bab 10
╔═════ ∘◦ ☆ ◦∘ ══════╗
SEOKJIN POV
╚═════ ∘◦ ❉ ◦∘ ══════╝
Aku duduk di kerusi pejabatku. Aku mengeluh sebaik sahaja aku dapat menyandar di kerusi tersebut. Aku menutup mata sekejap. Penat dengan keadaan pejabat.
“Encik Seokjin, Tuan Kim nak berjumpa dengan encik.” Kata setiausaha aku sambil menungguku di pintu.
“Okay, kejap lagi saya datang.” Aku menjawab. Dia mengangguk lalu beredar pergi. Aku melihat ke arah pintu pejabat yang lut cahaya apabila ada kelibat seseorang yang ingin masuk ke dalam pejabatku.
“Encik Kim?”
“Annyeonghaseyo.” Suara seseorang mengejutkanku dari rehatku. Aku mendongak perlahan lalu melihat kelibat seorang perempuan yang memakai gaun hitam paras lutut menyapaku.
Bajunya melekat di badan langsingnya dan menampakkan potongan badan seperti model. Tipulah kalau aku tak scan dia dari atas ke bawah.
Dia membawa satu borang yang perlu aku tandatangan. Aku melihat keluar pintu yang masih berbuka. Adakah setiausahaku ditukar? Setahu aku, setiausahaku seorang lelaki.
“Encik Kim, kalau tak keberatan, boleh tolong tandatangan ini dan ini. Oh ya, ini juga.” Mulutnya petah bercakap dengan aku. Aku masih melihat potongan badannya yang amat cantik.
Aku melihat mukanya. Tiada wanita secantik dia di pejabat ini. Dialah yang pertama.
“Encik Kim, maaf, saya ada mesyuarat dengan Tuan Kim. Jadi saya perlu pengesahan Encik Kim secepat mungkin.” Aku terjaga dari lamunanku. Aku mengambil borang-borang tersebut daripada dia.
“Saya pun ada mesyuarat selepas ini. Jadi boleh lah kita keluar sama-sama kan?” Aku bertanya.
“Pardon?” Dia menjongketkan keningnya.
“Maksud saya, kita keluar sama-sama pejabat saya yang indah lagi mewah ini. Lepas tu kita gi mesyuarat tu.” Aku menukar semula soalanku. Nampaknya dia tidak termakan soalan perangkap tadi. Dia hanya mengangguk tapi jelas riak mukanya kebingungan.
“Setiausaha baru ke?” Aku bertanya.
“Tak. Saya Penolong Pengarah kedua.” Dia menyatakan jawatannya. Aku terkejut. Penolong Pengarah kedua itu setaraf dengan aku.
“Jadi, boleh lah kita panggil sesama dengan biasa je. Tak payah lah panggil Encik Kim.” Aku cuba memikatnya.
Tangan aku masih ligat menandatangi borang tersebut. Aku tidak membaca sudah borang tersebut tetapi terus sahaja menandatanginya.
Mataku terpaku melihat dia. Jantung berdegup kencang daripada selalunya. Lajunya mengalahkan kereta F1. Aku hampir terliur melihat awek yang cantik melecun ini. Hal ini rupanya kenapa papa pisahkan pekerja perempuan dan pekerja lelaki. Dia tahu pekerja macam aku ini akan terpikat dengan pekerja macam dia ini.
“Nama siapa?” Aku berjalan ke arahnya sambil memberi borang tersebut.
“Choi.” Dia mengenalkan dirinya namun bagiku tidak cukup.
“Belum kahwin lagi?” Aku tersenyum melihat dia yang terkejut aku menghampiri dengan dekatnya. Dia mengambil satu langkah ke belakang.
“Belum. Tengah cari—”
Aku memotong percakapannya, “Takyah cari. Ada depan mata.” Aku mengenyitkan mataku ke arahnya. Muka dia berubah warna. Pipinya mulai merona. Aku tau semua itu sebab aku ini memang hensem boleh lawan Jungkook punya worldwide handsome. Macam mana pun aku juga hensem di dunia ini.
Dia terketawa kecil. Hanya Tuhan sahaja tahu betapa kencangnya hatiku mendengar suaranya ketawa. Ketawanya bagaikan lagu di telingaku.
“Maaf, Encik Kim. Saya tak berminat.” Dia merampas borang yang telah ditandatangiku sebentar tadi. Mukanya berubah menjadi serius.
“Saya minta diri dulu.” Dia melibaskan rambutnya sebelum beredar keluar. Rambutnya yang bagai iklan Pantene dan wangian bunga yang harum menusuk hidungku.
“Wow, jual mahal nampak. I like.” Aku mengambil beberapa fail yang aku perlu untuk mesyuarat tersebut dan terus berjalan keluar berjumpa dengan Tuan Kim. Tak sia-sia aku jadi Penolong Pengarah, ada juga wanita yang masuk ke pejabatku ini. Selama aku kerja di bawah papa, aku tidak pernah mengalami pengalaman ini.
‧͙⁺˚*・༓☾ AUTHOR'S NOTE
Abe Seokjin dah datang hehehe. Nampaknya ada satu lagi watak Alice kenalkan tapi tak mention kat pengenalan sebab dia baru sahaja wujud.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top