bab 19

╔═════ ∘◦ ☆ ◦∘ ══════╗
KEDAI
╚═════ ∘◦ ❉ ◦∘ ══════╝

NAMJOON POV

“Kita bagitau saja mereka ya, sayang.” Aku yang masih duduk di atas kerusi pejabatku memujuk Jiwon.

Aku melingkarkan lenganku ke pinggang Jiwon. Dia bersandar ke arah badanku.

“Tapi... Yalah, kita bagitau Jimin dan Jungkook.” Jiwon mengalah.

Dia mengusap kepalaku perlahan-lahan. Aku tersenyum. Jari telunjuknya diletakkan di atas lesung pipitku.

“Bagitau apa? Oh, kamu dah pandai berahsia dengan kami?” Jimin menerjah pintu pejabatku.

“Oh, kau curi dengar eh Jimin.” Jiwon ingin melepaskan lenganku dari pinggangnya tapi aku menariknya semula. Dia melihatku dengan muka yang hairan.

“Kami nak bagitau yang kami dah jadi kekasih,” aku memberanikan diri untuk memberitahu kebenaran.

Mata Jimin membulat. Tidak lama selepas itu, dia tersenyum teruja.

“Bolehlah makan nasi minyak tak lama lagi.” Jimin tersenyum lebar.

“Ish.” Muka Jiwon merona merah seperti ceri. Comelnya muka dia bila dia malu.

“Sebenarnya, aku ada hajat ini jumpa kau Joon.” Jimin mendekati mejaku.

“Boleh tak aku suarakan pendapat aku?”

“Mestilah, sekarang?”

“Haah,” Jimin mengangguk kecil.

“Aku temankan Jungkook kat kaunter dulu,” Jiwon meminta dirinya lalu berjalan keluar. Aku meneruskan perbincanganku dengan Jimin tentang kedai bakeri itu.

Disebabkan tidak jadi tutup, mereka menolong aku sampai ke tahap maksima. Selain resipi dan dekorasi yang diubah, Jimin juga mencadangkan agar membuat renovasi ke atas bakeri tersebut.

Aku bersetuju walaupun itu semua akan memakan duit yang banyak. Tapi dengan pertolongan mereka, aku boleh teruskan semangat bakeri ini.

JUNGKOOK POV

“Jungkook,” Jiwon bernyanyi namaku.

“Jiwon noona,” aku membalas dengan suara merdu aku. Jiwon terketawa kecil.

“Aku ada sesuatu nak bagitau kau.” Dia mengambil tempat duduk tinggi di sebelah aku.

“Tolong jangan ceramah Jungkook,” jawab aku.

“Takdalah. Nak bagitau yang aku dan Namjoon—”

Aku potong ayat dia, “Korang dah lama sama-sama kan? Macam dah ada aroma nasi minyak dah ini.” Aku terketawa.

“Macam mana kau tau?” Dia bertanya, terkejut macam mana aku tau.

“Ingat tak masa Jungkook nak pergi hospital itu?” Dia mengangguk.

“Noona boleh saja telefon ambulans tapi kenapa telefon Namjoon hyung dulu. Jungkook dah rasa ada sesuatu di sana.” Aku menjelaskan lalu dia menepuk dahinya menggunakan telapak tangannya.

“Betul juga kan,” aku ketawa bersama Jiwon.

“Jungkook kan tunggu dekat kereta lepas dari hopsital. Waktu noona telefon, Kook nampak nama noona ada love-love lepastu siap ada perkataan bakal isteri lagi kat hujung.”

“Namjoon save contact aku macam itu?” tanyanya. Aku mengangguk.

“Jiwon bakal isteri pastu ada emoji love.” Aku menguis bahunya.

“Aku tak nak kahwin awal, Kook.” Dia bergurau.

“Amboi! 26 tahun itu dah cukup tua nak kahwin tau. Zaman sekarang umur 20 tahun pun dah ada 2 anak kecil. Noona apa tau!” Dia terketawa lalu memukul lenganku perlahan.

Aku gembira kalau Jiwon noona gembira dengan pilihannya sekarang. Aku tau lama dah Namjoon hyung suka dengan Jiwon.

Mustahil Namjoon hyung akan dengar Jiwon noona saja bila ada apa-apa cadangan atau pendapat. Dia dengar cakap Jiwon noona mesti sebab Namjoon suka dia.

“Alamak, noona.” Tiba-tiba, sakit pula perut aku.

“Kenapa?” Dia segera melihat kakiku yang berbalutkan cast.

“Rasa nak buang air besarlah pula.” Tanpa dikawal, aku terkentut kuat. Bau kentut aku pun boleh tahan, macam bau telur busuk.

“Eeee, Jungkook!” riuh aku dan Jiwon dibuatnya. Dia ingin menolong aku berdiri tapi dalam masa yang sama dia ingin mengelak dari aku.

“Takpa, noona. Saya boleh.” Jiwon dapat memapah aku sehingga keluar kaunter saja lalu aku berjalan sendiri dengan pertolongan tongkat di sisi aku.

“Kalau kau perlu pertolongan, aku panggil Jimin.”

“Takpa, saya okay!” Aku menutup pintu tandas sebelum memulakan bisnesku di dalam tandas.



stream lagu iu x yoongi bts!
di spotify dan youtube!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top