bab 8
╔═════ ∘◦ ☆ ◦∘ ══════╗
SEOKJIN FLASHBACK
╚═════ ∘◦ ❉ ◦∘ ══════╝
FLASHBACK
Bunyi loceng berdering di telinganya. Walaupun dia tak pernah pergi sekolah, Namjoon si genius, ada untuk ajar dia semuanya kat rumah. Seokjin ingat lagi waktu dia diambil sebagai anak angkat keluarga Kim waktu di Amerika.
Hanya mereka sahaja keluarga yang berketurunan Korea asli. Penjagaku tidak ingin memberikannya kepada mana-mana keluarga yang bukan berasal dari Korea Selatan.
“Halmeoni.... Terima kasih jaga Seokjin.” Seokjin memandang ke arah kotak yang berisi abu halmeoni yang menjaganya selama dia membesar. Kini, makcik yang menjaganya terpaksa memberinya kepada keluarga Korea asli.
Mungkin sebab mereka berdua dalam kesusahan berkomunikasi. Mana tidaknya, bahasa Inggeris dan bahasa Korea adalah dua bahasa yang lain. Bagai ayam dan itik bercakap.
“Seokjin, dah siap? Boleh kita jalan dah?” Puan Kim mengusap belakang Seokjin. Dia tersenyum sahaja lalu meletakkan bunga lily di sebelah abu halmeoninya.
“Bo-bo-boleh.” Dia tergagap menjawab soalan Puan Kim. Masih janggal dia bersama keluarga barunya.
“Mari balik rumah, nanti mama nak kenalkan Namjoon.” Seokjin dipimpin ke arah kereta mahal. Pemandu tersebut membuka pintu untuk mereka berdua masuk ke dalam perut kereta. Dia nampak Tuan Kim di sebelah Puan Kim.
Sesampainya mereka di rumah mereka, Seokjin sangat terkejut dan teruja kerana rumah mereka besar. Seokjin dijemput beberapa orang yang berpakaian formal untuk ke rumah. Dia juga hairan tetapi mengikut sahaja dari belakang.
“Mesti Seokjin laparkan, kejap lagi waktu makan. Jangan risau ya.” Seokjin mengangguk. Dia duduk di salah satu sofa yang empuk mengalahkan lembut bulu angsa emas. Terdengar beberapa perbualan dari luar.
“Pergilah jumpa dia.” Suara Encik Kim bergema di telinganya. Pantas dia memusingkan badan untuk melihat ke arahnya.
Muncul seorang jejaka dan perempuan dari luar, lalu berjalan ke ruang tamu.
“Hi, hello, annyeong.” Dia disapa mereka. Dia membetulkan cermin matanya dan senyum ke arah mereka. Seokjin melambai kecil.
“Saya, Jiwon. Ini, Namjoon.” Mereka mula bertolak-tolak.
“Saya Seokjin. Umur 20 tahun.” Dia memperkenalkan dirinya.
“Namjoon tak suka orang pakai barang dia tanpa kebenaran. Lagi satu, jangan ingat kau abang angkat aku, aku tak berhak buang kau dari rumah.” Namjoon berlalu pergi tapi Jiwon memberhentikan dia.
“Kasarnya kau cakap dengan abang angkat kita.” Tamparan maut dihadiahkan ke muka Namjoon. Jiwon terkejut dengan perbuatannya. Seokjin juga terkejut.
Seokjin mendekati mereka, “Janganlah pukul dia.” Dia membela Namjoon yang masih terkejut dengan tamparan Jiwon walaupun tidak tahu tentang apa-apa yang berlaku.
“Joonie...” panggil Jiwon. Namjoon terus mengejar Jiwon sambil cuba memukulnya.
“Mari sini! Eish!” Jiwon berlari daripada Namjoon. Mereka saling berkejaran di ruang tamu yang luas.
GEDEBUK!
Namjoon tersandung lalu terjatuh. Dia mengerang kesakitan.
“Mama! Mama!” Seokjin berteriak. Mama mereka muncul di tempat kejadian. Seokjin masih lagi melihat Namjoon yang memegang tangannya.
“Ya ampun!” Mama cepat memanggil beberapa orang yang berpakaian formal ke arah Namjoon. Dia dibawa ke hospital.
Kim Namjoon. 18 tahun. Pelajar sekolah tinggi. Adik Seokjin. Dia baru je dikejarkan ke hospital kerana ada sesi kejar mengejar di rumah yang luas ini.
“Jiwon duduk rumah. Tunggu mama balik.” Mama mengikut kereta itu ke hospital. Seokjin apakan daya, masih terkejut melihat kejadian di mana Namjoon memegang tangannya yang mungkin patah.
Jiwon mengangguk sahaja. Dia mengambil beg yang diletakkan di bahagian depan sebelum ruang tamu kemudian meletakkan di ruang tamu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top