bab 3
╔═════ ∘◦ ☆ ◦∘ ══════╗
NAMJOON POV
╚═════ ∘◦ ❉ ◦∘ ══════╝
Aku memandang sekeliling dapurku. Buruk sangat ke sampai sikit je yang datang berkunjung? Paling-paling pun muka Seokjin itu je yang wujud di sini. Mungkin memang lama bisnes nak naik.
Aku bukannya tak nak Seokjin datang ke sini, tapi aku terasa apabila dia membeli produk bakeri aku. Aku bagai disindir oleh abangku sendiri.
Ini cara dia beri aku duit dia. Aku tau dia baik sebab nak kongsi pendapatannya dengan aku tapi entahlah aku terasa.
Aku tahu aku lahir daripada keluarga yang tak susah tapi appa sayang Seokjin lebih. Buktinya, Seokjin mewarisi syarikat appa. Siapa sahaja tidak mengenali syarikat pembuat telefon yang terkenal di dunia. Syarikat Samsung.
Dia mungkin abang angkat aku, dan aku tahu dia tidak pernah melalui semua ini kerana kehidupan keluarga kandungnya.
Gara-gara tak dapat terlibat dengan syarikat appa itu, aku cuba mencari duitku sendirinya dan sebagai tanda tak puas hati appa bagi Seokjin syarikat itu.
Malangnya aku ni cepat naik angin kebelakangan ini. Entah kenapa semuanya salah bagi aku. Namun begitu, aku masih bersyukur yang Hoseok, dan Jiwon tawarkan diri mereka untuk bekerja di bakeri aku. Nasib diorang tarik Jungkook dan Jimin sekali.
Sedang aku membuat refleksi diri, terdapat satu tangan lembut menyentuh pipiku.
“Namjoon. Kau okay ke?”
Tanya Jiwon. Matanya melihatku dengan pandangan jelas sedang merisaukanku. Aku tersenyum sahaja. Aku tolak perlahan tangan dia.
“Kau ada aku. Ada masalah, jangan pendam,” sambung Jiwon sambil berjalan semula ke arah meja kerjanya. Dia mencuci tangannya sebelum mengendalikan doh pastri.
Aku terdiam. Betul juga. Aku dah lama lupakan fungsi aku terima dia bekerja di kedai aku. Aku pandang Hoseok dan Jimin di meja kerja lain yang sedang sibuk membentuk roti.
Kenapa aku tak macam korang?
Aku mengikuti Jiwon membuat croissant. Tangan kecilnya menguli doh sebelum menoraknya menggunakan penorak kayu. Aku kagum dengan dia. Kecil-kecil tapi dia dapat buat semua benda.
Kenapa aku tak macam kau?
“Apa?” tanya Jiwon, menghentikan aku dari lamunanku.
“Macam aku? Apa yang macam aku?” tanyanya semula. Alamak, aku terlepas cakap ke apa yang aku fikirkan tentang dia. Aku menggelengkan kepalaku.
“Ini perlu potong ke?” Aku tanya Jiwon, cuba untuk fokus dengan kerjaku semula.
“Ya, macam ini.” Jiwon mengajarku penuh kesungguhan sambil membuat demonstrasi. Aku mengikut segala yang diajarnya dia. Aku ingin belajar. Aku ingin mahir macam dia.
“Oh ya... ” aku berkata. Aku dapat satu idea. “Harini lepas bakar roti itu. Korang pulang la.” Aku melihat ke arah Hoseok dan Jimin.
“Pulang? Kenapa?” tanya Hoseok. Mungkin dia hairan kerana sebelum ini dia tidak pernah pulang seawal pukul 4 petang. Lagi-lagi, aku marah Jiwon kemarin sebab cakap pasal cuti.
“Hoseok, dah disuruh pulang. Kita ikut saja.” Jimin menjawabnya sebelum sempat aku membuka mulut untuk menjawab.
“Okay, baiklah.” Hoseok tersenyum. Cepat-cepat dia menghabiskan kerjanya.
“Jungkook perlu tau juga.” Aku keluar dari dapur lalu memberitahu Jungkook. Dia gembira.
Selepas sahaja produk roti dimasukkan ke dalam ketuhar, aku perasan Hoseok dan Jimin berkemas. Aku biarkan mereka.
Aku dari tadi menolong Jiwon dengan pastrinya. Pastri dibentuk menjadi tiga segi. Inti coklat dimasukkan lalu digulung perlahan-lahan agar inti tidak terkeluar. Bahagian hujung doh dikelim rapat. Doh diletakkan di atas dulang. Pastikan semua kelim berada di bawah agar kelim tidak terbuka.
“Joon, ni. Kau belajar ni pula.” Tangan Jiwon pantas melakukan kerjanya. Dulang berisi pastri itu diletakkan di tepi untuk menunggu proses pengembangan kali kedua.
Dia membersih tempat kerja sebelum mengambil kek yang telah dilepa dengan krim putar strawberi sebentar tadi.
“Macam ini. Tengok ini.” Jiwon mengajarku dengan penuh kesabaran. Buah stroberi dihiris nipis disusun ke atasnya membentuk bunga ros. Dia mengambil sos stroberi lalu meletakkan di atasnya. Memang nampak sedap, lebih-lebih bila kau tau siapa buat.
Jiwon menyediakan 3 buah kek berukuran 4 inci untuk aku hias di atasnya. Dia kemudian melepa kek coklat menggunakan ganache coklat.
“Aku nak cuba yang ini,” aku menunjuk ke arah kek coklat yang dilepanya dengan ganache.
“Boleh nah.” Dia memberikanku spatula logam yang kecil, dan scraper untuk meratakan permukaan kek yang telah dilepa.
“Namjoon, ini macam ini.” Dia membetulkan hiasan stroberi aku di kek sebentar tadi. Pantas dia memasukkan ke dalam peti sejuk dingin sebelum pindahkan ke dalam display case. Aku mengangguk faham.
Aku meletakkan ganache ke atas kek lalu meratakannya sambil memusingkan turntable. Dengan secara automatiknya, lapisan ganache akan menipis mengikut yang aku inginkan dan aku hanya perlu ratakan dia.
Aku meletakkan di tepi kek lalu meratakannya semula. Aku mengambil scraper dan cuba menipiskan lapisan ganache. Jiwon memberi aku bekas yang dilabel kacang hazel.
Aku suka kacang hazel sebab dia sangat sedap, tapi kacang ini juga susah nak jumpa. Aku tabur di atas kek mengikut bulatan kek tersebut.
“Okay, mari bawa kat display case depan itu.” kata Jiwon. Pintu dapur dibuka luas. Di tangannya ada dulang yang mengangkat kek stroberi tadi. Aku mengikut dia menyusun kek.
Jungkook masih melayan pelanggan di kaunternya. Mereka berbual-bual bersama Jungkook. Aku pandang sekilas je. Aku buka apron aku lalu masuk ke dalam pejabatku.
Aku mengambil buku nota dan pen lalu berjalan ke arah kaunter hadapan. Selesai Jungkook melayan pelanggan, aku terus berdiri di kaunter ingin menggantikan tempat Jungkook. Dia tunduk hormat kepadaku sebelum pulang.
“Kook, tunggu.” Aku nampak Jiwon berlari ke arah Jungkook yang selangkah lagi di luar kedai.
“Ambil ni. Cakap kat abang kau, selamat hari jadi.” Kek 4 inci kecil yang dibalut kemas dalam kotak kek diberi kepada Jungkook. Dia tersenyum dan berterima kasih sahaja.
Disebabkan keadaan sunyi, aku boleh dengar perbualan mereka.
“Macam mana noona tau?” Dia bertanya.
“Aku terdengar perbualan kau tadi dengan eomma kau,” Jawabnya ringkas. Jungkook kemudian beredar. Jiwon berjalan ke arahku, lalu duduk di kerusi sebelahku.
Aku melihat ke arahnya. Dia tersenyum kepadaku lalu bermain telefon pintarnya. Senyumannya boleh mengalahkan manis karamel. Aku pernah terfikir juga kalau kitaorang ni bukan kawan baik, mana ada aku jumpa perempuan secantik dia ni.
“Apa pandang-pandang?” tanya Jiwon. Alamak, tertangkap pula. Aku tersengih sahaja sebelum membetulkan topi aku.
“Siapa ambil kau pulang? Hyungwon singgah tak?” aku cuba menukar topik.
“Aku tak pasti lagi. Rasanya dia la kot. Kalau tak, aku ikut je lah kau. Rumah kita kan dekat.” Jiwon menjawab selamba.
“Oh, baiklah.” Aku melihat ke arah Jiwon yang masih lagi melihat skrin telefon pintarnya. Matanya bagai sudah digam di skrin tersebut.
“Joon.” Dia meletakkan telefonnya, lalu melihat aku.
“Ah?” Aku melihat ke arah lain. Aku berpura-pura melihat ke luar kedai.
“Sorry lah, aku tegur macam ni. Tapi, kau kena kawal amarah kau. Susah lah kau bekerja dalam kumpulan kalau semua tak kena bagi kau.” Pernyataan ayatnya menarik perhatianku. Aku melihat ke arah dia semula.
“Aku pun tengah cuba cari penyelesaiannya, Jiwon. Aku akan cuba sedaya updaya.” Aku ingin mengelak soalan dia sebenarnya.
Belum sempat aku membuka mulut untuk menyambung sesuatu, mata Jiwon tertangkap ke arah luar kedai. Ada seorang lelaki berdiri seperti menunggu seseorang.
Dalam masa yang sama, ketuhar berbunyi menandakan roti sudah siap dibakar. Aku berlari menolongnya memasukkan dulang pastri tadi selepas dulang roti dikeluarkan. Aku memastikan yang aku dah tetapkan alarm.
“Namjoon, aku kena balik.” Dia pantas mengemas barangnya ke dalam beg kecil. Aku melihat ke arah luar kedai. Itu bukan Hyungwon.
“Jangan lupa kunci kedai. Hati-hati tau kalau dah malam. Nanti kau mesej aku kesudahan cerita kita ini.” Ujar Jiwon sambil berjalan. Di tangannya, ada sebiji roti yang baru dibakar tadi. Dia memakannya sambil berjalan ke luar.
Lelaki yang di luar kedai itu melihat ke arahku, sebelum berjalan dengan Jiwon.
“Siapa dia itu? Sah itu bukan Hyungwon.” Aku bercakap sendirian.
Aku menghabiskan hari dengan membuat beberapa catatan tentang bisnes aku, terutamanya bahagian kewangan. Aku tutup kedai sebelum 7 malam harini.
Siapa lelaki itu?
‧͙⁺˚*・༓☾ AUTHOR'S NOTE
Terima kasih dah setia membaca. Alice akan update lagi bab seterusnya. Sambil menunggu update, marilah berkunjung ke cerita saya yang lain.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top