31

Babe • kth

A/N:
Nak kasi korang taegoda dengan hero kacak 'babe' melalui bab ini. Agak ringkas tapi harap korang suka. 💕

--------

Syukur.

Aku memanjatkan rasa syukur kepada tuhan kerana kewujudan anak Jeon pada malam itu menyelamatkan aku daripada bapak singa.

Aku seram dan gelisah. Tidurku seakan tidak nyenyak gara-gara sesi luahan perasaan dan gerak-geri terlebih madu lelaki itu.

Cukup manis pada padangan mata sehingga meniupkan rasa angau di hati. Hebat penangan anak Kim ini.

"Jae Yoong. Hey."

Aku langsung mengeraskan tubuh badan. Susuk tubuh Jungkook berbaring di atas katil menjadi mangsa tenunganku.

Ah, rasanya lagi baik aku perhatikan jebon ini daripada lelaki terlajak miang di tepiku ini.

"Sayang aku ke tidak? Asyik kena palau je."suara serak basahnya melirih sayu. Dia bijak mengesan kelemahanku. Nada suara merajuk Taehyung memaksa kepala aku untuk menghadap wajahnya kembali.

"Jangan pusingkan badan. Aku..aku tak senang hati kalau tak tatap wajah Jae Yoong aku ni."ucapnya seraya mengelus juntaian anak rambutku.

Iris mata perang Kim Taehyung menikam tepat ke wajahku. Sekejap senyum. Sekejap dia ketawa.

Kau dah mabuk sangat ke taetan?

"Kenapa pandang saya macam orang tak siuman? T-taehyung, tidurlah. Nanti Kook bangun, kantoi kita."

Amaran aku dibalas dengan jelingan manja lelaki itu. Lengan Taehyung menarik tubuh aku rapat kepadanya.

Spontan kepalaku terbenam di dada bidangnya. Alahai, waktu pagi buta juga anak Kim nak bersweet bagai.

"Aku sayang kau."

Luahan perasaannya didatangkan sekali dengan pakej pelukan erat dan kejap seperti beruang koala.

Pada masa yang sama, aku mencuri pandang keberadaan anak Jeon dari hujung mata. Weh janganlah tetiba Jungkook bangun. Boleh pengsan dia dibuatnya.

"Aku cinta kau, Jae Yoong."

Taehyung menambat hati aku lagi dan  lagi menerusi kata-kata berbaur kasih. Kehangatan tubuhnya menenangkan seluruh pelusuk hati.

"Jungkook tu kalau boleh tidur, memang tak ingat dunia. Ada masa untuk kita berdua cuddle dan lepaskan rindu kan? Abaikan dia. Fokus untuk aku seorang sampai subuh esok?"

Aku berdehem perlahan. Ubun-ubunku dikucup lama sebelum kelopak mataku mulai tertutup.

Taehyung tahu kehendakku. Pelukan di tubuhku tidak dilepaskan walaupun untuk sesaat.

Tuhan, mohon kuatkan diriku ini. Dalam masa terdekat, aku ingin dedahkan identiti sebenarku.

Aku harap tae suka. Dia tak akan marahkan aku. Hopefully.

-------

Jungkook menyuakan mug berisi air coklat panas kepada Taehyung. Usai pemergian rakan-rakannya dari rumah agam tersebut, Taehyung orang terakhir yang masih berada di dalam rumahnya.

Senakal manapun lelaki itu,  Jungkook tetap mengambil berat terhadap kebajikan rakan baiknya, Taehyung.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan bapak singa. Jungkook menepis andaian-andaian negatif. Punggungnya dilabuhkan di atas tempat duduk berhadapan Taehyung.

"Kau ada apa-apa nak kongsi ke, Taehyung. Aku tengok kau dah lain. Erm sorrylah bro. Aku tak berniat nak menyibuk hal kau. Tanya je weh."

Taehyung tersentak daripada lamunan yang panjang tika suara Jungkook menyoal soalan kepadanya.

Dia menghela nafas sedalam-dalamnya. Air coklat itu langsung tidak tersentuh gara-gara ralit melayan perasaan.

"Jungkook, aku tak sure sama ada kau sudi dengar luahan ringkas aku ni. Aku buntu. Aku juga gembira. Kau faham tak perasaan gila ni?"

Jungkook membetulkan kedudukannya di atas kerusi. Riak wajah Taehyung dipantaunya rapi.

Melalui tutur kata bapak singa. Jungkook dapat meneka emosi lelaki itu berada pada tahap goyah dan tidak stabil.

"Aku bersedia bro. Aku dengar je apa yang kau nak luah."

Taehyung menggenggan telapak tangan sendiri yang berpeluh sakan. Rentak jantungnya berdegup laju apabila fikirannya memutarkan kembali imej comel wajah Jae Yoong.

"Belum pernah aku rasa bahagia seperti sekarang. Aku tahu aku terseksa. Aku tetap teruskan s-sebab hati aku dah cukup tertarik dekat dia."Taehyung meraup wajah.

Matanya berair. Senyuman kecil setia tersungging di bibir walaupun dirinya berasa tertekan.

"Boleh kau bagi hint kau suka siapa? Aku janji aku pegang rahsia kau. Weh Taehyung,  teruk dah kau ni. Aku tak rasa kau okay."giliran Jungkook menjadi risau.

Tubuh Taehyung menggigil akibat terlalu lama memendam rasa. Anak mata redupnya memandang wajah Jungkook bersama perasaan buntu.

"Kau pasang telinga. Janji dengan aku jangan lari. Jangan tayang muka jungshook kau. Promise? "Taehyung mengugut sahabat baiknya.

Jungkook membuat tanda 'okay'. Bibirnya didekatkan ke permukaan mug. Hirupannya perlahan, hatinya dipalu perasaan ingin tahu yang tinggi.

Ah makwe mana pula berjaya curi hati abang tae singa aum aum ini?

"Aku suka Min Jae Yoong. Aku rasa dia..comel sangat. Aku suka."suara Taehyung tampak meleret-leret. Dia terpaksa menebalkan muka agar bebanan perasaannya boleh dikurangkan sedikit.

Air coklat panas nampaknya gagal ditelan dengan baik. Reaksi wajah lelaki itu bertukar jungshook disebabkan luahan perasaan luar biasa Kim Taehyung.

Fuh, tersembur habis air itu. Mujur ianya tidak terkena wajah bapak singa. Nanti tambah pula satu masalah baru.

"K-kau biar betul. Jae Yoong lelaki beb. Otak kau kena sental dengan kloroks agaknya ni. Dia LELAKI. Kau sedar ke tidak wahai Taehyung?!"

Taehyung tersenyum kelat. Pandangan matanya diubah ke arah lain.

Kuasa cinta terlalu kuat. Sukar untuk dia nafikan perasaan terlarang itu.

"Aku tetap suka dia. Tak lebih tak kurang sedikitpun. Aku nak move on, tapi aku sedar diri sendiri lemah. Aku terlajak cintakan dia. Kawan kau seorang ni dah rosak.. Jungkook. A-aku pergi dulu."

Jungkook duduk terdiam di kerusi. Pemergian Taehyung dihantar sepi.

Dia terkejut. Walau bagaimanapun, fikirannya mencadangkan idea bernas.

"Jae Yoong. Ada something yang aneh tentang budak ni. Aku kena siasat. Aku musykil dengan Tae. Bukan semudah ini dia nak jatuh cinta bagai nak rak dengan seorang lelaki. Kau tunggu,  Yoong. Kau tunggu detektif jeon buat kerja."

Iris mata Jungkook merenung skrin telefon pintar. Nombor seseorang didail pantas. Kalau boleh latar belakang Jae Yoong akan diselidik olehnya sehingga ke lubang cacing.

-tbc-

A/N:

Update awal. Sebab malam ini maybe ada satu update lagi. ❤

Please no silent readers ayy. Eomma nak juga tengok komen reader terchenta. Hehehe

Btw, teaser sebelum ni akan muncul dalam jangkaan dua atau tiga bab lagi. ;)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top