bab 6

╔═════ ∘◦ ☆ ◦∘ ══════╗
NAMJOON POV
╚═════ ∘◦ ❉ ◦∘ ══════╝

Dah masuk 3 hari aku ambil terapi ini, tapi aku tak rasa pun terapi ini memperbaiki diri aku. Apa yang aku nak sebenarnya ini?

Aku duduk di taman berdekatan dengan kedai bakeri tersebut. Patutkah aku membuat refleksi diri sendiri?

END OF POV

Tanpa disedari, Namjoon terlelap apabila dia bersandar di kerusi taman tersebut.

"Namjoon, kau tak rindu aku ke?" suara Jiwon bergema di gegendang telinganya.

"Aku tak rindu kau." Balas Namjoon dingin.

"Kita tengok ego siapa yang menang." Jiwon membidas. Namjoon terjaga dari tidur. Dia terkejut, mukanya berpeluh.

Namjoon berjalan semula ke kedai runcit. Dia membeli aiskrim untuk menenangkan hatinya sendiri. Mungkin dia perlu rehat. Mungkin dia perlu jalan daripada semua ini.

Namjoon menelefon Jimin, memberitahunya supaya tutup kedai. Dia juga mengarahkan supaya tidak perlu membuka kedai. Dia mungkin sahaja perlukan masa untuk berehat.

╔═════ ∘◦ ☆ ◦∘ ══════╗
NAMJOON POV
╚═════ ∘◦ ❉ ◦∘ ══════╝

"Just one day. It won't hurt." Aku ambil keputusan untuk memandu ke Busan.

Aku membawa beg pakaian aku bersamaku. Aku pandu ke hotel yang aku dah bayar. Aku masuk ke bilik dan meletakkan beg pakaian aku di atas katil.

Aku berlari menuju ke balkoni. Wah, cantiknya pemandangan! Tak sia-sia, aku pilih hotel ini.

"Kan bagus kalau Jiwon ada." Aku tersedar dengan ayatku sendiri.

"Dah, dah, Namjoon. Treat diri kau di sini bebaik!" Aku tak nak ingat pasal siapa. Bagus aku habiskan hari ini buat aku.

Aku makan di restoran mewah. Aku jalan-jalan seorang diri di pusat membeli belah. Harini hari aku. Aku taktau kenapa kelibat Jiwon asyik terpapar di mindaku.

Senyumanku hilang apabila ternampak dua kelibat yang aku kenal. Mereka berdua berjalan bersama-sama. Aku kenal sangat orang yang jahat dengan aku.

Aku nak pergi kedai yang sama. Perlukah diorang masuk di kedai yang sama? Aduh. Aku terpaksa pilih kedai Gucci.

"Namjoon." Namaku diseru. Aku kenal sangat suara itu.

"Dah lama tak jumpa kan?" Aku berpaling sekejap. Aku senyum hambar sebelum berjalan ke kaunter dan membayar pakaian yang aku baru beli.

"Namjoon. Eh, kau lupa kitaorang ke?" Tanya dia. Sampai di luar kedai, nampaknya diorang kejar aku.

"Siapa tak lupa korang? Dah lah, jangan kacau aku lagi, Taehyung." Aku berjalan meninggalkan Taehyung dan abangnya, Yoongi.

"Namjoon. Kitaorang nak cakap sesuatu dengan kau." Aku terhenti. Aku berpaling, lalu menjongketkan kening.

"Kitaorang nak minta maaf." Yoongi bersuara. Budak ini minta maaf dengan aku. Hah!

"Jiwon dah berbaik dengan kami. Aku harap kau terima balik kami-"

Aku melihat mereka dengan penuh sayu. Aku tau. Pembuli tak semestinya jahat. Diorang boleh berubah. Aku patut bagi peluang kedua. Tiba-tiba, aku rindukan Jiwon. Aku rindukan dia.

Aku akhirnya makan malam dengan Taehyung dan Yoongi. Walaupun diorang budak buli yang suka buli aku, tapi aku rasa diorang ada baiknya juga.

"Kitaorang berubah lah, Namjoon." Kata Yoongi. Giginya yang terserlah di senyuman dia buat aku terbuka hati nak terima diorang jadi kawan aku.

"Kau pun berubah." Ayat Taehyung buat aku tersinggung sikit. Ya, aku tau aku dah banyak berubah. Aku sedar tapi cuma keegoan di dalam diri ini yang menghalangku mengakuinya.

"Ish, kau ni." Aku nampak Yoongi siku Taehyung. "Apa, betul la. Dulu Jiwon selalu melekat dengan dia kan. Tak kisah la nak ke tandas ka. Mesti Jiwon ada punya."

Taehyung berbisik namun aku dapat dengar dengan jelas.

"Kami.. Kami gaduh haritu. Dua-dua tak mengalah." Balas aku kepada mereka, tak nak beri penerangan banyak pun sebenarnya.

"Alahai, korang dua ini." Ketawa Taehyung dan Yoongi.

"Oh ya, aku nak balik dah ni. Nanti jumpa lagi." Aku cakap sebelum beredar dari kedai tadi. Sempat aku menukar nombor telefon bersama-sama mereka. Manatau aku nak jumpa diorang nanti.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top