➽4
day 3
author's pov
"so, macam mana hyung? okay tak?" jungkook yang berada di sebelah taehyung menyoalnya satu persatu.
"em, baru permulaan kan? okay lah juga." taehyung menghela nafas.
"hyung tak nak ke? kalau tak nak tak apa, aku tak paksa pun."
"tak apa lah, setakat dare je kot. aku yang tackle dia, bukan dia tackle aku. setakat junior macam tu senang je lah." taehyung tertawa kekok.
manakala jungkook yang tidak tahu apa apa hanya ikut tertawa.
"good luck, hyung!"
"seribu kali dah kau cakap benda yang sama, kook." taehyung menjegilkan mata. jungkook tersengih.
--
tteokbokki disuakan ke dalam mulut. perlahan lahan tteokbokki tadi dikunyah agar dapat dicerna.
seperti biasa, hwayoung akan rehat sendiri. kalau berteman pun biasanya dengan eunjung. itu pun kalau eunjung tiada hal yang nak diselesaikan memandangkan dia merupakan seorang yang berjawatan tinggi.
hwayoung memandang sekelilingnya. perlahan lahan kunyahannya terhenti. matanya ligat memandang orang lain yang tertawa riang bersama rakan mereka.
manakala hwayoung dapat memendam perasaan berseorangan.
"memang tak ada ke yang sudi berkawan dengan aku?" ujarnya perlahan. tteokbokki tadi dipandang kosong.
"ada."
bahu hwayoung sedikit terhinjut. dia memandang gerangan tersebut. senyumannya perlahan lahan terukir.
taehyung sunbae.
dia pun tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni taehyung kerap berjumpa dan bercakap dengan dia berbanding dahulu.
mungkin ada sebab yang tersirat?
hwayoung menggeleng kecil.
tak mungkinlah taehyung macam tu!
"aku nak tteokbokki kau sikit, boleh?" taehyung tersenyum petak. kedudukannya diubah agar duduk tepat di sebelah hwayoung.
dup dap dup dap.
jantung hwayoung berdetak lebih laju dari sebelumnya. tidak pernah dia sedekat ini dengan crush sendiri.
"aku tanya ni, boleh ke tak?" taehyung masih lagi tersenyum.
"b-boleh." sebekas tteokbokki miliknya ditolak sedikit ke arah taehyung.
"terima kasih! nyum nyum~" taehyung terus menyuakan tteokbokki tersebut ke dalam mulutnya.
"wah, sedapnya!" puji taehyung. hwayoung menunduk. pipinya mula membahang.
"kau ke yang buat?"
perlahan lahan hwayoung mengangguk seperti burung belatuk.
"oh, sedap. manis lagi tu. macam kau." sengihan taehyung dapat ditangkap oleh hwayoung.
mahu sahaja hwayoung pengsan di situ sebaik sahaja dipuji oleh taehyung.
hwayoung mendiamkan diri. kaku dengan pujian yang diselitkan oleh taehyung sebentar tadi.
"aku pergi dulu! terima kasih! sedap sangat! bye~" taehyung melambai kecil ke arah hwayoung. perlahan lahan taehyung hilang dari pandangannya.
jantung hwayoung masih berdetak laju.
kenapa kau kejam sangat, taehyung?
kau suka buat hati aku tak keruan.
hwayoung menghela nafas perlahan. tanpa dia sedar, sebuah senyuman kecil terukir di bibirnya. bekas yang tadinya dipenuhi tteokbokki telah habis dikerjakan oleh taehyung.
sedap sangat ke?
hwayoung mencapai penutup bekasnya kemudian dia berjalan menuju ke kelas dengan sengihan kecil.
━━━━━✿━━━━━
"apak ah! tadi aku nampak kau dengan taehyung sunbae. betul ke?" kerusi kayu miliknya ditendang perlahan dari belakang.
hwayoung mengeluh kecil. perlahan lahan dia memandang figura itu.
"aah, kenapa?"
"eleh, suka lah tu~" sakatnya sambil tersenyum mereng.
"ish, mana ada lah!" protes hwayoung walaupun ianya merupakan sebuah penipuan. muka ketat ditayangkan.
"takkan hati kau tak dup dap dup dap bila nampak dia? dah lah hensem. kalau aku kat tempat kau, dah lama tau aku peluk dia! eee geram je aku nampak pipi montel dia tu." dia menghentakkan kakinya tanda geram. pipi rakannya yang berada di sebelahnya menjadi mangsa cubitan.
geram sangat gamaknya.
"asal pipi aku pulak yang kau cubit! sakitlah!" perempuan tersebut merengus geram. sebuah tumbukan kecil dikenakan ke arah bahu kawannya.
"sakitlah!"
"tak sesakit pipi aku, pabo." perkataan pabo ditekankan.
"oh sebelum tu, kau ada nampak eunjung tak? sehari suntuk ni aku tak nampak dia lah." hwayoung cuba meleraikan pergaduhan dua minah sewel yang berada di hadapannya. soalannya cukup untuk menukar topik.
"oh park eunjung eh?"
"ye la, habis tu takkan min eunjung? kan satu je nama eunjung kat sekolah ni." jawab hwayoung sedikit sarkastik.
perempuan yang berada di hadapannya tersengih.
"tak ada lah pulak. kenapa?"
"hm tak ada lah. biasanya dia jumpa aku walaupun sekejap."
"dia merajuk lah tu." alasan lain dikorek.
"merajuk apa bendanya? setakat ni, tak pernah pernah dia merajuk. kalau dia merajuk pun, dia akan bagitahu." kaca mata bulat milik hwayoung yang terleret di hidungnya diperbetulkan semula.
"tak hadir kot."
"ah, ye tak ye juga kan?"
"ni lee minra lah. peramal masa hadapan." katanya dengan muka yang kerek.
"dalam mimpi." hwayoung menjelingnya sekilas. barangkali terlalu menyampah.
tetapi serapat rapat hwayoung dengan minra, dia lebih rapat dengan eunjung. semua ni disebabkan minra yang dulunya pernah membuli hwayoung.
nerd lah katakan.
tetapi sekarang, minra telah berubah disebabkan kesalahan disiplinnya naik mendadak dan disebabkan perkara tersebut ibu bapanya terpaksa dipanggil.
perlahan lahan minra berubah dan sejak itu lah juga dia mulai merapati hwayoung.
.
.
.
.
.
hwayoung's pov
plastik yang berbentuk segi tiga aku buka kemudian aku buang. kimbap yang aku beli di kantin tadi akhirnya menjadi santapan.
my mama don't like you and she likes everyone,
and i never like to admit that i was wrong,
and i've been so caught up in my job, didn't see what's goin' on and now i know,
i'm better sleepin' on my own,
cause if you like, the way, you look that much,
oh baby you should go and-
"love yourself." suara garau mulai menyapa di telinga sekali gus menyambung nyanyianku.
"eh mak kau eh!" aku memegang dadaku disebabkan terkena kejutan budaya.
aku memandang gerangan tersebut.
"comel je kau melatah." dia tertawa kecil. senyuman petaknya tetap kelihatan.
aku menunduk malu.
langkah makin aku lajukan ke hadapan. tetapi dia tetap mengekoriku.
dah lah tepat kat tepi aduh.
"sedap suara kau. aku suka."
zzap!
jantung aku mulai tak tentu arah. nak terkeluar je rasanya. macam roh kena tarik pun ada.
aku suka?
dia suka suara aku?
taehyung suka suara aku?
aku bermimpi ke?!
xhskdjs ah!
"k-kenapa sunbae kat sini?" soalku sambil berjalan.
"nak balik lah. takkan nak pergi sekolah pula?" jawabnya sambil tersenyum. walaupun hambar tetapi aku mengetap bibir.
ingin tertawa saja rasanya.
ianya memang fakta kalau crush buat lawak hambar, semestinya kau akan tertawa.
berbeza dengan member sendiri.
"o-okay.."
"aku hantar kau balik k?"
"eh tak-"
"kita sehaluan jalan kot. tu pun tak nak ke?" soalnya sedikit sayu.
"okay." jawabku sepatah. kedengaran taehyung bersorak kecil. kegembiraan yang tak dapat dia ungkapkan.
kalau dia gembira, apatah lagi aku kat sini.
crush pelawa, takkan nak tolak?
gila ke?
taehyung, anda suka buat hati saya nak tercabut! tahniah!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top