6 Bulan kemudian~
Rambut yang terurai dibahu diikat kemas gaya ponytail. Bangs di depan disikat kemas. Lipbam dicalik sedikit pada bibirnya. Pantulan badannya pada cermin ditilik. Senyuman manis terukir dibibirnya.
" I am proud of myself " Katanya yang masih lagi menilik tubuhnya pada cermin.
Ye dia Shin Mina. Gadis gempal yang sudah berubah menjadi gadis yang kurus dan cantik . Baginya semua tidak mustahil untuk dia ambil langkah seterusnya untuk berubah ke arah yang lebih baik. Lagipon untuk diri sendiri juga. Kesihatan pon makin terjamin.
Beg sekolah dicapai lalu dia turun ke bawah ingin bersarapan.
" Harini makan apa Mina?" Soal Ommanya . Dia tersenyum kecil melihat anak tunggalnya itu yang sudah semakin cantik.
" Roti yang disapu mentega kacang! Urmmm sedapnya! " Kata Mina. Roti itu dijamah dengan penuh nikmat. Sepanjang dia berdiet ini memang tidak pernah lagi dia skip sarapan. Sarapan amat penting untuk tubuh badan sebelum memulakan kerja yang akan dibuat sepanjang hari.
❤❤❤
Debaran di dada semakin terasa. Sepanjang 6 bulan dia memang tidak pernah langsung bertembung dengan crushnya, Kim Taehyung. Sedaya upaya dia akan mengelak dari bertembung. Jejaka itu juga tidak mencarinya setelah kejadian itu.
Kakinya melangkah masuk ke dalam pagar sekolah dengan keyakinan yang tinggi. Senyuman diukirkan dengan perasaan yang gembira. Perasaan yang yang dia tidak pernah rasa sebelum ni.
Pelajar-pelajar lain yang memandang ke arahnya tidak dipedulikan. Tujuannya sekarang adalah ingin mencari jejaka yang bernama Kim Taehyung.
" Hey , ada nampak Kim Taehyung? " Tanya Mina pada salah seorang sahabat Taehyung yang bernama Park Jimin.
" Dekat kantin rasanya. Kau budak baru ke? " Tanya Jimin. Wajah milik Mina ditiliknya. Macam pernah nampak...
" Ouh terima kasih! " Kata Mina lalu berlari menuju ke arah kantin. Soalan terakhir Jimin dibiarkan begitu sahaja.
" Eh...bukan ke tu...SHIN MINA? BUDAK GEMPAL TU? SERIESLY? DIA BETUL-BETUL BERUBAH SEBAB TAEHYUNG?! " Kata Jimin separuh menjerit apabila dia tersedar tentang gadis itu.
" Ye.. Aku tengok pon dah tahu siapa. Kenapa kau ni lembap sangat hah Jimin? " Kata seorang namja yang berada disebelah Jimin.
" Kau kata aku lembap Jungkook? "
" Ye.. Lembap dan pendek "
" JUNGKOOK!!!!! "
❤❤❤
Susuk tubuh Taehyung yang sedang bermesra bersama seorang yeoja dipandang dari jauh. Yeoja itu seperti pernah nampak... HaNi? yeoja yang pernah menyelamatkan Taehyung sebelum ni!
Perlahan-lahan dia menghampirj Taehyung dan HaNi. Dia berdehem sedikit di sebelah mereka berdua.
" Ye? " Tanya HaNi.
" Boleh saya pinjam Taehyung sekejap? " Tanya Mina.
" Y-ye boleh"
" Jagi tunggu sini ye.. Jangan pergi mana-mana tau! " Kata Taehyung lalu mengikut langkah Mina dari belakang.
" Ingat aku lagi? " Tanya Mina pada Taehyung. Matanya tajam menikam anak mata Taehyung. Hatinya sedikit sakit apabila melihat Taehyung bersama seorang yeoja.
" Siapa? Ex aku yang mana? " Tanya Taehyung. Senyuman tidak bersalah diukir. Wajah Mina ditatap lama.
" Aku Shin Mina. Perempuan yang kau selalu panggil bulat dan aku juga ex crush kau. Aku ingat.. Bila aku dah kurus.. Kau akan terima aku. Tapi aku rasa kau tak akan terima aku, Sebab kau pon dah ada yeochin. So thanks la sebab dah sakitkan hati aku. Aku bodoh sebab jatuh cinta dengan lelaki macam kau ni" Kata Mina lalu terus meninggalkan Taehyung yang masih terkejut disitu.
" S-shin Mina? Bulat? K-kenapa aku tak boleh cam muka dia? Dia semakin cantik.. Dan lebih cantik dari HaNi... "
Tampa membuang masa, Taehyung terus mengejar langkah Mina yang masih tidak jauh darinya. HaNi yang masih menunggunya tidak dipedulikan.
Tangan kiri Mina ditarik oleh Taehyung membuatkan gadis itu terus berpaling ke belakang. Keningnya dikerutkan. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh juga.
" M-maafkan aku sebab tak cam kau.. Kau makin cantik.. " Kata Taehyung dengan memuji gadis dihadapannya.
" Sudah lah.. Aku dah tak nak menaruh hati dekat kau lagi. Jangan terima aku sebab aku dah lawa.. " Kata Mina lalu menepis tangan milik Taehyung dan meninggalkannya disitu.
Taehyung terkaku. Dia tahu dia bersalah. Dia juga menyesal dengan sikapnya yang lalu. Rambut diserabutkan.
" Stress ke bang ? " Tanya Jimin yang menghampiri ke arah Taehyung.
" Nampaknya dia dah fall in luv dengan si bulat yang dah jadi kurus tu lah! " Kata Jungkook yang juga bersama Jimin.
" Tulah kau.. Kan dah melepas. Dah lah cun.. Setia pulak tu. Rugi la kau Taehyung. Kau ingat HaNi tu setia sangat ke dengan kau? " Tambah Jimin lagi. Sengaje memanaskan Taehyung. Biar bagi insaf sikit .
-Bersambung-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top