23
Babe • kth
A/N:
Maaf jika saya lambat update.Saya baru habis tempoh hiatus. Hehe
--------
Selepas peristiwa gelap berlaku antara dia dan Min Jae Yoong, Taehyung jarang menghabiskan masa di biliknya sendiri.
Hatinya cukup gundah. Malah, dia dihimpit perasaan gelisah apabila sepasang mata miliknya kerap kali mencuri pandang wajah comel Jae Yoon.
"Haish, dia datang lagi. Aku nak kena blah cepat lah. Semak otak aku fikirkan benda mengarut ni."rungut Taehyung sambil membetulkan kedudukan tali beg sandang yang tersangkut kemas di bahunya.
"Taehyung. T-taehyung, tunggu aku. Aku nak cakap sikit dengan kau!"laungan kuat namanya bergema di ruang koridor tingkat bawah bangunan asrama Bangtaneul.
Derapan tapak kaki Kim Taehyung bertambah laju ketika dia mulai sedar perjalanannya ke dewan kuliah diekori Min Jae Yoon dari arah belakang.
Bibirnya mengomel tidak puas hati. Telapak tangan digosok ke atas permukaan dada yang berdegup kencang.
Macam tahu-tahu aje dirinya dijangkiti wabak angau terhadap Jae Yoong, rakan sebiliknya itu tetap gigih membuntuti langkah kaki bapak singa.
"Berambuslah Jae Yoong. Aku takde mood nak beramah mesra dengan kau."tutur katanya sedingin ketulan ais. Taehyung melangkah pantas tanpa mempedulikan gelagat Jae Yoon.
Malang tidak berbau, sebuah kereta meluncur laju sayang dari arah kiri Taehyung.
Anak mata bundar Jae Yoon mengesan pergerakan kereta tersebut. Dia tidak berfikir panjang. Keputusan dibuat pada masa yang singkat membawa kepada satu kejadian tak diingini.
"T-taehyung, kereta laju ni!"jeritan Jae Yoon menyebabkan kepala Taehyung berpusing menghadap ke arah pemilik suara itu.
Bunyi tayar kereta bergesel dengan jalan tar meragut keheningan pagi itu. Sedikit lagi kereta itu makin mendekat, lengan kekar lelaki itu menarik bahu Jae Yoon supaya mereka dapat mengelak daripada kereta tersebut.
Bbuk.
Jae Yoon menjangkakan tubuhnya akan mendarat kuat di atas permukaan jalan tar itu. Namun, tubuhnya baik-baik sahaja. Impak hentaman tersebut diambil alih oleh rakan sebiliknya, Kim Taehyung.
Rentak jantung berubah liar. Suara garau Taehyung mengadu kesakitan membuatkan Jae Yoon cuak serta-merta.
Jangan bilang Taehyung cedera gara-gara ingin selamatkan dirinya?
"B-boleh tak kau jangan gedik sangat ikut aku? Kalau kereta langgar kau tadi, masuk hospital pula. Berhenti menyusahkan orang. Faham?!"
Suara jerkahan si bapak singa nyaris mengeluarkan titis air mata dari tubir matanya. Jae Yoon segera bangun. Lengan lelaki itu ditolak lembut bersama reaksi wajah yang cuba dimaniskan.
"M-maaf. Aku tak bermaksud nak susahkan kau Tae. Aku gerak dululah. Terima kasih sudi selamatkan aku."suara Jae Yoon berbunyi sayu.
Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia melarikan diri agar hatinya dapat terubat kerana diherdik kasar oleh lelaki itu. Tindakannya terbantut apabila iris matanya mengesan kesan luka yang terbentuk di siku lelaki itu.
Niat untuk merajuk terhapus jua. Jari-jemari runcingnya mengangkat lengan Taehyung dengan penuh berhati-hati.
"Asal kau tenung aku budak manja? Aku nak kau blah sekarang. Pepandailah aku nak cuci luka ni nanti."
Jae Yoon menggelengkan kepala. Bertemankan kudrat yang kasih tersisa, dia raih lengan lelaki itu. Lalu, dipapahnya tubuh Taehyung tanpa sebarang celoteh kata-kata di bibir.
"Terserahlah jika kau nak mengamuk sekalipun. Aku.. S-saya nak cuci dan rawat luka awak. Duduk diam Taehyung-sshi."jalinan ayat-ayat berbaur tegas ini mematikan pergerakan lidah Taehyung.
Lengannya setia memaut leher rakan sebiliknya itu. Kelopak matanya terpejam rapat untuk beberapa saat.
Keluhan nafas gusar memberi gambaran Taehyung masih tersekat di bawah fantasi rasa sukanya terhadap Min Jae Yoong.
-tbc-
A/N:
Hope you guys like this chapter.Hehehe 🍂♥
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top