Part 3

Kertas kecil bewarna pink itu dipegang dengan senyuman yang mekar. Sudah lama dia tidak tersenyum sendiri seperti itu. Ahhh jejaka itu sememangnya sudah membuatkan hatinya gila ~

Kepalanya dipusing ke kiri dan kanan. Tiada sesipa di kawasan itu.  Dengan berhati-hati dia masukkan kertas pink itu ke dalam lokar milik Kim Taehyung lalu dengan pantas dia berlari pergi dari situ.  Tidak mahu dirinya ditangkap!

Kakinya terus berhenti dari berlari setelah dapat menjauhi kawasan tersebut. Nafas berat ditarik panjang.  Penat! 

" Shin Mina!  Mari sini kejap! "

Panggilan dari seorang yeoja menarik perhatiannya lalu pergi menuku ke arah yeoja tersebut yang berada di hadapan pintu bilik stor sukan.

" N-nae?  "

" Boleh tak tolong aku ambilkan barang yang ada dekat hujung dinding sana.  Ada kotak situ.  Kau ambilkan kejap " Arah gadis itu pada Mina.

Tanpa rasa teragak-agak, Mina terus masuk ke dalam stor sukan tersebut.  Perlahan-lahan dia menghampiri ke hujung bilik.  Matanya meliar mencari kotak yang dimaksudkan oleh Yeoja tersebut.  Tapi satu kotak pon dia tidak nampak.

Mina terus menoleh melihat ke arah pintu masuk tadi. Suara gelakan yeoja itu bersama kawan-kawannya menyapa gegendang telinganya. Nampaknya dia terkena lagi.

Kakinya berjalan rapat ke arah pintu yang sudah ditutup oleh yeoja tadi.  Tombol pintu dipulas namun tidak berjaya dibuka. Terkunci!

Nafas berat di lepaskan.  Nampaknya memang nasib dia kalini akan terkurung semalaman disini sampailah ada yang membuka bilik stor ini. Kerusi yang ada disitu dia duduk.

" Kenapa semuannya jadi dekat aku?  Kenapa diorang dengki sangat dengan aku? "

" If aku kurus... Adakah diorang masih nak buli aku?  "

" If aku kurus... Taehyung nak terima aku ke?  "

" If aku kurus... Ada yang sudi nak berkawan dengan aku ke? "

" Dan.. If aku kurus.. Mesti aku boleh pakai pakaian yang lawa-lawa"

Kepalanya dilentokkan pada meja yang ada dihadapannya. Air mata yang jatuh dikesat menggunakan lengan. 


❤❤❤

" Shin Mina?  Kamu buat apa dekat sini?! "

Tegur seorang guru sukan yang masuk ke dalam stor itu.  Terkejutnya apabila melihat susuk tubuh Mina yang masih tidur di meja. Bahu Mina digoncang perlahan untuk mengejutkan gadis itu bangun.

" C-cikgu.. Saya terkurung dalam stor " Kata Mina.  Sisa air mata yang masih ada dikesat .

" Siapa kurung kamu?  Mereka buli kamu lagi?  Haih kenapa tak report je dengan cikgu disiplin?  "

" Gwenchana..saya tak apa-apa"

" Tak apa-apa?   Kalau kamu sakit macam mana ?  Kalau kamu pengsan macam mana?  Nanti keluarga kamu juga yang susah hati ... Kes buli ni boleh menggangu mental seseo-- "

" Cikgu~" Panggil Mina memotong ayat Puan Han.

" Boleh tak.. Cikgu bagi tips nak diet?  " Tanya Mina. 

Puan Han memandang ke arah Mina dengan senyuman yang terukir.  Baguslah kalau Mina mahu berubah ke arah yang lebih sihat.

" Baiklah "




❤❤❤





" Bulat!!!  " Panggil seorang namja yang menyerang masuk ke dalam kelas itu dengan wajah yang tampak marah sekali.

Mina yang sedang leka melukis terganggu seketika. Wajah jejaka yang mara ke arahnya dipandang. Automatik wajahnya bertukar merah padam.

'K-kenapa Taehyung cari aku?! '

" Surat ni.. Semua surat ni dari kau kan?  " Tanya Taehyung dengan senyuman sinis. Beberapa keping kertas bewarna pink dilemparkan atas meja Mina. Lidahnya ditolak ke pipi.

" Kau ingat aku tak tahu siapa punya surat ni?  Heyyy bulat! Aku ada ramai reporter.... So salah sorang reporter aku bagitahu yang kau hantar surat-surat tu dekat lokar aku " Kata Taehyung. Wajahnya bertukar series. Pelajar yang lain hanya tersengih memerhatikan mereka.

Mina hanya diam di situ. Kepalanya ditunduk ke bawah.  Malu!

" Aku nak bagi amaran dekat kau.. Jangan pernah hantar sampah tu lagi dekat aku. Berhehti sukakan aku!  Aku tak akan pernah suka kan pompuan gemuk bulat macam kau ni!!!!  " Jerkah Taehyung. Dia tersenyum sinis.

PAP!

Meja diketuk kuat oleh Mina lalu dia terus berdiri.  Matanya yang sudah bertakung air ditahan agar tidak jatuh.  Gigi tiketap kuat.  Dia sudah tidak tahan lagi dimalukan depan orang ramai.  Lagi-lagi dengan crush.

" Aku sedar aku gemuk!  Tapi salah ke manusia yang gempal mempunyai hati pada seseorang?  " Kata Mina.  Dengan beraninya dia memandang tepat ke dalam anak mata milik Taehyung .

" Memang tak salah tapi aku tak akan pernah suka kan kau.. Bulat!  " Balas Taehyung. Dia agak terkejut sedikit dengan tindakan Mina tadi yang berani membalas katanya. Setahunya Mina ini seorang yang pendiam.

" Kenapa?  Sebab aku gemuk?  Kalau aku kurus.. Kau terima aku?  Macam tu?  " Tanya Mina. Nafas diaturkan perlahan-lahan.  Memang tidak pernah dia bercakap dengan mana-mana lelaki sebelum ini.

" Mungkin. Kalau kau kurus.. Aku terima kau " Kata Taehyung. Tangannya disilang.

" Baiklah "














-Bersambung-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top