Part 2
Pap! Pap! Pap! Pap!
Beberapa biji telur mentah hinggap dibadannya. Habis berbau busuk. Dia sudah biasa dibaling telur oleh pelajar lain. Buli? Hampir setiap hari. Tapi dia hanya diam dan tidak mengadu pada familynya tentang pekara ini.
" GEMUK! GEDEMPOL! "
" GEMUK BUSUK! "
" LEMBAP"
" BANYAK PENYAKIT! "
" SELEKEH! TAK CANTIK "
Kata-kata cacian dari mereka di biar sahaja berlalu seperti angin. Buat apa mahu balas balik kalau kita juga yang akan sakit, bukan?
Dia berhenti di tepi jalan untuk melintas ke seberang. Kepalanya melihat kiri dan kanan lalu memandang ke hadapan semula. Kakinya mula melangkah untuk menyeberangi ke seberang.
Belum sempat dia sampai ke seberang..kakinya berpatah balik ke belakang. Mukanya ditutup dengan tangan. Dia mengintai sedikit di celah jarinnya. Jejaka yang dia pernah jumpa sebelum ni , Kim Taehyung.
Dia perhati sahaja jejaka tersebut melintas jalan melalui celahan jari yang melindung wajahnya. Kata-kata jejaka tersebut terngiang di kotak fikirannya.
' Aku tak nak terserempak dengan kau lagi '
Disebabkan kata-kata jejaka itu lah dia terpaksa menutup wajahnya sebegini bagi mengelakkan dia diketahui oleh jejaka tersebut.
Pin Pin Pin!!!!!!!!!!
Bunyi hon kenderaan menarik perhatian Mina. Dia memandang Taehyung dan kenderaan itu bersilih ganti. Matanya terus membulat besar sebaik sahaja otaknya berfungsi mengatakan yang Taehyung bakal dilanggar oleh kereta tersebut.
" Kim Taehyung hati-hati!!! " Jerit Mina dari jauh memberi amaran pada jejaka itu. Tapi malangnya Taehyung langsung tidak mendengar amaran tersebut akibat eyerphone yang disumbat pada telinganya.
Belum sempat Mina melangkah ke arah Taehyung , Seorang gadis lebih pantas darinya telah bertindak terlebih dahulu lalu menolak kuat Taehyun ke tepi jalan.
Mina melepaskan nafas leganya sebaik sahaja Taehyung selamat dari dihentam oleh kereta tersebut. Matanya memerhati Taehyung yang masih dalam keadaan terkejut.
" fuh nasib sempat " Kata Gadis itu selepas menarik Taehyung ke tepi jalan. Nafasnya ditarik panjang lalu melepaskannya perlahan.
" T-thanks! Kalau awak tak tarik saya tadi mesti saya dah kena langgar " Kata Taehyung. Eyerphone ditelinganya ditarik keluar lalu disimpan ke dalam poket seluarnya.
Tangan dihulurkan pada gadis tersebut bersama senyuman manisnya dan disambut lembut oleh gadis itu.
" Kim Taehyung. Mari saya belanja awak makan sebagai tanda terima kasih sebab dah selamatkan saya " Kata Taehyung . Mata sebelahnya dikelipkan pada gadis tersebut.
" Lee Ha Ni . N-nae " Jawap gadis yang bernama Lee Ha Ni . Wajahnya mula kemerahan akibat perbuatan Taehyung tadi.
Mereka berdua mula melangkah berjalan bersama menuju ke satu kedai untuk dimakan. HaNi hanya mengikut saja langkah Taehyung.
Cepat sahaja Mina menutup mukanya menggunakan kedua tangannya bagi mengelak dikesan oleh Taehyung. Babak gadis itu dan Taehyung tadi membuatkan dia berasa agak cemburu.
Jikalau dia yang menyelamatkan Taehyung tadi? Mahukah jejaka itu berkawan dengannya? Mana mungkin.. Gadis itu kurus langsing dan cantik. Tidak padan dengan dirinya yang gempal ini. Pasti akan dapat layanan yang berbeza.
-Bersambung-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top