1 1: S P E C I A L C H A P T E R•


"Hyung,Jimin rasa Jimin taknak ikut balik kampung Encik Banglah"
Suga berkerut dahi. Jungkook yang berada disitu juga berkerut sama.

Jimin lah orang yang paling gembira bila Encik Bang cakap nak bawa Bangtan balik kampung.

Mengapa tidak mereka berasa hairan?

"Semalam bukan main excited nak balik. Sekarang taknak pulak? Pehal ni?"

"Err sebenarnya Jimin mimpi buruk pasal balik raya kampung Encik Bang"

"Mimpi buruk?" jungkook pula bersuara.

"Haah,Jimin mimpi Jimin bunuh seseorang. Tapi Jimin bunuh bukan sengaja! Jimin nak pertahankan diri sebab orang tu nak culik Jimin. Dia nak ambil semua organ Jimin." Jimin mendesak Suga.
Dia pasti akan berlaku perkara buruk jika dia ikut sama.

"Siapa suruh tengok filem seram semalam? Kan dah terbawa dalam mimpi." Suga meletakkan bagasi setelah selesai packing barang keperluannya.

"Alah Jimin hyung,tu kan mimpi je. Cuma mainan tidur lah. Tak payahlah percaya sangat."
Jungkook berkata tanpa memandang Jimin. Sebaliknya fokus dengan game.

"Tapi Kook,Jimin tak sedap hati!"

"Eh dah kau tak payah nak mengada. Kecik hati Encik Bang tau kalau kau tak nak ikut"

"Haishh yelaah" mahu tidak mahu,Jimin terpaksa turuti. Walaupun hati berkata tidakk.

***

Masing-masing sudah bersedia dengan bagasi untuk pulang kekampung.

"Baiklah,anak-anak semua sudah ada?" Soal Encik Bang lantang.

"Ada!" Laung mereka. Senyuman tidak lekang dari bibir.  Kali pertama mereka pulang kekampung. Lagi-lagi kampung Encik Bang.

Kecuali Jimin. Mimpi buruknya itu masih menghantuinya.

"Baiklah,kamu letak bagasi kamu dalam bonet. Kita akan bertolak dalam 15 minit lagi. Jadi,dalam masa itu kamu buat lah apa-apa"

---

"Weh Tae,aku nak pergi tandas jap"Ujar Jimin. Taehyung tidak menjawab malahan hanya sibuk bermain telefon. Dengan tergesa-gesa Jimin berlari ketandas.




Selesai membuang hajat,
tombol pintu Jimin pulas.

teict tect teicttt

"Eo? Terkunci?"

tectt tiect tectc

"Jap,jap. Ni dalam mimpi aku! Tidak! Tidak!!!!!!!"

"Hikss benda ni jadi dalam mimpi aku. Andwae!" Jimin menyandarkan tubuhnya pada dinding. Tangisannya semakin kuat.

"Ada orang kat dalam?"  suara lelaki mula menyapa pendengarannya. Air mata diseka.

"Naee! Tolong bukakan pintu!"

Klik!

"Terima kasih! Terima kasih" lelaki itu Jimin dakap dan berlari keluar.

Tempat mereka berkumpul dituju.
Dan Jimin berhenti seketika......

















Bibirnya menguntum senyum dan berlari kearah merekaa.

"Wehhh korang!!! Aku selamat! Aku tak bunuh orang. Korang tak tinggalkan aku!" satu persatu tubuh Bangtan dipeluk erat.

Encik Bang juga dipeluk sama. Namun, sempat Jimin mengucup pipi kanan Encik Bang.

"Tinggalkan kau? Siapa nak tinggalkan kau?"

Jimin menangis sambil tersenyum.
"Aniya. Tiada apa-apa"

"Okay anak-anak marilah kita bertolak!"























B A L I K  K A M P U N G•
-THE END-
















Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top