bab 20

NAMJOON POV

Keadaan kedai semakin sibuk, aku dan yang lain membuat kerja sendiri. Aku sempat memarahi Jungkook akibat banyak bergerak sewaktu kaki dia sakit.

Aku telah mengubah interior kedai supaya menjadi lebih menarik sementara menunggu Jimin dan Jiwon membuat hiasan kek.

Sangat cantik, bagaikan anda tidak mahu makan. Sini saya sertakan beberapa gambar hasil Jimin dan Jiwon untuk bakeri ini.

Telefonku berdering. Aku melihat ke arah skrin telefonku. Abang aku, Seokjin. Aku menjawabnya.

“Hah, kenapa?” Aku berkata setelah sahaja disapa dengan Seokjin.

“Izinkan aku jumpa Jiwon. Aku perlu jumpa dia.” Suara Seokjin kedengaran sangat terdesak, tapi kenapa?

“Datanglah kedai. Macam tak biasa.” Aku berkata kepadanya sebelum ingin menutup panggilan.

“Joon, aku kat sini. Tolong ambil aku kat tempat kita minum selalu.” Seokjin berkata dengan lemah. Siapa pula bawa kau minum alkohol pagi-pagi macam ini?

Setelah aku mengambil Seokjin dari kedai tersebut, aku membawanya ke bakeri. Walaupun banyak lagi kerja aku nak buat di bakeri ini, tapi disebabkan dia abang aku, aku patut tolong dia sekali sekala.

Aku panggil Jiwon supaya mendekatiku dan Seokjin yang sedang duduk di salah satu kerusi disediakan di bakeri.

Jiwon berjalan lalu menutup hidungnya, “Bau arak.”

Jiwon cuba menahan mulutnya yang hampir sahaja ingin muntah. Dia memang tidak biasa menghidu arak kerana bau arak itu sendiri memualkannya

“JIWON! JIWON!” Sekarang barulah mabuk menusuk kepalanya. Dia separa sedar dengan perbuatan dan percakapannya.

“Kenapa ini, Seokjin?” tanya Jiwon sambil perlahan-lahan memegang bahu Seokjin agar dia tidak terjatuh ke bawah.

“Dia cakap nak jumpa Jiwon jadi Namjoon bawakan dia.” Aku menjelaskan keadaan sebentar tadi.

“Kenapa, Seokjin? Awak ada masalah ke?” tanya Jiwon dengan sopan. Seokjin berdiri dan berjalan mendekati Jiwon. Dia berhenti seketika sebelum memeluk Jiwon.

“Jiwon! Jiwon!” Seokjin terpekik sambil berpeluk dengan Jiwon. Kami berdua hanya berpandangan sesama. Tidak pasti apa yang berlaku terhadapnya.

“Seokjin, cuba cerita masalah awak.” Jiwon memujuknya.

“Seokjin tanak kahwin dengan dia! Nak kahwin kau sorang saja!” Seokjin mula menangis teresak-esak. Pelukannya dengan Jiwon diketatkan seketatnya. Aku perasan muka Jiwo  yang tidak selesa akan situasi tersebut. Malah aku juga tidak selesa.

“Maaf, Jiwon dah berpunya,” Jiwon menolak badan Seokjin perlahan.

“Orang itu ada kat sini.” Sambung Jiwon.

“Siapa Jiwon? Siapa? Jungkook?” Seokjin beralih ke arah Jungkook yang berada di kaunter tidak tahu apa-apa yang berlaku.

Dia melepaskan pelukan dengan Jiwon. Dia berjalan ke arah Jungkook yang dari tadi tidak mengendahkan sekelilingnya.

“WOI BUDAK BARU!” Herdik Seokjin walaupun Jungkook sudah lama bertahan dengan kami, di bakeri ini.

Hyungnim!Jungkook cuba menyapa Seokjin seperti selalu.

“Oh, kau yang rebut Jiwon dari aku kan? Sini kau!” Seokjin cuba menarik rambut Jungkook. Namun dia masih lemah. Jungkook dapat menepis tangannya.

Hyungnim bukankah akan berkahwin dengan orang lain?” tanya Jungkook. Dia juga tahu tentang tunang Seokjin yang juga menjadi penolong Tuan Kim.

“Ya! Tapi aku tak suka dia! Aku suka perempuan itu!” Seokjin yang terhuyung hayang itu menunjuk ke arah Jiwon.

“Nanti kau sedar, kau cari aku balik.” Jiwon nampaknya naik berang dengan keadaan Seokjin yang mabuk tiba-tiba sahaja merosakkan keadaan. Mujur sahaja tiada pelanggan yang menyaksikan perkara memalukan ini.

“Aku—” badan Seokjin rebah di lantai. Dia pengsan. Aku hanya mampu melihat dan berdengus geram dengan perangai teruk jejaka yang berumur 29 tahun ini.

“Jiwon, tolong aku angkat Seokjin masuk pejabat aku.” Aku meminta tolong daripada Jiwon. Walaupun dia agak marah dengan Seokjin, dia masih menolongku.

“Aku hampir nak tumbuk dia tadi.” Geram Jiwon sambil mengepal buku limanya.

“Sabar saja lah, Won.” Aku menenangkan dengan menggosok-gosok belakang Jiwon. Jiwon keluar, dan aku menunggu Seokjin sedar daripada pengsannya.

Aduh! Cerita
makin ke laut!
Tapi, cerita ini
hampir ke
penghujungnya.
Nantikan!

Re-edit: Sebab salah nama cast.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top