[√] 45: Akhir
Babe • kth
[Bab Akhir /Tamat]
A/N:
Ketahuilah author korang ni sangat gemarkan plot twist.
Please no silent readers, eomma babap kang😜💜
---------
[Seminggu berlalu]
"T-taehyung!"
Susuk tubuh Jungkook basah dengan titisan peluh dingin. Kelopak matanya terbuka luas lalu pemandangan siling berwarna putih menyapa ruangan mata.
Bau-bauan ubat hospital dan suasana sepi meletakkan semula lelaki itu ke alam realiti. Mimpi sebentar tadi dirasakan begitu nyata. Suara garau sahabat baiknya menjelma dalam mimpi indah itu.
"Encik Jeon Jungkook, pandang mata saya. Dada masih terasa sakit tak?"
Jungkook menggelengkan kepala. Matanya meliar ke arah sekeliling. Dua figura manusia yang sangat dirinduinya itu tidak muncul seperti yang diharapkan.
Doktor Baekhyun mengumam perlahan. Tangannya sibuk mencatit keadaan kesihatan Jungkook selepas pembedahan jantung berjaya dijalankan tanpa sebarang masalah.
"M-mana Taehyung? Jae Yoon? Aku nak mereka berdua di sini!"Jungkook memberontak keras. Dia berhasrat ingin menanggalkan wayar-wayar halus yang berselirat di badan.
Mimpi yang dialaminya memberi tanda kurang enak. Taehyung juga tidak berada di hadapannya. Sekaligus, pransangka buruk semakin menyuntik rasa takut kepada Jeon Jungkook.
Perbuatannya sempat dihalang oleh Doktor Baekhyun dan pasukan pegawai perubatan bertugas pada hari itu.
Tingkah laku ganas Jungkook bertukar rentak tatkala iris matanya tertancap pada wajah seorang gadis yang sedang tersenyum manis ke arahnya.
Seluruh tubuhnya menggeletar hebat. Tubir matanya seakan mahu pecah tika telapak tangan Jae Yoon mendarat di kelopak matanya.
"A-awak dah bangun. Bintang kegemaran saya dah sedar."
Jungkook terpinga-pinga memandang raut mendung wajah gadis itu. Dia mahu bertanya. Tetapi, mulut Jungkook terkunci rapat.
"Taehyung pergi mana, Jae Yoon?"
Jae Yoon mengigit bibir bawah. Telapak tangannya mengusap belakang tubuh Jungkook dengan penuh berhati-hati.
Emosi lelaki itu tampak rapuh berbanding dirinya. Lebih baik dia simpan dulu rasa berduka itu dalam hatinya.
Jungkook tak akan mampu menerima kebenaran yang menyakitkan itu.
-------
Beberapa hari selepas peristiwa ini, keadaan Jungkook berada pada tahap stabil dan memuaskan hati.
Ada sesuatu perkara istimewa yang aku suka dalam dirinya. Dia ada di sini bersama aku dan Jungkook.
Kau berpegang janji kepada aku, Taehyung. Terima kasih aku kirimkan kepada kau di atas sana.
"Buka mulut, Jungkook. Kalau tak nak makan, nanti jatuh sakit. Suka tengok Jae Yoon sedih?"
Jungkook menjeling tajam. Fuh, renungan serupa seekor singa terlepas dari kandang.
Orang ajak makan je pun, pandang macam nak baham aku hidup-hidup.
"Ikut suka hati akulah. Buat apa nak paksa aku makan? Ingat aku ni baby asuhan kau?"Jungkook membalas kasar.
Telapak tangannya dibawa ke permukaan dada. Selang beberapa minit sekali, dia akan mengukir senyuman bahagia. Selepas itu pula, peralihan mood lelaki itu berubah drastik.
Kerja nak mengamuk apabila tutur katanya dibalas dengan pujukan manja daripada aku.
"Perangai serupa bapak singa hurm. Jeon Jungkook, buka mulut boleh?"
Aku mencapai pergelangan tangan Jungkook agar telapak tangannya yang sedang menekup mulut dapat dialihkan.
"Benda boleh lapar buat apa nak makan?"
Aku menghela nafas. Aku kumpul segala kekuatan untuk menghadap kerenah baru si anak Jeon. Dia tidak sedar. Tapi, aku sedar perubahan dalam dirinya.
Aku dapat lihat Taehyung dalam diri lelaki itu. Telapak tanganku menyentuh permukaan dada Jungkook.
Dadanya yang berombak meniup perasaan nostalgia dan rindu kepada Taehyung. Degupan jantung Jungkook memunculkan senyuman yang sudah lama pudar dari wajahku.
"Kau tak rindukan Taehyung?"soal Jungkook.
"Rindu. Tapi, kena move on. Dia mesti marah kalau saya sedih."
Jungkook menarik aku duduk di sebelahnya. Keningnya dijengket bersama riak wajah yang garang.
"Tutup mata kau. Aku ada kejutan. Kau nak bintang kau semula?"
Pertanyaan aneh anak Jeon menjentik rasa ingin tahu yang tinggi. Aku merenung ke dalam anak matanya.
Jungkook kelihatan sungguh tenang. Telapak tangannya ditekapkan di atas kelopak mataku. Dengan serta-merta, keadaan sekeliling bertukar gelap.
"J-jungkook?"
Hembusan nafas Jungkook menukar rona pipiku menjadi merah. Hidung kami dibiarkan berlaga antara satu sama lain.
Nafas hangatnya begitu mirip dengan seseorang.
"Ssh, diam."
Kejap. Ini bukan mimpi kan?
.
[Okey, sambung semula]
Aku hanyut dengan layanan mesra Jeon Jungkook. Aku sedar jemarinya dijauhkan daripada kelopak mataku.
Hasrat ingin melawan tergendala di pertengahan jalan. Kelopak mataku terpejam rapat. Wangian badan lelaki itu mengingatkan aku kepada si dia.
"Ssh, jangan menangis..babygirl. "
Aku rindu Taehyung. Aku terlalu mahukan dia muncul kembali kerana Jungkook mengingatkan aku kepada dirinya.
"Bintang kau dah muncul, sayang. Maaf buat kau tunggu lama."
Bibir aku dipagutnya lembut. Hembusan nafas Jungkook sangat berlainan. Aku kenal rentak ciuman ini.
Hanya Taehyung mampu menundukkan aku dalam sekelip mata.
Gila. Tak mungkinlah tahap rindu aku merosot teruk sampai fikiran aku mula terbayang kemunculan Taehyung.
Dia dah tiada. Taehyung sudah pergi tinggalkan kau, Jae Yoon.
"Babe."bisiknya ketika wajah kami berjauhan agar nafas dapat dicuri seketika.
Kelopak mataku automatik terbuka. Iris mata dingin Taehyung, wajah tampan serta tahi lalat kecil di hidungnya membuatkan aku tergamam.
"Terkejut babe? "
Aku menenyeh kelopak mata. Mataku dikedipkan berulang kali agar realiti di depan mata ini mampu diserap dengan baik ke dalam otak.
Taehyung hidup lagi. Habis tu siapa penderma jantung Jungkook?
"Aku Taehyung. Tak percaya lagi?"
Bibirnya bergerak mengucup dahiku. Kemudian, dia turun pula menghadiahkan kucupan pada hidung dan kedua-dua belah pipiku.
"Jungkook yakinkan aku untuk tidak tinggalkan kau. Doktor Baek sempat peroleh penderma jantung untuk Jungkook pada saat akhir."
Aku letak telapak tanganku sebagai penghadang kepada Taehyung daripada berkelakuan liar.
Agak-agaklah nak romantis pun. Si Jungkook pula satu hal. Kemain lesap susuk tubuhnya menghilangkan diri.
"Maafkan aku. Sengaja aku minta anak Jeon berlakon jadi bapak singa. Nak tengok kau rindu aku ke tidak?"
Aku tak tunggu lama. Bertubi-tubi tumbukan aku hadiahkan khas buat Kim Tahiyung.
Memang hanat betul tahap dia nak prank aku.
"Sayang, Tae minta maaf. Seriously, kecik-kecik macam ni pun ganas. Auch maaflah!"
Taehyung mengerang kesakitan. Aku ubah mode serangan aku. Daripada tumbukan beralih pula kepada cubitan ketam maut.
Kami bergelut hebat. Habis lengan, pipi, otot-otot perut Taehyung dicubit aku dengan perasaan geram yang maha dahsyat.
"T-tae! "
Kekuatan Taehyung mengatasi kudrat perempuanku yang lemah. Tubuhku terbaring kaku di atas katil.
"Aku minta maaf."
Pergelangan tanganku dikunci oleh jemarinya. Pipiku berbahang panas apabila aku sedar kedudukan badan Taehyung di atas badanku.
Ah, sekali lagi. Tolong lenyapkan aku sebentar daripada situasi mengerikan ini wahai pembaca sekalian.
"Aku akan jadi bintang kegemaran kau dan satu-satunya orang yang buatkan jantung kau berdegup macam nak gila."ujar Taehyung bernada romantis.
"Min Jae Yoon?"
Aku membalas pautan jarinya. Pandangan mata kami bertaut lama sehingga wajah Taehyung mula menghapuskan jarak yang memisahkan bibir aku dan dia.
"Y-ya, Kim Taehyung."
Taehyung melemparkan senyuman manis seraya menolak daguku naik ke atas.
"Kau hak milik aku..babe."
Ciuman yang tertangguh dihangatkan lagi dengan sentuhan mendalam bibir Kim Taehyung.
Dia tarik aku ke dalam syurga dunia sehingga aku lupa keberadaan kami masih kekal di atas katil hospital.
Bunyi pintu dikuak kasar dari arah luar. Suara tempikan nyaring anak Jeon bertuah itu bergema lantang di segenap ruang wad peribadi tersebut.
"YA TOHAN, MAKSIAT! ABANG JAIS, TANGKAP DIORANG. KASI KAHWIN TERUS. MENGAUM TAK HABIS HABIS."
Jungkook masuk ke dalam wad bersama tempelan riak wajah nakal. Di sebelahnya, berdiri seorang imam, pegawai Jais serta saksi utama iaitu Dr Baekhyun.
Tubuh Taehyung aku sepak hingga tergolek jatuh ke bawah lantai. Wajahku dibenam kuat di atas bantal gebu itu.
-------
"Kalau begitu, ayuhlah kita nikahkan pasangan ini. Jungkook, saya bawa diorang pergi ya. Terima kasih bosskur."
Taehyung meramas rambutnya. Perasaan geram mendesup naik ke atas kepala.
"Sama-sama Pak Imam. Bawa diorang kahwin cepat tau. Tak sabar Kook nak dapat anak buah. Kalau boleh, satu team bola pun Kook sokong Tae tahu?"
Jungkook menyorokkan diri di sebalik tubuh pegawai JAIS itu. Muka bengis Taehyung menegakkan bulu romanya.
"Oops. Benda boleh kahwin buat apa nak tangguh?"
Dalam situasi cemas itu juga, Jungkook mencuri pandang susuk tubuh seorang jururawat yang bertugas menjaganya sejak seminggu yang lepas.
Wajah merah padam Taehyung dan Jae Yoon mengusik pangkal hatinya. Perasaan cinta terhadap Jae Yoon diganti pula dengan kehadiran jururawat muda itu.
Dia rela undurkan diri daripada mengganggu ketenangan hubungan Taehyung dan Jae Yoon.
Wajah jururawat cantik itu dikerlingnya dari jauh.
"Eomma sha, Kook nak ngorat boleh?"
Jungkook main kenyit-kenyit mata. Nasibnya baik kerana jururawat yang memakai tag nama 'eomma sha' itu memandangnya semula.
Kening jururawat itu terjengket naik ke atas seperti kening The Rock.
"Ceh, benda boleh ngorat buat apa usya usya?"
Terus Jungkook terkedu. Mulutnya menjerit riang tanpa sebarang suara.
Akhirnya, Jungkook boleh singkirkan gelaran poreber alone yang disandangnya sejak berkurun lamanya.
Doanya hanya satu. Moga Taehyung dan Jae Yoon bahagia. Itu pun sudah cukup untuk menggembirakan hatinya.
-tamat-
Nota Penulis:
Terima kasih untuk 40k+ reads dan 15k votes setakat ini.
Readers book ini memang fun dan supportive.
Saya cukup hargai komen korang walaupun masih ada yg saya belum sempat balas.
Saya suka plot twist. Disebabkan itulah, bab akhir ini dirombak semula khas untuk kalian. 💕
Epilog nak ke?
Terima kasih. Saya tamatkan karya 'babe' di sini. 💜
I love you three thousand.
Unedited [√]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top