➽5
taehyung's pov
hwayoung yang berada di sebelah ku aku perhati. dia hanya mendiamkan diri sejak tadi.
sebenarnya, boleh tahan comel juga budak ni walaupun masih mentah. nerd tapi comel. eeeh?
tak tak. kau kena ingat misi kau. buat dia jatuh hati pada kau dan bukannya kau yang jatuh hati pada dia!
tapi,
ah! tak. dia tak comel. ingat taehyung! dia seorang junior yang noob dan nerd.
misi kau hanya tipu dia. tepat 1 april iaitu pada hari april fool, kau kena confess dengan penuh penipuan dan ceritakan bahawa kau laksanakan dare yang disuruh oleh jungkook.
kalau dia betul betul jatuh cinta macam mana?
ataupun lagi teruk lagi, macam mana kalau dia langsung tak jatuh cinta?
ah. kau hensem taehyung. percaya lah. kau mesti dapat tawan hati dia walaupun hanya sekadar berpura pura.
"t-terima kasih." ucapnya sambil tertunduk 90°.
aku memandang sekeliling kawasan. terlalu sibuk memikirkan hal tentang dare sampaikan tak sedar yang kami telah sampai di hadapan rumahnya.
hwayoung masih menunduk. terlalu tegak. aku syak budak nerd ni pernah ikut kawad kat kem askar.
kaca mata miliknya yang mirip mirip harry potter diperbetulkan apabila telah terleret ke bawah.
hm comel eh tak maksud aku spek dia.
"tak payah nak terima kasih sangat lah, dah memang tugas aku untuk lindungi kau. lagi lagi waktu macam ni. dah lah kawasan perumahan kau sunyi semacam je. nasib ada taeanpanman." pujiku pada diri sendiri. sengaja aku biarkan ayatku sedikit berbunga agar dia tersenyum.
tetapi sangkaanku terhapus. dia tidak tersenyum malahan menunduk. malu barangkali.
dia menepuk pipinya beberapa kali. kemudian dia yang tadinya menunduk memandang aku.
ye lah, aku mengaku yang dia ni comel.
tapi spek dia tu lah. asal tak ganti je dengan lens? haih.
budak ni tak tahu fashion terkini ke apa? bertimbun minah kat sekolah ikut trend tapi dia?
pakaian pun boleh lah diterima. tak nerd sangat. nasib baik tak pakai pakaian zaman retro.
kalau tak, dah lama gamaknya aku serang budak hwayoung ni.
"s-saya masuk dulu." tergagap gagap dia bersuara. dah apahal? tergugat iman ke nampak taehyung yang hensem ni? kot kot bergegar satu badan dia nampak aku.
lemah semangat.
belum sempat dia melangkah masuk, lengannya aku tahan. dengan serta merta langkahnya terhenti.
boleh dikatakan kulitnya mirip mirip yoongi hyung disebabkan kulitnya yang sedikit putih pucat.
tetapi tidak kalah yoongi hyung. yoongi hyung dah boleh dilabel albino rasanya.
dia memandang aku dengan mata yang terkebil kebil. terkejut? ye kot.
"esok kau sekolah kan?"
dia memandang aku pelik. dia mengangguk perlahan.
"esok kita balik sama sama macam ni okay? tak pun, selama lamanya!" kataku sedikit teruja.
selama lamanya?
oh kim taehyung, mengapa selama lamanya?!
tak apa lah, janji tak perlu dicapati.
hiks. jahat nya kau taehyung.
tak apa, sebulan je. lepas tu, enjoy lah dengan pengakhiran dare bengong hasil idea jungkokonat.
"err-" lidahnya menjadi kelu. tidak mengangguk mahupun menggeleng. mati kata rasanya.
"kenapa? tak boleh ke? kau tak nak ke? atau kau dah ada orang lain?" soalku sedikit sayu dan sedih.
"eh bukan macam tu, saya cuma-"
"cuma apa? tak selesa?" tebak ku. perlahan lahan dia mengangguk.
"aku takkan apa apa kan kau lah. kau tak percaya ke?" lengannya aku lepaskan.
"b-bukan, saya cuma tak nak orang cakap buruk pasal sunbae dan saya. nanti dorang fikir yang bukan bukan." hwayoung menunduk. ayatnya kedengaran sedikit serius.
"nanti aku cakap je la kita ada hubungan, jadi dorang takkan fikir bukan bukan. okay?" bahunya aku tepuk perlahan. alasan lain cuba dicari.
"k-kenapa pula?" dia memandang aku, sekali lagi. dia menelan liur kesat.
"supaya orang lain tak fikir buruk pasal kita. dah. jangan difikirkan sangat okay sayang? bye." aku melambai kecil. perkataan sayang aku hadiahkan. senyuman turut diukir kepadanya.
mata hwayoung sedikit membuntang apabila mendengar perkataan sayang yang keluar dari mulutku.
"tak nak ucap selamat tinggal ke?!" jeritku tetapi tidak terlalu kuat. takut menganggu orang lain.
langkah hwayoung terhenti untuk ke sekian kalinya.
"cepatlah. kalau kau tak cakap bye kat aku, selagi tu lah aku takkan balik." aku mengembungkan pipiku acah comel walaupun dia tidak memandangku. suaraku aku comelkan.
mana lah tahu dia terpikat? ceh.
"tak nak ke? tak nak sudah. aku tak balik ni-"
"b-bye!" dia sempat memusingkan badannya sekilas dengan sebuah lambaian yang diberikan kepadaku. dengan langkah yang pantas dia masuk ke dalam rumahnya.
comel. HAHAHA.
eh- tak!
━━━━━✿━━━━━
day 4
taehyung setia menunggu di kantin. berpuluh puluh pelajar sedang beratur dan berebut untuk membeli makanan. ceit. tak matang sungguh!
taehyung membawa sushi yang sempat dibeli olehnya awal pagi. itu pun dia pergi kedai 24 jam dan belinya tepat sebelum ke sekolah.
memandangkan cafe di sekolah tidak menjual sushi, taehyung membelinya ditempat lain.
dia sanggup membeli makanan demi memikat hati perempuan yang menjadi patungnya.
dia sanggup membuat semua ini agar perempuan yang menjadi sasaran jatuh hati padanya.
dia sanggup melakukan segalanya.
hanya disebabkan dare.
jam tangannya ditilik sekilas. 15 minit berlalu, dan kelibat hwayoung masih belum muncul di hadapannya.
takkanlah tak hadir?
taehyung mengeluh kemudian berdecit kecil.
terbit rasa menyesal dalam diri. sia sia je dia beli sushi untuk hwayoung tapi akhirnya dia langsung tak datang.
sushi yang diletakkan di dalam bekas plastik hampir saja dibuang olehnya. tetapi niatnya terbantut apabila hwayoung telahpun keluar dari kelas dan menuju ke kantin.
seperti biasa, hwayoung bersendirian. bekas yang dipegangnya ataupun bekal hariannya dibawa.
senyuman taehyung mulai terukir. akhirnya dia datang!
"hwayoung!" taehyung menjerit memanggil nama empunya. hwayoung sedikit terkejut kerana taehyung menjerit sedikit kuat.
semua mata mulai memandangnya.
langkah hwayoung terhenti.
tak boleh jadi ni!
perlahan lahan hwayoung mengundur setapak. dia memandang taehyung yang semakin pudar senyumannya.
hwayoung menghela nafas berat kemudian berlalu pergi. barangkali rehat di tempat lain.
berkerut sedikit dahi taehyung. sebekas sushi yang berada di atas meja diambilnya. kemudian dia mengikuti hwayoung dari belakang.
--
"hai!" sapa nya mesra. senyuman petaknya ditayangkan.
siapa lagi kalau bukan taehyung?
perempuan yang tengah ralit memakan bekalnya mengeluh. sapaan taehyung tidak diendahkan.
tanpa sebarang keizinan, taehyung duduk tepat di hadapan hwayoung.
"bawa roti je ke hari ni? kenyang ke makan roti je?" dua soalan yang hampir sama diajukan kepada hwayoung.
seperti biasa, hwayoung tidak menjawab.
memang betullah kata jungkook. nerd tapi sombong nak mati. cis!
"aku ada bawakan kau sushi. nah." bekas yang memenuhi beberapa sushi ditolak kepada hwayoung.
hwayoung sedikit teruja.
"kau tak suka sushi ke? aku bawa untuk kau ni." taehyung mencebikkan bibir. muka comel tidak lupa ditayangkan.
"suka." hwayoung menjawab sepatah sambil mengangguk. senyuman nipis dihadiahkan untuk taehyung.
"sunbae.."
"ya sayang?"
hampir hampir saja hwayoung tersedak roti sandwich yang dikunyahnya sebentar tadi.
riak wajah tenang dipaparkan agar taehyung tidak syak yang dia tengah menahan diri dari fangirling.
"terima kasih." senyuman masih lagi diukirkan.
"anything for my babe." hidung hwayoung dicuit secara mengejut. kemudian taehyung tertawa. dengan langkah yang pantas bak pelesit, dia melarikan diri.
sayang?
babe?
dan ya, hwayoung menjerit sepuas hati.
tetapi dalam hati.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top