bab 2

╔═════ ∘◦ ☆ ◦∘ ══════╗
CUTI?!
╚═════ ∘◦ ❉ ◦∘ ══════╝





“Weyh kau hati-hati tau bila beli bahan nanti.” Pagi dimulakan dengan Hyungwon yang suka mengacau tak tentu pasal. Ada sahaja perkara yang dijadikan ceritanya.

“Beli bahan?” tanya Jungkook kehairanan. Apa yang dia cuba sampaikan ini?

“Yelah, kan korang selalu beli kat depan tu.” Hyungwon menunjuk ke arah kedai runcit yang dimaksudkannya. Matanya dikecilkan bagai cuba zoom kedai tersebut.

Jungkook berasa bingung dengan apa yang cuba disampaikan. Hyung, apa yang hyung nak bagitau.”

Hoseok dan Jiwon keluar daripada dapur lalu ke hadapan kaunter untuk membuat minuman panas. Hoseok ternampak Hyungwon lalu berdiri di sebelah Jungkook mendengar perbualannya.

“Sekarang musim orang sakit. Aku tanak korang sakit. Pakai glove, pakai mask. Ambil barang yang korang perlu je lepastu blah.” ujar Hyungwon menerangkan apa maksudnya.

“Lah, ingat apa. Baiklah.” Hoseok mencelah. Mereka bertiga tersenyum sesama.

“Ada pula fungsi kau kat sini eh?” Hoseok menyindir kawan baiknya yang asyik berada di kedai tersebut tanpa sebab.

“Fungsi aku untuk menceriakan hari korang. Nanti aku takdalah sudah.” Hyungwon membalas.

“Takda? Eh janganlah macam tu. Hyung perlu ada sini supaya kami taklah sunyi bagai.” Jawab Jungkook.

“Hoseok,” panggil Jiwon. Tangannya menggegam erat dua gelas bertangkai. Satu untuk Hoseok. Satu untuk dia.

“Ohhhhh, terima kasih. Terima kasih.” jawab dengan penuh nada kegembiraan. Sama sahaja gayanya dengan Hyungwon. Dua-dua bising.

“Aku?” serentak Jungkook dan Hyungwon bertanya. Jiwon terdiam.

“Bye!” Jiwon terus masuk ke dapur. Jungkook pantas membuat kopi untuk diri sendirinya.

“Hoseok, aku jalan dulu. Bye, Jungkook, bye Hoseok.” Hyungwon mengerling jam tangannya sebelum berkemas ingin pergi ke tempat kerja.



“Kook, kau rasa en. Kita ada cuti tak bulan ni?” tanya Hoseok sebelum menghirup mimuman coklat panasnya.

“Eh, bukan setiap minggu ada cuti?” Jungkook kehairanan. Semua bagi Jungkook adalah baru. Malah dirinya baru bekerja selama seminggu, oleh itu dia agak kehairanan dengan orang yang bekerja di situ. Sepatutnya esok off-day Jungkook.

“Kita buka tiap-tiap hari la, Kook.” jawab Hoseok.

“7 hari tu juga aku bekerja tanpa cuti. Masuk jam 7 pagi sampailah 7 malam baru balik.” sambungnya lagi.

“Oh, bermakna kita takda cuti dalam seminggu ni? Kook ingatkan off day Kook besok.

Hoseok tergelak kecil, “Untunglah kau Kook kalau dapat bincang dengan Namjoon. Aku susah sikit. Mungkin dia dengar kau dengan Jiwon je. Dah banyak dia berubah.” Dia beredar masuk ke dapur setelah bos mereka sampai.

Jungkook berpaling ke arah pintu masuk, Namjoon yang sedikit basah kerana terkena hujan rintik tadi. Jiwon berjalan ke arah Namjoon setelah nampak dia ke arah pejabatnya.

“Aku nak tukar baju ni.” kata Namjoon yang menghalang pintu pejabatnya.

“Pergilah. Macam tak biasa.” Jiwon tersenyum nakal. Namjoon tarik nafas dan hembus perlahan-lahan untuk menenangkan dirinya. Ada sahaja yang buat dia hilang mood awal pagi.

“Jiwon...” dia mengeluh lalu menolak Jiwon dengan perlahannya. Jungkook yang melihat perbuatan mereka diam sahaja. Jiwon melihat Jungkook. Jungkook mengangkat bahu tanda tidak tahu walaupun Jiwon tidak bertanyakan apa-apa.

“Namjoon. Aku ada nak cakap dengan kau ni.” Ujar Jiwon, selamba membuka pintu pejabat Namjoon.

“Woi!!!!” kedengaran suara Namjoon yang sedang berteriak kerana Jiwon yang terlupa dia nak tukar baju. Jungkook juga agak terkejut lalu dia berpura-pura tidak tahu. Tidak mahu masuk campur agaknya.




╔═════ ∘◦ ☆ ◦∘ ══════╗
NAMJOON POV
╚═════ ∘◦ ❉ ◦∘ ══════╝

Aku hembus nafasku perlahan-lahan. Jiwon memang suka kacau aku macam takde kerja kat dapur dah.

“Apa dia? Aku takda mood.jawab aku selepas Jiwon menerjah masuk pintu pejabat aku. Nasiblah aku ini boleh tahan dengan kau, kalau tak dah merasa penampar.

“Janganlah macam itu. Kita kena gembira.” Jiwon cuba menceriakan aku. Dia lompat-lompat macam katak. Dia dan Hoseok sama sangat walaupun Hyungwon abang dia.

“Kalau kau kena hujan, kau gembira ke?” Aku tanya Jiwon. Haih, dia ni. Tak faham la hati aku yang tengah sedih ini.

“Memanglah tak, tapi...” Dia mengeluh. Dia masih berdiri depan pintu aku.

Aku tau kau tak okay, aku nak tolong, tapi takpelah kalau kehadiran aku tidak disenangi- aku keluar je. Sambungnya semula. Dia tertunduk lalu ingin keluar pejabatku.

“Alaaaaaaa.” Aku merengek lalu berjalan ke arah dia. Dia terkejut, melihat ke arah aku.

“Memang aku perlu kau. Sorry.Aku memeluk dia. Dia hanya membalas pelukan sahaja, sudah pun buat hatiku cair. Kenapa semua wanita buatku cair secepat ini?

“Joon. Kau tau kau comel kalau kau macam ni, tapi aku tanak la tengok bos aku murung je selalu.” Dia mendongak melihat aku. Pelukanku dieratkan. Aku tau kita kawan baik sahaja tapi kekadang kau buat aku rasa lebih dari itu.

“Siapa murung? Aku tak.” Aku menggeleng lalu aku tersenyum. Kali pertama aku tersenyum buat harini. Jiwon tersenyum. Melihat dia tersenyum buat hariku ceria.

“Sebenarnya aku ada hajat.” Jiwon ketawa jahat bak nenek kebayan. Aku baru nak bergembira dengan kehadiran kau. Rupanya, kau guna aku je pfft.

“Apa?” Aku melepaskan pelukanku.

“Marilah bercuti. Esok kita reramai cuti,” aku pantang dengar perkataan cuti. Tak boleh ke kerja je macam biasa. Kedai kita perlu buka setiap hari supaya kita dapat untung.

“Kedai ini baru buka 1 tahun, Won. Kita perlu work hard. Takyah la cuti.” Aku capai apron aku. Aku lilitkan di pinggangku.

“Ya, Joon. Aku tau. Tapi-”

“Tapi apa? Haih, sambung kerja.” Aku suruh dia keluar pejabat aku.

“Joon, dengar aku dulu.” Aku keluar dari pejabat. Tak senang dengan perangai Jiwon. Aku sedar Jungkook, memandangku dari kaunter hadapan.

“Jungkook, buat kerja kau.” Aku cakap dengan dia tanpa memandangnya. Jiwon mengikut aku dari belakang.

“Joon. Joon. Dengar dulu.” Dia mencapai tanganku dan menariknya selepas sahaja kami masuk ke dalam dapur. Mata Jimin dan Hoseok beralih ke arah aku.

“Aku tak nak! Takde cuti.” Aku beralih ke arah bahan-bahan dan terus mencatat stok. Aku tidak berpaling ke arah Jiwon. Biarlah dia merajuk.










‧͙⁺˚*・༓☾ AUTHOR'S NOTE

Gais! Sorry tak dapat balas comment korang! Terima kasih kerana telah menyinggah ke buku saya. Terima kasih yang sudah vote dan comment. Have a nice day everyone!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top