➽6
day 5
author's pov
"anak pakcik kim! ooo anak pakcik kim!" suara lantang garau dan merdunya menghiasi suasana di pagi hari.
"kook, dah la tu. dah masuk kali ke-5 dah kau jerit macam ni." hoseok mengeluh perlahan.
"rasanya masih tidur lena mimpi indah lagi kot kat atas tu." tebak jimin dengan tekaannya yang kurang jelas.
"aish, dia yang ajak last last dia yang lambat. apa ke jadah mamat ni. kau tunggu bila dia keluar, memang aku korek tahi lalat dia."
"HAHAHA, sabar la sikit yoongi hyung. nanti dia keluar la tu. aku cuba chat dia k?" namjoon tertawa kecil lalu membuka telefon pintarnya. dia menaip mesej lalu menghantarnya kepada taehyung.
"dah 15 minit kita kat sini. belum jogging dah berpeluh teruk. matahari pun dah nak naik ni." hoseok mengeluh sekali lagi. matanya masih elok menilik jam di tangannya.
"apa kata kita redah masuk dalam rumah dia---"
"eh kau gila ke hyung?!" jungkook acah menutup mulut. cadangan jin yang masih tergantung sepi dipotongnya pantas.
"ala biar la. lagipun parents dia kan kat oversea." ujar jimin dalam nada memujuk.
"tapi---"
"ah takde takde. jom masuk." yoongi terus menolak pintu pagar dengan kasar.
"pabo taehyung. pagar pun tak kunci." yoongi mencarut kecil. kemudian dia berjalan menuju ke pintu utama rumah taehyung. yang lain hanya setia mengikut jejak langkah yoongi.
"ha macam mana nak masuk? sia sia je kita--- wow ok hyung buka je." mata jungkook sedikit bersinar setelah melihat jimin memegang kunci rumah.
"nasib baik aku tahu dia simpan kat mana." jimin tertawa bangga. kunci tadi dimasukkan ke dalam lubang pintu. perlahan lahan pintu terbuka.
"tch, bukan dapat award pun." yoongi mencelah. kemudian, terlebih dahulu dia berlari ke atas iaitu tempat di mana bilik taehyung berada.
"HYUNG TUNGGU LA!"
❁❁❁❁❁
matanya dipisat pisat beberapa kali. dalam keadaan yang mamai, dia berlari anak mengikuti rakannya yang lain.
"taehyung ssi! cepat la! matahari dah nak tegak dah ni!" jerit jimin dari hadapan.
"sabar la!" taehyung melajukan lariannya. matanya yang kuyu cuba diluaskan.
taehyung semakin melajukan lariannya sebaik sahaja yang lain telah memecut laju ke hadapan.
"laju cam pelesit yal." taehyung mengeluh seketika. lariannya semakin dilajukan.
tetapi larian taehyung semakin perlahan setelah melihat keenam enam rakannya berhenti berlari dan masuk ke dalam convenient store.
duh serius lah lepas lari terus makan?! apa guna aku lari siot kalau lepasni terus makan?!?!
"elok ah tu. boleh juga aku minum. menyesal pulak tak bawa air tadi. tch." taehyung membawa diri ke dalam kedai tadi.
--
taehyung's pov
"sorry ah tae. tempat duduk ada enam je. kau pepandai la eh berdiri sensorang." jin menunjukkan barisan giginya yang putih seperti hati kim taehyung-- k k tak.
"tak kisah." aku menjelingnya sekilas. pendingin hawa yang kian menyapa mukaku aku biarkan.
aku tersenyum kecil. sekurang kurangnya ada lah juga rasa sejuk sikit berbanding tadi.
mi segera dan banana uyu aku ambil dari tempatnya kemudian aku bayar ke kaunter.
dan seperti biasa, beratur menunggu giliran untuk membayar.
tch. sucks as always.
tapi tak pe lah. mood aku elok sikit harini.
aku memandang perempuan yang berbadan kecil di hadapanku. sebelah bahunya sedikit terhinjut dek kerana memegang terlalu banyak barang.
keningku terjungkit sedikit.
gelabah gila budak ni.
kepala hoodie yang hampir saja jatuh dielokkan semula.
yang aku terus teringat kat hwayoung ni dah kenapa?
kau dah gila tae HAHAHA.
"hwayoung! cepat sikit!"
hwayoung?
aku memandang gerangan nya menjerit tadi. seorang wanita sedikit berumur sedang bercekak pinggang. barangkali menunggu perempuan kat depan aku ni.
hwayoung lain kot.
"ye ye sabar jap!" perempuan yang digelar "hwayoung" tadi menjawab dengan kuat tetapi tetap dalam nada yang sopan.
eh--
hwayoung?
"hwa--"
"terima kasih!" ujarnya sebaik sahaja cashier tadi menghulurkan barangannya. kemudian dia berlari anak menuju ke arah wanita tua tadi.
"uhm, esok kan ada?" gumamku sendiri. mi segera dan banana uyu tadi aku letakkan di atas kaunter. poketku seluar aku seluk lalu mengeluarkan sekeping not.
tapi tadi,
first time pulak dia tak pakai spek.
dah tak rabun ke apa?
siap pakai hoodie pulak tu. sangkakan budak hwayoung tu underrated pftt.
tapi,
comel apa dia--
EH TAK BOLEH BOLEH. JUAL MAHAL SIKIT TAE. INGAT NI DARE JE. TAK LEBIH TAK KURANG.
"encik?" dia memetik jarinya beberapa kali di hadapanku.
"ah ya?" soalku dalam keadaan blur. kepalaku aku geleng perlahan agar khayalan ku tadi hilang.
aish boleh pulak time macam ni fikir pasal budak tak guna tu.
"encik tak nak ambil barang encik ke?" tangannya masih setia memegang seplastik kecil baranganku. bibirnya diketap menahan tawa.
entah apa yang lawak pun tak tahu la.
muka budak cashier ni memang sesuai kena gilis lori weh. serius tak tipu. tiba tiba ketawa cam lahnet.
"a—aku tahulah!" plastik tadi aku rampas dengan kasar. kedengaran cashier tadi sedikit mengaduh.
puik, perlahan je kot aku tarik. tu pun terus sakit? macam betina.
haktuih.
"tae? nak pergi mana tu?" langkahku kian terhenti.
"balik. kbye." aku jawab sependek yang mungkin. pintu tolak aku tolak. ceit ye la takkan kau tarik pulak cipan wkwkwk k tak lawak.
banana uyu yang berada di plastik tadi aku ambil kemudian aku buka. dan akhirnya banana uyu tadi selamat mendarat ke dalam perut kim taehyung yang gojes lagikan lawa.
min hwayoung, kau dah santau aku ke? baru 4 hari dare ni berlangsung, aku asyik fikirkan kau.
haih.
kim taehyung, 27 days left.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top