bab 7

╔═════ ∘◦ ☆ ◦∘ ══════╗
NAMJOON POV
╚═════ ∘◦ ❉ ◦∘ ══════╝

Aku perlu kawal amarah aku. Aku perlu jadi macam Namjoon yang dulu. Aku perlu cari sesuatu yang mengganggu aku sejak kebelakangan ini.

Aku perlu...

Aku perlu Jiwon.

Hoseok.

Jungkook.

Aku perlu diorang untuk teruskan bakeri ini agar sentiasa ada yang membakar produk roti dan pastri yang segar dan panas bagai pisang goreng di tepi jalan.

“Jungkook.” Aku menelefonnya.

“Kau kat mana? Boleh aku jumpa kau?” aku bertanya sambil menarik bagasi aku masuk ke rumah apartment aku ini.

“Okay, kau tunggu sana. Aku datang.” Aku menjawab selepas mendengar suara Jungkook di talian tadi. Nasib dia masih mau menjawab panggilan telefon aku.

Aku berjalan mencari anjing peliharaan aku, lupa pula aku hantar anjing itu di satu tempat penjagaan haiwan peliharaan. Bagus juga wujudnya tempat itu. Bila nak bercuti boleh hantar haiwan peliharaan di situ.

Aku mengambil kunci rumah, dan mengunci rumah sebelum meninggalkannya sekali lagi.

Aku memandu ke arah kedai yang Jungkook cakap. Dari luar sahaja pun, aku dah nampak gigi arnab dia yang comel. Nampaknya stail rambut dia juga berubah, panjang. Baru keluar maskulin Jungkook.

Aku memarkirkan kereta di parkir kereta berdekatan. Aku berjalan ke arah kedai tersebut dan memasukinya.

Jungkook menyapa aku dengan senyuman yang manis, Hyung.

“Jungkook. Sebelum kau cakap apa-apa, aku nak minta maaf.” Aku nak berlutut di hadapannya. Tapi dia membantah.

“Tak, tak, hyung. Tak payah la macam tu. Nanti orang luar nampak.” Segera Jungkook menolongku berdiri semula.

“Bukan apa. Aku tau aku sakitkan hati kau.” Aku meminta maaf dengan seikhlasnya setelah apa yang terjadi malam 3 minggu lepas.

Jungkook terdiam. Dia tersenyum.

“Saya tidak perlu maaf dari hyung. Cukup hyung datang jumpa saya. Saya tak simpan apa-apa dendam pun.” Aku tersenyum melihat dia.

Hyung, patut cakap tu dekat Jiwon noona.Dia menyambung ayatnya.

“Hoseok hyung sekali.” Dia teragak-agak untuk melihatku. Masih takut dengan aku rasanya sejak malam aku mengamuk macam raksasa. Aku menggangguk.

“Itulah aku cari kau.” Ya, itulah sebab utama aku cari Jungkook. Aku tau dia tau di mana keberadaan dua kawan baik aku itu.

“Hoseok hyung dah lama tak bersama-sama kitaorang.” Aku menjongketkan keningku. Hoseok bukan main rapat dengan abang Jiwon, si pengacau Hyungwon.

Cakap pasal Hyungwon, aku tak nampak kelibat dia sejak kejadian itu juga. Ada juga sesekali aku memandang seseorang yang serupa dengan dia, namun hampa sebab itu bukan Hyungwon.

“Jiwon?” tanyaku kepada Jungkook.

Mulutnya terkumat kamit sendiri tapi satu perkataan pun tiada yang aku dengar.

“Apa dia Kook? Kau ni janganlah bisik-bisik. Aku tak dengar.” Aku memegang bahunya. Reaksi mukanya ketakutan.

“Ji-ji-jiwon noona- dia hm- dia...” Aku naik bingung dengan Jungkook. Kenapa dia? Macam dia tengah rahsiahkan sesuatu dengan aku.

“Baiklah, Kook. Kau tak nak bagitau aku, aku datang lagi esok.” Aku melangkah keluar dan berjalan ke arah keretaku. Putus asa dengan Jungkook, mungkin aku cuma perlu pujuk dia.

Namjoon hyung!” Suara garau seseorang memanggil aku. Aku berpaling ke arah suara itu. Aku tersenyum nipis.

“Nak bagitau dah?” Aku tanya dia. Dia datang berlari anak ke arah aku.

“Jungkook tak boleh bagitau keberadaan Jiwon noona, tapi jangan risau nanti Kook aturkan sesuatu supaya noona setuju jumpa hyung.Jerit Jungkook sebelum dia masuk ke kedai serbaneka, iaitu tempat dia bekerja sebagai juruwang. Haih, memang itulah hakikat Jungkook si juruwang ini.

“Ish, ish, ish.” Aku menggeleng sahaja lalu beredar ke pusat penjagaan haiwan peliharaan.

Aku masuk untuk mengambil anjing peliharaan aku, Joonie. Ya, aku namakan dia sempena nama sendiri sebab aku tiada idea sewaktu memberi dia nama. Dia pun suka jadi apa salahnya.

Mataku terpana ke arah susuk tubuh seseorang gadis yang berada di dalam pusat tersebut. Bersama dia, ada juga seorang jejaka di umurnya.

Lantang suara mereka mengajar haiwan-haiwan peliharaan di sana pelbagai tricks. Aku tersenyum nipis.

Anjing aku dikeluarkan dari tempat tersebut, lalu dimasukkan ke dalam sangkarnya yang aku bawa sewaktu menghantar Joonie ke sini.

“Kalau saya nak claim yang itu, boleh?” Tanganku menunjuk ke arah gadis tersebut.

Namun, jejaka yang berada di hadapan meja kaunter melihat aku dengan muka yang terkejut. Dia tersenyum nakal.

“Maaf, spesis macam dia. Kitaorang tak jual.” Kami tergelak bersama-sama. Sebelum gadis itu sedar keberadaan aku, aku minta diri untuk beredar. Aku memandu pulang terus ke rumah.

END OF POV






╔═════ ∘◦ ☆ ◦∘ ══════╗
CHANGKYUN POV
╚═════ ∘◦ ❉ ◦∘ ══════╝

“Ish, ish, ish, mamat tu.” Aku tersengih-sengih. Aku berjalan ke arah taman yang disediakan untuk kucing. Kucing dan anjing dipisahkan oleh satu pintu kaca sahaja.

Aku pandang Jooheon. Dia pandang aku. Macam ada je dia nak cakap dengan aku. Dia datang ke arah aku, mengambil tempat duduk di sebelah aku. Aku pura-pura tak perasan dia

“Kawan kau?” tanya Jooheon. Abang ini selalu cemburu bila aku dekat dengan jejaka lain. Padahal bukan siapa pun dia dekat aku. Gila aku nak kan mamat macam dia.

“Eh, taklah. Klien kita.” Jawab aku, lalu membelai kucing di hadapan aku. Jooheon turut membelainya. Amboi, takde kucing lain ke kau nak belai. Kucing aku juga dirembatnya.

“Jaga hati nanti terpaut.” Dia cakap dengan nada mengancam, tapi tiada ekspresi di wajahnya. Aku ketawa.

“Dia suka Jiwon lah!” Aku melihat Jooheon. Tanpa disedari, Jiwon berjalan ke arah aku.

“Awww.” Jiwon memeluk aku lalu dia menggaru di bawah dagu aku bagai kucing. Hahhhh, sukanya perasaan itu.

“Eh, sana. Sana. Aku sorang je boleh sentuh Changkyun. Pindah please.Jooheon menarik tangan Jiwon dari aku sambil cuba menolaknya.

“Jooheon!” Jiwon berteriak, ia membuatkan Jooheon sentak. Mukanya jelas terkejut dan ketakutan dengan Jiwon.

“Kau jangan nak macam-macam. Changkyun aku punya.” Jooheon ini ada-ada sahaja. Ini sahaja ayat dia yang keluar setiap kali dia berebutkan aku dari Jiwon. Begini rupanya rasa jadi rebutan.

“Changkyun sayang noona kan? Tadi awak cakap yang awak suka noona kan?” Jiwon tersalah dengar agaknya tadi. Sebelum pergaduhan besar seperti selalu berlaku, aku menceraikan dua anak beranak ini. Aku pula duduk di tengah mereka.

“Tak, ada klien kata dia nak tapau sekali noona dengan anjing dia.” Aku berterus terang. Jiwon berdiri di depan aku.Tangannya mencekak pinggang.

“Amboi. Dia ingat aku ni apa nak tapau, huh? dia berdecit lalu beredar.

“Dah, aku tak nak mulakan apa-apa.” Aku membontoti Jiwon yang berjalan ke arah luar taman untuk mengelak Jooheon.
















‧͙⁺˚*・༓☾ AUTHOR'S NOTE
Akhirnya Changkyun dan Jooheon muncul selepas Taehyung dan Yoongi. Terima kasih sudah setia membaca, menekan bintang, dan mengkomen cerita ini. Jasamu akan ku hargai 💓

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top