bab 11

╔═════ ∘◦ ☆ ◦∘ ══════╗
PERASAAN LAMA

╚═════ ∘◦ ❉ ◦∘ ══════╝

Namjoon mengusutkan semula rambutnya yang telah rapi. Baru sahaja dia menyikat dengan hensemnya, dia memburukkan pula dalam masa selang sesaat.

Perasaan lamanya yang dipendam kian muncul. Sesekali dia memukul dadanya, namun selang sesaat dia mendesah kesakitan dengan perbuatannya sendiri.

"Aku perlu buang semua ini." Namjoon berteriak sambil melihat ke arah cerminnya. Perasaan yang perlu diluahkan tapi tiada tempatnya untuk meluahkan. Terapi yang dia jalani selama ini pun tidak membantunya.

Namjoon mengeluh. Dia mengambil nafas berat sekali lagi sebelum membetulkan rambutnya dan bajunya yang senget sedikit.

"Bye." Dia mencium kepala anjingnya sebelum berjalan ke luar rumah. Dia mengunci pintu rumah dan masuk ke dalam keretanya.

Dia menghidupkan enjinnya tanpa daya sebelum memecut ke bakerinya. Hari ini Jimin tiada. Baru sahaja Jimin menelefon yang dia sakit. Kali ini betul-betul sakit bukan seperti dia cuba menipu kerana tidak ingin mencuci tandas.

Dia berjalan lemah ke dalam bakerinya. Shutter kedai dibuka separuh sahaja menandakan ada orang di dalamnya tapi dia mengunci pintu hadapan.

Langkah diambil terus menuju ke dapur. Apron dililitkan di pinggang. Harini Namjoon datang seawal pukul 5.30 pagi demi membakar produk bakeri dan pastri. Jadi, dia agak mengantuk sedikit dan emosi dia agak terganggu.

"Okay, kau bayangkan je kau buat dengan Jimin haritu." Namjoon bercakap seorang diri untuk memberi motivasi kepada dirinya.

Dia menimbang bahan-bahan doh roti dengan tepat. Hatinya teragak-agak tapi dia tetap ingin membuka kedai harini. Dia menganggap jikalau Jimin tiada tidak bermakna kedai akan tutup. Kenapa Jimin sendiri boleh buka kedai seorang diri?

Namjoon memasukkan bahan-bahan kering ke dalam mangkuk pengadun elektrik tadi. Kemudian, dia menuang bahan-bahan basah seperti telur, air sejuk dan bahan perasa seperti pes strawberi.

Dia ingat pesanan Jimin di mana doh roti itu mestilah lembut dan semua bahan mestilah diadun rata. Dia membuat adunan doh roti seperti yang diajar sehinggalah proses membakar.

Dia menunggu di hadapan pintu ketuhar. Sungguh menarik melihat adunan doh roti kembang sebelum menjadi perang keemasan.

Tanpa dia sedari, keadaan meja kerja dia sangat semak. Meja kerja Namjoon sekarang juga dianggap kotor, kerana meja kerja haruslah dilap bersih tanpa sebarang kotoran.



╔═════ ∘◦ ☆ ◦∘ ══════╗
JIWON & JUNGKOOK
╚═════ ∘◦ ❉ ◦∘ ══════╝

"Jungkook! Kau dah janji aku!" Jiwon memberontak. Dia menghentak kakinya berkali-kali dan merengek seperti budak kecil.

"Noona!" Jungkook mendiamkan Jiwon. Kasar bahu Jiwon direntap Jungkook. Air mata Jiwon hampir jatuh. Dia baru dikhianati Jungkook.

"AKU BENCI KAU!" Sekali lagi, Jiwon mengulang perbuatannya tapi kali ini diikuti dengan tangisan. Jungkook memaksa Jiwon berjumpa dengan Namjoon.

"Aku jual kau kalau tak berhenti nangis." Jungkook mengugut. Dia melihat ke sekeliling.

"Siapa nak beli noona aku?" katanya kepada orang ramai di sekelilingnya. Jiwon terdiam. Nasib baik tiada yang memerhati mereka. Kalau ada pun, mereka cuma kehairanan.

"Hah, baru kau tau. Aku jual kau kalau kau macam-macam." Tiada lagi panggilan manja Jungkook kepada noona dia. Dia membahasakan diri aku dan kau sudah.

"Nak merajuklah." Jiwon berpeluk tubuh. Jungkook mengeluh. Kalau bukan kerana dia tahu diri Namjoon, dia tidak akan memaksa Jiwon berjumpa dengannya.

"Noona kalau sayang Jungkook, pergi jumpa Namjoon. Tolonglah." Jungkook tidak suka menjadi ornag tengah. Jiwon berdiam diri sampailah Jungkook berputus asa.

"Takpalah. Jungkook bocorkan ja rahsia kita." Sekali lagi, Jungkook melontarkan pernyataan berbaur ugutan. Jiwon mengeluh.

"Okay, okay. Aku pergi." Jiwon menjuihkan mulutnya. Mata Jungkook bersinar-sinar bagai anime.

"Betul ni?" Jungkook melihat Jiwon. Dia tersenyum lebar. Dah kenapa budak ini menakutkan? Jiwon mengangguk.

"Okay, dah. Pergi jumpa dia. Pergi. Pergi," halau Jungkook. Jiwon kehairanan.

"Harini? Sekarang?" tanya Jiwon.

"Ya, sekarang. Dah pergi cepat! Dia selalu kat bakeri itu. Pergi! Kalau tak Jungkook jual-" Jiwon ditolak.

"Arasseo, arasseo." Jiwon mengeluh sebelum dia berjalan dari taman tersebut. Ada-ada sahaja permintaan Jungkook.






╔═════ ∘◦ ☆ ◦∘ ══════╗
JIWON POV
╚═════ ∘◦ ❉ ◦∘ ══════╝

Aku mengambil langkah yang berat ke arah bakeri tersebut. Hairannya, harini Namjoon tak buka kedai tapi aku tahu dia di dalam. Aku mengeluh berat.

Pintu bakeri hanyalah 3 langkah lagi di hadapan aku. Baiklah. Kita tak boleh lari dari masalah kita sendiri, kita kena hadapinya walau apa pun.

Aku menolak pintu bakeri itu.

Adrenalin aku naik melihat keadaan sekeliling, bagai dirompak sebentar tadi lebih-lebih lagi kelibat Namjoon tiada. Alamak.

Siapa rompak kedai Namjoon?









‧͙⁺˚*・༓☾ AUTHOR'S NOTE
Terima kasih dah singgah baca dan vote! Terima kasih juga effort korang yang mengkomen cerita ini.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top