bab 14
╔═════ ∘◦ ☆ ◦∘ ══════╗
MANA SATU?
╚═════ ∘◦ ❉ ◦∘ ══════╝
❝ NAMJOON POV ❞
Harini appa meminta aku hantar pastri di bilik mesyuarat mereka. Aku dan Jimin terpaksa menutup sementara kedai dan menghantar ke tempat syarikat appa.
“Jimin, betul ke jalan aku ini?” Aku bertanya.
“Kenapa tanya aku pula? Syarikat korang en.” Jimin tertawa kemudian membuka GPS.
“Ah, betul la ni. Jalan terus.” Aku dan Jimin selamat sampai ke syarikat appa dalam masa 10 minit.
Aku mengangkat pastri yang masih panas yang telah dipek dengan elok. Jimin membawa kek yang dijadikan pencuci mulut. Harap aku tak jatuh bawa benda macam ini.
Aku menuju ke lif lalu menekan butang nombor 7 selepas Jimin masuk. Kami masuk ke bilik mesyuarat kedua. Semua peralatan telah disusun hanya kami sahaja yang ditunggu mereka.
Aku meletakkan pastri tadi perlahan ke atas meja sambil mengeluarkannya satu per satu. Syukurlah semuanya selamat, tiada yang tercicir ataupun jatuh.
“Joon, aku letak kat sini ya. Patut ke aku keluarkan?” Jimin bertanya.
“Takpa, letak dalam kotak tu je. Nanti diorang ambil satu per satu.” Jawabku. Dia mengangguk.
“Encik Kim Namjoon, Tuan Kim ingin berjumpa.” Suara pembantu appa menyapa. Aku mengangguk.
“Jimin, kau tunggu aku di lobi.” Jimin mengangguk lalu segera berjalan ke arah lif. Aku mengikut pembantu appa berjalan ke arah satu bilik.
Suara Seokjin terdengar, “Yakah? Oh my god, selama ini kita tersalah buat ke?”
Aku mengjongketkan keningku, “Bukan pejabat Seokjin tingkat 5 ke?”
“Encik.” Pintu dibuka untuk aku. Aku masuk.
“Seokjin.” Aku menyapa setelah aku nampak Seokjin dan seorang perempuan di dalam pejabatnya. Aku memandang perempuan tersebut. Nasib sopan pemakaiannya.
“Namjoon.” Seokjin berdiri lalu memelukku.
“Tunggu kejap, appa akan datang kejap lagi.” Bisiknya kepadaku.
“Siapa?” Aku menoleh ke arah perempuan tersebut.
“Tuan, nama saya Choi.” Dia menunduk hormat. Aku mengangguk lalu duduk di kerusi hadapan mereka.
“Bakal tunang Seokjin.” Seokjin bercakap lalu menghirup tehnya.
“Pfft. Kau suka main-main dengan aku eh.”
“Kali ni aku series.”
❝ JIWON POV ❞
Aku dapat panggilan dari Jimin. Aku dengan gigihnya menjawab panggilan tersebut.
“Bro-”
“Kau tak akan percaya apa aku nak cakap dengan kau.”
“Kenapa, Jimin?”
“Seokjin dah ada tunang.” Panggilan Jimin kurang jelas tapi aku dah dengar semuanya dengan jelas. Aku terkejut. Mungkin sedikit kecewa? Hatiku bingung. Kenapa la Seokjin wujud dalam hati aku?
‧͙⁺˚*・༓☾ AUTHOR'S NOTE
Super short update for today!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top