bab 17
╔═════ ∘◦ ☆ ◦∘ ══════╗
SUNSET
╚═════ ∘◦ ❉ ◦∘ ══════╝
❝ NAMJOON POV ❞
Aku menjemput Jiwon daripada rumahnya lalu membawanya berjalan-jalan sekitar bandar Seoul sebelum akhirnya berhenti di pantai untuk melihat pemandangan matahari terbenam.
Aku membeli aiskrim limau vanila untuk aku dan pudina coklat untuk dia. Aku tau Jiwon terpukau bila dia diberi makan aiskrim.
“Namjoon, kau ini nak suruh aku gemuk ka?” Tanya Jiwon. Aku ketawa sahaja sambil menyuapnya aiskrim cawan tadi.
“Ah, malasnya nak makan.” Jiwon makan aiskrim itu.
“Jangan malas-malas. Aku rajin ini untuk kau, tau tak?” Aku tersenyum.
“Cepatlah Namjoon. Dari makan tengahari tadi, kita pergi shopping sama-sama, sampailah kita ke pantai, aku masih tertunggu apa yang kau nak cakap. Kau kata penting.” Dia mengeluh lalu menjuihkan mulutnya.
Ala, tunggu sekejap sampai matahari dah nak terbenam. Baru romantik sikit nak cakap benda itu. Aku pandang dia dari tepi.
Sempurna.
Ya, dialah wanita sempurna selepas mama aku. Alangkah baiknya kalau kami lebih daripada kawan. Aku mulai teringat perkara bodoh aku buat beberapa hari yang lepas.
Kenapa aku bodoh sangat cium dia masa itu?
Kenapa aku fikirkan perasaan aku saja?
“Bye, Namjoon. Aku balik dulu.” Kata Jiwon sambil berdiri berpura-pura ingin beredar.
Matahari baru saja ingin terbenam. Keadaan langit sekeliling menjadi oren dan kemerahan. Perfect timing.
“Kejap. Okay, aku bagitau.” Aku menarik badan dia perlahan-lahan ke tempat duduk di sebelahku.
“Okay, aku dengar. Cepatlah.” Dia bahkan tertunggu-tunggu seperti aku. Kau berdebar, aku lagi bagaikan nak tercabut jantung debarannya.
“Tutup mata.” Aku suruh dia. Laju dia menutup mata. Tetapi aku rasa ini bukanlah masa yang sesuai untuk kebodohan kali kedua.
“Buka mata.” Dia membuka matanya lalu dia mencari-cari di sekelilingku.
“Namjoon!” Dia menjuihkan mulutnya. Comelnya, geramlah nak gigit!
“Aku suka kau.”
“Aku suka kau lebih dari kawan.” Aku menyambung ayatku. Malu aku dibuatnya.
Aku mengelak pandangan dari Jiwon, “Aku tau aku tak patut rosakkan persabahatan kita, tapi aku selalu ingin lihat kita lebih daripada kawan. Aku harap kau ada perasaan yang sama, tapi kalau kau rasa kau nak tumbuk muka aku. Tumbuk je. Aku rela demi perasaan kau.”
Aku menutup mataku rapat lalu berpusing ke arah Jiwon. “Aku sedia nak ditumbuk kau.”
Jiwon senyap. Aku mulai takut sehinggakan aku tidak ingin membuka mataku. Takut dipukulnya. Tidak lama selepas itu, aku merasa tangan Jiwon di pipiku.
Aku masih tidak berani membuka mataku untuk melihatnya. Aku bakal ditampar ke?
Sesuatu yang lembut menyinggah di mulutku. Aku membuka mata lalu melihat muka Jiwon yang sangat dekat. Aku sangat terkejut sehinggalah terjatuh di atas pasir. Nasib tak sakit.
Jiwon juga terkejut. Dia ketawa lalu menolongku berdiri semula.
“Oh my god,” dia ketawa terbahak-bahak. Hal ini bukanlah aku rancang sepanjang pengakuan yang aku ingin lakukan hari ini.
Aku menggaru tengkuk aku perlahan. Dia memelukku perlahan lalu meletakkan kepalanya di dadaku.
“Lepastu apa Namjoon?” tanya Jiwon.
“Jadilah teman wanita saya,” aku merasa jantungku bagai ingin terkeluar dari badanku.
“Kalau saya tak nak, macam mana?” Dia berjalan pergi. Oh tidak, Jiwon. Jangan wujudkan drama pukul 7 malam, tarik menarik tangan di sini.
Aku menarik tangannya, “Mungkin kau akan tukar fikiran lepas kau tau Seokjin dah tunang.”
“Aku dah lama tukar fikiran.” Jawabnya selamba.
“Sebab perasaan aku itu semua dengan Kim Namjoon.” Dia tersenyum lebar.
Aku taktau pemandangan matahari terbenam yang cantik atau senyumannya di wajah comel dia.
“Jiwon pun suka-” aku menunjuk mukaku.
“Kau rasa kenapa aku setuju buka kedai bakeri itu bersama-sama kau? Lambat lah kau perasan Namjoon.” Aku cuba membuat refleksi diri selama 5 saat. Oh ya!
“2 tahun yang lalu?” Tanyaku. Aku baru tahu selama ini dia juga ada perasaan dengan aku. Kenapa lambat betul aku perasan semua itu?
“Ya, Kim Namjoon. Kau ini. Kau sengaja nak buatkan aku cakap kan. Yalah, aku pun sukakan kau lebih daripada kawan.” Jiwon memegang tanganku. Aku menarik badannya ke badanku.
Bibirku segera mendarat di atas bibir lembutnya. Mataku tertutup ingin menikmati sensasi itu. Aku membiarkan Jiwon mengikut ritmaku. Aku bagaikan lemas di dalam lautan cinta ini.
“Tapi kau tak jawab soalan aku lagi.” Aku berkata, selepas memutuskan ciuman tersebut.
“Apa lagi?” Dia bertanya sambil tersenyum.
“Chae Jiwon, sudikah anda menjadi teman wanita aku?” tanya aku semula yang ingin menjadi romantik.
“Tak.” Aku terdiam. Tadi cakap ya, terus cakap tidak. Hah, ini lah kaum perempuan. Sekejap ini, sekejap itu.
“Tapi aku sudi kalau nak jadi isteri kau.” Eh, terpotong bebelan aku di hati.
“ARHHHHH!” Aku memeluknya erat. Tidak pernah aku rasa bahagia seperti mana aku bersama dia. Setelah beberapa bulan aku tanpa Jiwon, aku baru sedar aku perlukan dia untuk terus bersemangat nak hidup.
“Terima kasih! Aku sayang Jiwon!” Aku mencium mulutnya berkali-kali. Tidak menghiraukan pandangan yang aku dapat dari orang sekelilingku.
“Sayang Namjoon juga.” Pelukanku dibalas.
terima kasih baca semuanya!
hajat ingin tamatkan cerita di
sini, tapi nampaknya ada lagi
beberapa adegan perlu masuk
dalam cerita ini! 💓
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top