. Hampeh betullah!
"Siapa benarkan korang berdua masuk? Sejun? Jungkook?" Tzuyu menahan tawanya.
"Alahh hyung bolehlah. Kookie bosanlah duduk rumah" Jungkook merengek.
"Jun pun. Tzuyu pun bosan apa lagi kitorang. Bolehlah hyung" Sejun pula merengek. Chorong menggelengkan kepalanya.
"Macam mana ni sayang? Habislah apa yang kita plan semalam" Chorong ketawa.
"Biarlah hubby. Esok kita plan lain. Lagipun bukan selalu kita keluar ramai ramai macam ni" Suho menghembuskan nafasnya. Tak guna punya adik! Kacau line betullah.
"Korang bersyukur sebab noona korang baik. Kalau tak dah lama hyung tendang korang berdua"
"Sepatutnya hyunglah bersyukur sebab Chorong noona isteri hyung. Dah lah cantik, baik pulak tu. Mana nak cari perempuan macam Chorong noona ni" tambah Jungkook lagi. Saja nak sedap hati Suho.
"Kejap. Bukannya korang sekolah hari ni?" kata Tzuyu.
Sejun dan Jungkook mengalihkan pandangan mereka ke luar. Pura pura tak dengar.
"Hah? Kau cakap apa tadi?" Sejun pura pura tanya.
"Kan. Aku pun tak dengar" tambah Jungkook pula.
Pekak betul baru tahu. Benci pula tengok dua beradik tiri ni. Perangai tak ada beza langsung.
"Orang malas jangan ditanya Zuyu" sindir Suho.
Jungkook dan Sejun sengeh. Muka macam orang tak bersalah.
Tzuyu dan Chorong ketawa.
"Kita nak pergi mana ni hyung?" tanya Jungkook.
"Hyung nak bawa Jun dengan Kookie pergi neraka. Tapi lepas tu hyung, Chorong noona dengan Zuyu patah balik. Pergi Namsan Tower" Chorong dan Tzuyu tak boleh berhenti ketawa.
Sejun dan Jungkook buat muka menyampah.
"Ingat lawak ke?" kata Jungkook.
Suho pula ketawa.
Taeyeon menahan marahnya. Mana taknya rumah dah kosong. Semua dah pergi termasuk suaminya Baekhyun. Awal awal lagi dah pergi kerja. Katanya ada kerja yang belum siap. Anaknya Hera awal pagi lagi dah mandi bila dengar Naeun nak bawa pergi Lotte World. Jadi tinggal dia sorang yang belum keluar. Sebelum Jihyo pergi, dia ada pesan untuk beli barang dapur. Ni mesti dorang dah kerjakan dia. Siapa lagi kalau bukan dia perlu pergi beli barang dapur. Dia baru ingat nak suruh Arin dengan Tzuyu pergi beli. Tapi dua orang tu awal awal lagi dah keluar. Hish! Tak guna betul!
Dengan hati yang panas Taeyeon siap siap dan terus pergi ke supermarket yang terdekat dengan kawasan rumah dia. Sokay. Hari ni hari dorang. Korang semua tunggu nanti. Siap nanti aku kerjakan! Taeyeon membebel sorang sorang dalam kereta. Sampai di supermarket, Taeyeon meletakkan keretanya. Dia berjalan sambil meletakkan kunci keretanya di dalam beg tangan tanpa melihat jalan.
"Taeyeon unnie kereta!!!" seorang perempuan menjerit.
Taeyeon jatuh. Dia tak rasa apa apa. Cuma tangan dia sakit sikit. Dia melihat hadapannya. Bertapa terkejutnya dia kerana orang yang menolaknya ke tepi tadi sudah terbaring dengan darah yang penuh di tangan.
"Hayoung kau okay?" tanya Joy.
"Aku okay cuma tangan aku je. Mana Taeyeon unnie. Dia okay tak?" Hayoung mencari Taeyeon. Taeyeon menayangkan muka menyampah.
"Tak payah nak ambil berat pasal aku sangatlah! Aku tahu kau cuba nak ambil hati aku balik. Lagipun kau mesti benci aku dengan apa yang aku dah buat pada kau dulu. Mustahil kau lupa macam tu je. So tak payah nak tunjuk baik sangat k. Pergi mampuslah pempuan!" tengking Taeyeon dan terus pergi dari situ.
"Eyy! Teruknya perangai. Orang dah tolong tak tahu nak berterima kasih. Sampai berdarah macam ni pun tak bersyukur lagi. Kalau aku jadi kau, aku tak kan tolong perempuan macam tu! Kesian kau Hayoung" Joy melepaskan marahnya.
"Tak pe lah Joy. Aku faham. Mungkin Taeyeon unnie tak boleh terima aku lagi" Hayoung senyum. Disebalik senyum itu terselit rasa sedih. Sedih kerana orang tak dapat terima dia.
Entah boleh tahan ke tidak kelopak mata dia. Jatuh je setitik air mata dia, satu hari dia terpaksa dengar Joy bebel. Grr! Tak sanggup. Dia rela tahan air matanya daripada dengar Joy membebel.
"Hmm itulah ayat yang kau selalu guna. Whatever lah. Jomlah kita pergi hospital. Dah teruk sangat kau punya tangan" Hayoung melihat tangannya.
Ouh no! That's blood! I can't see that. Mom help me! I'm scared. Really really scared!
"Joy darahlah!" Joy buat muka menyampah.
"Ye aku tahu darah. Jomlah pergi hospital. Hish! Aku pelempang juga budak ni nanti" marah Joy.
Mereka terus ke hospital. Darah di tangan Hayoung dicuci dan dibalut. Hahah! Jangan harap aku nak mandi. Sakit weh kalau kena air. Huhhh! Tak boleh bayang. Setelah selesai membuat pembayaran, Hayoung dan Joy terus keluar dari hospital.
"Oh Hayoung? Park Sooyoung?" kata seorang perempuan.
"Sana?" kata Hayoung dengan Joy serentak.
"Aaahhhh!!" mereka bertiga menjerit sambil berpelukan. Satu hospital dengar suara mereka bertiga.
"Lama tak jumpa korang. Korang pergi mana?" tanya Sana.
"Aku ada je dirumah. Kau yang tak datang" kata Joy.
"Aku ingat kau dah pindah" kata Sana tak bersalah.
"Hmmph..kau pun sama je dengan Hayoung. Ni pun aku jumpa dia di Subway" Joy melihat Hayoung yang menayangkan muka tak bersalah.
"Kau cakap Subway kan, apa kata kita pergi lepak sana. Aku dah lama tak lepak dengan korang" Hayoung mengutarakan cadangan dia.
"Betul juga tu. Jap aku call Yerin" kata Sana.
"Wah! Mesti best kan" kata Joy.
Selepas order makanan, mereka mengambil tempat di hujung. Senang sikit kalau nak cakap atau ketawa kuat kuat. Mwahahaha! Subway ni kami yang punya. Ekhmm! Terover excited pulak. Sorry..
"Kau tinggal mana sekarang ni Hayoung?" tanya Sana. Hayoung ragu ragu untuk jawab. Dia tak nak siapa tahu dia tinggal mana sekarang ni. Tapi ni lain. Kawan baik dia tanya. Tak kan dia tak bagitahu.
"Aku tinggal di Dubai sekarang ni" mereka bertiga berhenti meminum air mereka. Mata tidak berkelip tengok Hayoung.
"Korang asal. Aku dah bagitahu korang jadi patung yang tak laku pulak. Kalau aku tahu, aku tak bagitahu korang" Hayoung meminum air.
"Kau biar betul beb?" tanya Yerin.
"Betullah. Sebab tulah akhir akhir ni aku tak pergi jumpa korang semua. Sorry tau" Hayoung berpura pura sedih.
"Bukan akhir akhir ni, dah nak dekat setahun kau tak datang jumpa aku dengan Yerin. Kalau Sana lainlah. Dia baru pindah sini balik lima bulan yang lepas"
"Aku ada problem beb. Sorry lah"
"Problem dengan Sehun oppa?" kata Sana tiba tiba. Hayoung juga terkejut. Mana Sana tahu ni.
"Mana kau tahu beb?" tanya Hayoung.
"Mana aku tahu tak penting. Aku nak sekarang ni kau explain dengan kitorang sekarang. Aku sure dorang pun belum tahu" Joy dan Yerin hanya mengangguk.
Nak tak nak Hayoung kena cerita juga. Takut juga tengok muka tiga ekor anak King Kong ni. Buang jauh jauh fikiran tak nak cerita kat dorang ni. Dia terpaksa juga cerita walau macamanapun.
...
Seulgi terjaga dari tidurnya setelah merasa seseorang berada di sebelahnya. Sebaik saja dia buka mata, seorang lelaki yang memakai mask sedang memegang pisau dan meletakkan di lehernya. Seulgi menangis. Tiba tiba lelaki itu terus lari apabila mendengar suara orang.
"Sayang kenapa ni?" tanya Jimin cemas. Risau dia tengok Seulgi menangis.
Seulgi tidak menjawab sebaliknya badan Jimin dipeluk dengan erat.
"Tak pe sayang. Saya ada. Sayang jangan takut" Jimin mencium dahi Seulgi.
"Saya takut Jimin. Tadi ada sorang lelaki masuk. Dia nak bunuh saya Jimin" Seulgi memeluk Jimin lagi.
"Sayang jangan risau. Saya akan pastikan esok dia tak kan datang sini lagi. Malam ni saya akan tidur sini. Saya akan jaga awak Seulgi" urat urat di lengan Jimin sudah naik. Itu bermaksud dia sedang marah. Mati lelaki tu nanti kalau dia jumpa malam ni. Dan dia akan pastikan dia jumpa lelaki tu malam ni jugak!
Tbc
Just nak bagitahu, bagitahu je k bukan marah. Kalau boleh tu jgnlah komen 'update lg' itu mengurangkan semangat saya utk sambung cite. Saya pun tak tahu kenapa. So kalau boleh komen lain sikit daripada tu. Be like kata² semangat utk saya. Jgn merajuk tau. Just bagitahu. Love you all❤
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top