bab 9
“Ji-ji-jiwon, nak ke mana itu?” Seokjin memanggilnya. Jiwon tersenyum sahaja.
“Maaf, oppa. Jiwon kena balik ni.” katanya sambil memakai kasutnya. Balik? Seokjin ingatkan Jiwon adalah adik perempuannya. Dia mulai rasa bingung.
“Balik? Bukan rumah Jiwon kat sini? Kan mama suruh tunggu tadi.” Seokjin menyoal Jiwon. Dia terhenti. Dia membuka kasut yang telah disarungkan dari kakinya lalu masuk kembali ke rumah.
“Jiwon ini adik Seokjin ke?” tanyanya sambil membontotinya namun Jiwon hanya terdiam.
“Jiwon, kamu bawa Seokjin ke bilik dia. Mama kamu tak sempat nak tunjuk tadi. Makcik siapkan makan malam dahulu.” Ujar seorang makcik, pembantu rumah mereka. Dia memberi bagasi baju-baju aku.
“Eh, takpa. Biar saya angkat. Tolong tunjuk bilik je.” Seokjin mengambil bagasi tersebut daripada Jiwon.
“Bilik yang Jiwon selalu guna tu ke, makcik?” tanya Jiwon sekali lagi sebelum membawa Seokjin naik atas ke biliknya
“Jiwon selalu guna? Jiwon ada bilik lain ke? Atau aku terpaksa tinggal dengan adik aku? Apa semua ini?” Monolog hati Seokjin sendirian.
“Hah, ini lah dia. 1! 2! 3! Suprise!” Jiwon membuka pintu bilik tersebut. Seokjin terkejut melihat bilik yang sungguh besar kalah-kalah lobi hotel 5 bintang.
“Wahhh!” Seokjin tidak pernah melihat bilik sebesar ini. Apa lagi kalau itu sudah menjadi miliknya.
Seokjin menerokai bilik tersebut satu penjuru ke satu penjuru, sehingga tiba-tiba dia terlanggar Jiwon.
“Aduh!” Seokjin menutup matanya bila dia terlanggar Jiwon. Tanpa disedari, dia jatuh tertindih Jiwon. Muka Jiwon dipandangnya. Jiwon terkejut lalu cuba untuk menolak Seokjin bangun. Seokjin tersedar lalu berdiri, dia terus menolong Jiwon.
Jiwon membetulkan baju dan skirtnya yang hampir terselak tadi. Dia berlari keluar. Seokjin mengeluh, dia tidak berniat ingin berbuat begitu. Dia terus meletakkan bagasinya di tepi tilam.
“Eee, aku pukul kau.” Suara Namjoon yang baru balik dari hospital bergema di ruang tamu. Seokjin terdengar lalu berjalan ke arahnya.
“Namjoon, kau jangan bagitau dia.” Jiwon berbisik kepada Namjoon.
“Seokjin tu baru beberapa jam dengan kita, kau dah terpikat, tolong lah.” Namjoon berbisik semula kepada Jiwon.
Seokjin menyapa mereka dari belakang, “Hai korang.”
Dia tahu dia baru di keluarga itu dan dia patut menyesuaikan dirinya secepat mungkin supaya dia senang dan bahagia tinggal di sana.
“Hai.” Namjoon menjawab. Jiwon terus menukar posisi duduknya. Dia tidak mahu duduk bersebelahkan Seokjin.
“Namjoon. Kamu tahu nama saya kan?” tanya Seokjin dengan sopannya.
“Tahu, mama cerita pasal kau macam 1 bulan awal.” Namjoon membalas. Dia tidak mengambil peduli tentang panggilan hormat kepada abang.
“Namjoon, panggil Seokjin tu, hyung. Cuba hormat anggota baru kita.” Puan Kim menyampuk sebelum berjalan ke ruang makan.
“Okay, ma.” Namjoon mengeluh. Dia bukan tidak suka dengan Seokjin tapi dia takut Seokjin orang jahat. Namjoon cuba membuka hatinya untuk menerima abang angkatnya. Maklumlah dia mendapat abang angkat pada umur 18 tahun, jadi kejanggalan itu sudah tentu.
“Hyung, nak tulis nama hyung?” tanya Namjoon sambil mendekatkan tangannya yang baru diletakkan ke dalam cast sebab patah.
“Okay!” Seokjin mengambil pen yang terletak di atas meja kopi mereka namun satu suara bergema di rumah.
“Sayang, budak-budak, jom makan!!!” panggil Puan Kim dari ruang makan, belum sempat Seokjin menulis apa-apa. Semua berjalan ke arah dapur. Tuan Kim juga berada di rumah tersebut segera berjalan ke arah ruang makan. Puan Kim juga memanggil para pembantu dan pekerja di rumah banglo itu untuk turut serta makan bersama mereka.
‧͙⁺˚*・༓☾ AUTHOR'S NOTE
Susah rupanya kalau kena writer's block ini, baru tahu huhuhuhuhu. Tapi Alice cuba juga untuk teruskan cerita ini sebab Alice dah janji diri sendiri nak siapkan cerita ini. Terima kasih dah baca, dan tekan bintang!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top