bab 21


NAMJOON POV

Aku menyuapkan sudu yang berisi pai epal ke dalam mulutku. Aku terdiam. Rasanya serupa dengan pai epal mendiang mama.

Air mataku tahan. Namun, aku tak kuat. Air mataku tetap membasahi pipiku. Aku mengunyah perlahan-lahan sambil mengelap air mataku.

“Sayang, okay tak ni?” terasa satu pelukan di lenganku. Jiwon, dia dah datang di kedai.

“Rasalah.” Aku menyuapkan sesudu pai epal ke dalam mulut Jiwon. Dia mengunyah perlahan, lalu tersenyum.

“Serupa eomma Namjoon punya!” Aku mengangguk perlahan sambil memeluknya. Jiwon hanya mampu mengusap belakangku kembali.

“Kita berjaya!” pelukku dieratkan lagi. Aku terdengar suara Jimin bergema di depan dapur seperti ingin menolak pintu. Aku menoleh ke arah pintu.

Jimin terhenti. Its- ugh- its okay if you need time.” Eh, sepaking pula dia harini. Jiwon memanggilnya lalu melepaskan pelukanku.

Jimin menoleh, “Takpa. Saya faham. Saya-”

“Kau rasa ini.” Jiwon menyuap terus pai epal tu mulut Jimin. Dia mengunyah perlahan-lahan.

“Namjoon hyung? Hyung dah berjaya, cipta semula resipi tu.” Jimin juga mempunyai fikiran yang sama. Hanya dia dan Jiwon yang tahu rasa pai epal mamaku.

Finally!” Jimin memelukku.

“Kan dah kata, jangan mengalah.” Jimin memberitahuku sebelum meleraikan pelukannya.

“Bagi rasa dengan Jungkook.” Jimin memberitahu Jiwon. Dia hanya mengangguk dan memberinya kepada Jungkook yang sudah berada dihadapan kaunter.

“Sedapnya!” Jungkook memuji. Aku tersenyum di sebalik tangisan riang. Setelah berbulan aku mencari resipi yang sesuai serta membuat improvasi, akhirnya aku telah menemui resipi mama.

Sayang, mama jenis orang yang tak suka tulis nota. Dia main campak-campak sahaja bila nak buat pai epal, itulah secebis nota pun takda dia wariskan. Akhirnya, dah jumpa! Nak bagi cuba papa dan Seokjin hyung pula.

Aku bagitau papa dulu dari Seokjin hyung. Dia kata perlu sediakan untuk majlis kahwin Seokjin nanti. Aku lagi teruja macam ni, sebab akhirnya Seokjin hyung pun akan merasa pai epal mamaku.


̶̶̶̶ ̶«̶ ̶̶̶ ̶ ̶ ̶̶̶ ̶«̶ ̶̶̶ ̶ D-DAY    ̶»̶ ̶̶̶ ̶ ̶ ̶̶̶ ̶»̶ ̶̶̶ ̶ ̶ 

Harini majlis kahwin Kim Seokjin hyung. Akhirnya, dah besar, panjang lampai abang aku ni. Umur pun dah masuk 30 tahun, tapi hati dia masih 13 tahun tau. Dia kata lepas kahwin, dia masuk military.

Seokjin bagitau aku yang dia malu dengan perangai dia sebelum ini. Kalau boleh, dia nak jadi Seokjin yang dulu, periang dan tak kisah maki hamun orang lain dengan dia. Dia gembira Jiwon buat dia belajar dari kesilapan. Dia cakap nak cuba terima bakal isteri dia sepenuh hatinya.

“Sayang.” Kejut Jiwon. Aku terhinjut lalu menoleh ke arahnya.

“Tersenyum, senyum. Kenapa ini? Gembira ke?” Lenganku dicucuk-cucuk manja.

“Mestilah gembira. Seokjin nak berubah jadi baik. Dia dah minta maaf dengan Jungkook. Jadi hati Joon tu, tenang sikit.” Aku menjelaskannya.

“Tapi, gembira Joon tu lain macam.” Aku menjongket kening sebelah kananku, tanda kehairanan.

“Macam Joon yang nak kahwin.” Aku tergelak kecil.

“Hoi.” Satu suara dalam dan serak basah yang cukup aku kenal menyapaku. Aku dan Jiwon berpaling ke arah suara itu.

“Hai!” Taehyung dan Yoongi melambai ke arah kami.

“Eh korang.” Sapa Jiwon lembut. Aku sempat memberitahu dia tentang perjumpaan aku dengan Taehyung dan Yoongi di Busan.

Aku mempelawa mereka ke arah satu meja yang sudah mempunyai nama mereka di kerusi masing-masing.

“Kau ke pengantin?” tanya Yoongi. Aku hanya mampu ketawa lalu menggeleng.

“Kitaorang ingat kau. Alaa, seri pengantin nampak. Dah kahwin ke?” Taehyung bergurau sekali. Aku hanya tersenyum lebar.

“Taklah. Boleh je kahwin, tapi nantilah.” Taehyung dan Yoongi turut ketawa.

Majlis kahwin, tak sah kalau tak berjam-jam lamanya. Aku hanya mampu duduk di meja keluarga sebelah pengantin lelaki dengan Jiwon.

Jungkook, yang masih berbalut kakinya serta membawa kesana kemari tongkatnya sekalipun degil juga nak datang majlis kahwin Seokjin hyung. Jimin pun ikut serta. Mereka duduk semeja dengan Taehyung dan Yoongi.

Hoseok dan Hyungwon pun dijemput tapi malangnya mereka tak mampu pergi. Jiwon kata, dia ada jemput dua orang kawan dia kat tempat kerja separuh masa dia haritu. Diorang pun ada sekali semeja dengan kawan-kawan lain.

Aku gembira melihat semua ini. Tiada konflik besar lagi. Aku gembira kerana tidak mengalah dari awal.




Hai, saya Kim Namjoon. Kita tidak pernah tahu kebolehan diri sendiri kalau kita tidak memaksa diri untuk menjadi lebih baik daripada hari-hari sebelum ini.

“Samchon!” tanganku ditarik-tarik manja.

“Eh, Seokmi!” aku mengangkat anak buahku supaya berada dalam dakapanku.

“Inilah anak perempuan Seokjin hyung. Comel kan?” aku mencubit pipinya perlahan. Dia ketawa kecil.

“Inilah kisah hidup si pemilik kedai bakeri, Kim Namjoon. Terima kasih kerana telah menonton.” Aku melambai ke arah kamera, begitu juga dengan Seokmi.

“OK CUT!” Pengarah tersebut terus menamatkan sesi rakaman untuk sesi hidup saya. Saya tunduk hormat dengan semua orang yang bekerja di set tersebut.

“Sayang. Mari makan jjajjangmyeon selepas ni. Craving la.” Jiwon mengusap perut comelnya. Tak lama lagi Seokmi ada sepupu.

“Hah, jom.” Seokjin terus mengambil Seokmi daripada dakapanku.

TAMAT
TAMAT
TAMAT







A/N: Terima kasih yang sudah membaca cerita merapu ini. Cerita ini hanyalah sekadar fiksyen. Cerita ini juga adalah cerita kehidupan seorang pemilik bakeri, encik Namjoon. Keluarga, persahabatan, konflik, percintaan dan semua diterapkan di dalam cerita ini. Terima kasih yang telah membacanya sehingga tamat.
5 Januari 2021.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top