bab 4
╔═════ ∘◦ ☆ ◦∘ ══════╗
HOSEOK POV
2 BULAN KEMUDIAN
╚═════ ∘◦ ❉ ◦∘ ══════╝
Aku berjalan kaki ke bakeri hari ini, selalu aku bersama-sama Hyungwon tapi malangnya dia dah jalan dengan Jiwon lebih awal.
Telefonku ditangan bergegar. Aku mendapat panggilan daripada Jimin. Jarang-jarang dia telefon aku.
“Hello, Jimin.” Aku menjawabnya.
“Hyung, tolong ganti tempat aku harini. Aku tak sedap badanlah,” ujar Jimin. Nada suaranya sedih.
“Nanti aku minta tolong Jiwon. Jangan risau. Kau dah telefon Namjoon?” aku risau kalau Jimin tak bagitau Namjoon nanti semua dimarahinya.
“Dah cuba telefon tapi dia tak angkat. Jadi, mesej je lah. Tapi takut dia tak nampak, jadi kalau dia tanya tolong jawab eh hyung?” dia tergelak kecil.
“Okay, boleh je.” Aku jawab tanpa sedar dah sampai ke bakeri.
“Ada lagi?”
“Harini giliran aku cuci tandas.” Jimin tergelak sebelum mematikan panggilannya. Aku tenung skrin telefon sebelum menolak pintu bakeri. Dasar, Jimin.
“Selamat pagi.” Aku menyapa sesiapa yang dah masuk kedai. Aku nampak kelibat Jungkook dan Jiwon di hadapan kaunter.
“Hoseok,” panggil Jiwon lalu mengarahkan tangannya ke arah aku.
“Kenapa? Ada apa?” tanya aku dengan penuh risau.
“Ada nampak Namjoon?” dia tanya aku. Eh, aku baru je masuk dari luar. Mana lah aku tau apa-apa.
“Tadi, aku datang, aku serious takut gila. Sebab kedai buka tapi Namjoon takda.” Jiwon rasa takut, aku lagi rasa takut.
“Kat pejabat?” aku bertanya. Jungkook menggeleng.
“Takpe. Mari kita cari lagi.” Aku ajak diorang cari Namjoon sekitar kedai. Dia itu clumsy orangnya, mungkin dia jatuh selepas itu pengsan kat mana-mana.
Okay, ini last aku cari. Aku pusing sekeliling. Jiwon dan Jungkook pun dah buntu. Aku buka peti sejuk besar, manalah tau dia masuk sini tetiba. Takda kelibat orang, kosong.
Jungkook masih menenangkan Jiwon, “Noona, jangan sedih. Namjoon hyung akan balik juga.”
Jiwon menepis tangan Jungkook lalu berjalan ke dapur. Aku pandang Jungkook, “Biar dia sejuk dulu. Karang dia balik la ke pangkuan kau.” Aku tergelak kecil walaupun masih lagi risau akan Namjoon.
“Jungkook, kau jaga kaunter. Jangan tinggalkan. Aku masak dulu.” Aku mengikat apronku ke pinggang lalu berjalan masuk ke dapur.
Aku nampak Jiwon yang masih lagi sedih. Aku terpaksa buat adunan roti seorang tanpa bantuan Jimin atau Jiwon lagi-lagi aku tak nak kacau Jiwon masa sekarang.
Sedang aku menimbang bahan-bahan aku perlukan, aku terkejut mendengar Jiwon tetiba meninggikan suara dia.
“Okay, gais! Harini kita nak masak macaroon!” Aku berpaling ke arah dia. Macam ala-ala Youtuber pun ada, bercakap seorang diri.
Aku tersenyum sahaja melihat dia. Ah, dia dah tenang la tu. Kejap lagi, Jungkook tempatnya berkasih sayang maklumlah Jungkook dah macam adik kami walaupun dia baru 2 bulan bersama.
“Hoseok. Aku nak cari Namjoon.” Dia datang ke arah aku tetiba. Aku hampir terbaling semua bahan-bahan aku sebab terkejut.
Aku mengayak tepung roti ke dalam mangkuk mesin pengadun elektrik, “Nanti dia balik lah tu, kau sabar ja. Kita buat kerja ni dulu. Jom!”
Aku cuba pujuk dia. Oh, mungkin dia belum makan sarapan jadi dia sensitif sikit. Biasalah, kan perempuan. Aku keluarkan snek bar dari poketku yang aku beli semalam kat Watsons.
“Makan ini.” Aku suruh Jiwon. Dengan pantasnya, dia membuka bungkusan snek bar tersebut dan tanpa berlengah dia menyuapkan ke dalam mulutnya.
Aku tergelak melihat muka dia yang mengamati snek bar itu.
“Hoseok, kau la kawan terbaik.” Dia peluk lengan aku. Aku dah tau. Dia itu ada saja tak kena bila lapar.
“Lain kali lapar, cari makanan.” Dia ketawa sahaja. Aku menyambung semula aktiviti aku tadi.
Selepas adunan roti terbentuk dan mempunyai struktur. Aku memeriksa sama ada adunan roti tersebut sudah mempunyai lapisan nipis yang boleh menembusi cahaya. Lapisan nipis ini yang dipanggil gluten. Kalau takda lapisan ini, roti itu tak akan jadi sejadi-jadinya.
Aku meletakkan sedikit tepung di atas meja kerjaku kemudian mengeluarkan doh roti dari mangkuk pengadun itu. Aku menguli sedikit lagi menggunakan tanganku.
Nasiblah lengan-lengan aku ini ada muscle, boleh juga membantu aku dalam proses menguli doh ini. Aku bulatkan doh roti tersebut dan masukkan ke atas dulang.
Aku rehatkan doh sebentar untuk bagi dia naik sebelum bentukkan roti tersebut. Harini aku buat doh roti 10 kilogram seorang sebab Jimin tiada, terpaksa kurangkan sedikit kuantiti.
“Hoseok, aku masak harini.” Jiwon maksudkan tentang makan tengahari. Kebiasaannya, kami akan makan luar.
“Okay, boleh saja.” Aku balas. Selalu makan luar pakai duit elaun makan dari Namjoon. Kalini, mungkin Jiwon nak buat kelainan.
Selepas makan tengahari, kami masih sibuk mengurus kek 4 inci yang selalu dijual di hadapan kaunter. Aku tukang hias, sebab aku lemah letak frosting.
“Kau dari mana?” Mata aku tertumpu ke arah Jiwon. Aku nampak kelibat yang baru masuk dapur dari pintu belakang.
“Jangan kisah pasal akulah.” Balas Namjoon. Aku terdiam. Kau buat macam itu dengan aku, takpe. Tapi kau jangan buat macam itu kat Jiwon.
Namun, Jiwon bagai faham pandangan aku ke arah Namjoon. Dia memberhentikan langkahku, lalu menggeleng kecil ke arah aku.
Kami membuat semua kerja sebelum pulang. Jungkook juga dari tadi tidak bercakap apa-apa. Dah tiba masa aku pulang, aku ajak Jungkook sekali.
“Jom!” Jungkook membalas. Beg kecilnya disandang di bahu kanannya. Kami menunggu Jiwon keluar daripada bakeri.
“Hyung, Ji-jiwon.” Dia menunjuk ke arah dalam kedai. Nampaknya Namjoon dan Jiwon macam bertekak sesama. Namjoon pula dah mula menjadikannya pergaduhan. Jungkook dan aku masuk ke kedai semula.
“Hah, kau berhentilah. Kau nak sangat kan berhenti! Pergi kau sana! Pergi!” Namjoon meninggikan suaranya sambil menolak Jiwon. Tangannya dikepal.
“Kau nak aku jalan sangat kan, boleh. Kau jangan harap aku balik kedai ni!” Namjoon mengangkat tangannya untuk memukul Jiwon. Aku terpaksa memeluk Jiwon untuk melindunginya.
Dush! Tumbukan Namjoon mendarat ke belakang aku membuatkan aku tersedak. Menahan sakit.
Jungkook mengambil Jiwon daripada aku. Aku masih lagi menahan sakit. Tak sangka, Namjoon ini tak hilang kemahiran taekwondo dia tapi salah tempat dia guna.
“Kau nak pukul aku? Sanggup kau. Aku tak kenal Namjoon lagi.” Jiwon menangis. Jungkook mengajaknya meninggalkan bakeri tersebut.
Aku berpaling ke arah Namjoon. Matanya bulat, merah, seperti menahan menangis. Mungkin dia pun seperti dah tak kenal dirinya sendiri.
“Namjoon kau ni dah kenapa? Aku tinggalkan impian aku sebab nak tolong kau. Tapi kau sendiri tak tolong diri kau.” Aku berjalan ke arah pintu.
“Kejar la impian kau! Aku tak perlu kau untuk berjaya.” Namjoon berteriak kepada aku. Hanya Tuhan tahu hatiku berkecai sejuta kepingan.
Apa yang buat kau berubah, Namjoon?
‧͙⁺˚*・༓☾ AUTHOR'S NOTE
Terima kasih yang telah baca buku ini! Harini double update! Stay safe, have a nice day everyone!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top