➽30

day 29

hwayoung's pov

angin yang menyapa pada wajah hanya aku biarkan. kaki yang pendek hanya dihayunkan memandangkan jaraknya dan lantai tidak bertemu.

kan comel tu HAHAHA staph it.

ayat ayat jungkook yang memilukan aku hanya aku fikirkan sejak semalam. tapi kalau betullah taehyung sunbae sanggup buat macam tu, kenapa dia tak terus terang je?

tak ke perbuatan tu menampakkan dia sedikit tidak waras kat situ?

ah. tu dia, bukan aku.

dahlah, aku malas nak fikir. buat otak aku sakit je. cis! baik dating ngan abe faizroslan.

tiberr! dia dah tak femes.

"hoi!" sebuah pekikan yang diberikan dari belakang cukup membuatkan aku tercekik.

tercekik udara gais.

"janganlah jerit! sapa elok elok boleh tak?" bibir dimuncungkan ke hadapan.

"ey. asyik berangan je kan kerja. kalau tak tidur, berangan. kalau tak berangan, tidur. apa nak jadi—"

"eee takyah la bebel. sakit telinga la. aku nak rehat kejap. penat." perkataan haemin aku potong dengan pantas. satu keluhan aku lepaskan.

haemin memandang aku sambil bercekak pinggang. masih berdiri statik di situ. apron bercorak bunga masih lagi tersarung elok pada dirinya.

disebabkan hari ni cuti, aku kerja. maklumlah, sis rajin. tak macam korang.

hashtag hwayoung perasan namampos!

"banyak alasan. kau baru je kot letak beg dalam almari tadi. pastu gi toilet jap. tak sampai 10 minit woi kau dalam tu, terus keluar. amik angin kepala hotak kau." biji matanya digulingkan ke atas. sah menyampah gilo.

"haih, kau tak faham—"

"memang ah aku takkan faham sebab kau taknak cerita. kopikir aku ni boleh baca fikiran kau ke?"

amboi. haemin ni bagi revenge ke apa. sukati je potong ayat aku.

"apa masalah dia tu? cer cite cer cite." sambung haemin sambil berjalan ke arah aku. tangannya digayakan seolah olah usop wheelchair.

"haih, macam ni—"

"tepi ah sikit. takkan aku nak berdiri macam tiang lampu kat situ." tanpa rasa bersalah, haemin terus melabuhkan punggung di tepi aku.

sebuah nafas panjang aku lepaskan. berfikir dua tiga kali jugak lah nak cerita ke haemin ni.

dahlah jenis mulut bising. pastu kalut. alamek.

"fikir mende tu? cakap la cepat—"

"EYYY KO NI SABAR AH." lengan baju aku sinsing hingga ke siku. haemin sudahpun tertawa kecil.

pikir comel ke anattt ;(

"macam ni, kau still ingat tak mamat yang kau cakap hensem haritu?" aku mula membuka bicara.

"mamat mana satu ni?"

"ala, yang hensem tu. kau cakap eh bukan aku." walaupun aku yang menerangkan, tapi dahi aku sendiri yang berkerut. dasar haemin takguna.

"ewah. kau cakap macam dia sorang je mamat pergi cafe ni."

"ish! ala mamat yang kau cakap serupa fattah amin tapi bila nampak lagi dekat fattah tulang rusuk tu!" kakiku kian dihentak ke atas lantai. sampai dah.

"ee mana satu ek? aku lupalah—"

"ala haemin ingat ah balik—"

"oh.. oh mamat tu! ingat ingat! kenapa?" haemin tersenyum lebar.

"dia sebenarnya schoolmate aku. lagi teruk, sunbae." aku mula ketap bibir.

"habistu? straight to the point boleh tak?"

"ish. dia ni rapat au dengan aku. paling takleh brain sebab dia langgar aku. pastu dia ajak aku makan pe semua en tanda minta maaf. tapi, sejak haritu, kitorang rapat gila ah! macam in relationship pun ada. siap letak coklat dalam locker aku."

haemin dah pandang aku semacam. atau dikenali sebagai pandangan jijik.

"tak. yang kau excited sangat ni apahal?"

"habistu kalau aku cerita takde feeling kau cakap pulak aku ni serupa dinding." sebuah jelingan aku berikan. haemin mengetap bibir menahan tawa.

"ha yela. continue."

"koingat aku drama pukul 7 ke apa main continue bagai?"

"sambung lah, cik hwayoung." balas haemin dalam nada sarkastik.

"so, ada ah satu member dia ni. dia buat pengakuan yang sunbae tu sebenarnya pergunakan aku untuk penuhi cabaran dia." aku mula berlagak serius. ok taklah serius mana.

"cabaran amende lak ni. kuaja plot twist. aku dah la jenis malas berfikir." haemin menggaru kepalanya. berkutu barangkali.

cis kat korea ada kutu ke?

korea celup minah ni!

"dorang main truth or dare. pastu sunbae tu dapat ah dare. dare tu ada kaitan dengan aku."

"apahal kena kat kau sia? nak kata kau artis, tak jugak. macam gelandangan ada ah." kata haemin tanpa sebarang rasa bersalah.

biba gak la haemin ni.

"manalah aku tahu." aku angkat bahu tanda tidak tahu apa apa. kadang lelaki lebih complicated dari wanita ye anak anak.

"aku rasa en weh, dia suka kau bebetul la." haemin pandang aku dengan pandangan percaya-aku-kali-ni.

"merepek mende sia kau?" aku cuba menyiku haemin tetapi dia sempat elak. fuh.

"tak weh, serious ni. kalau dia main main, takkan lah dia bazirkan masa dia pergi cafe ni, belikan kau coklat apa semua. kan? kan? benerkan iyakan." haemin yang tadinya serius bertukar menjadi cute girl yang tak seberapa cute. biut jelah.

"tapi—"

"ish makin dilayan makin banyak pulak kau nafikan. masuk ah cepat. tah tah kena rompak dah cafe tu." tangan aku terus ditarik tanpa sebarang izin.

hampir terpeleot kaki aku dibuatnya.

ni kawan ke iblis?

————

"hwayoung! pinggan mangkuk semua tu dah cuci ke belum?!" haemin yang dari jauh memekik dengan lantang.

"dah!" aku jawab sepatah, barangkali lebih kuat dari pekikan haemin.

bunyi tapak kaki yang berlari anak kedengaran jelas pada cuping telinga. aku menoleh. haemin yang berlari ke arah aku hanya aku pandang tanpa sebarang perasaan.

"weh. aku kena balik dulu. ada hal. pape roger eh?" haemin buat isyarat calling calling dak wicet pada aku.

aku hanya anggukkan kepala dengan malas. pinggan mangkuk yang basah tadi aku lap menggunakan tisu kering.

"kunci aku letak atas kabinet au! jangan sampai hilang pulak! kalau nak balik rumah tu jangan lupa kunci pintu pe semua—"

"ye haemin ye! nanti aku kunci!" jeritku padanya yang kian menjauh.

"byeeee!"

selepas beberapa buah pinggan dan mangkuk aku bersihkan, aku duduk seketika sambil menikmati secangkir kopi americano.

jam pada dinding aku tilik sekilas.

4:32 pm.

kedai tutup pukul 5 pm. kalau aku tutup awal agaknya okay tak? lagipun, takde orang dah.

haih.

gelas tadi aku bawa ke sinki berhampiran lalu aku cuci dengan teliti. kemudian aku bersihkan dan meletakkan gelas tersebut ke tempat asalnya.

beg sandang yang aku letak pada almari aku sambar dengan pantas. lampu dan kipas yang elok terpasang suisnya aku tutup.

secara perlahan lahan, aku keluar dari sebalik pintu cafe. kemudian pintu aku tutup dan kunci. tidak lupa pada pagar dan mangganya.

"awalnya tutup."

"OPOCOT MAK ENGKO— eh.. eh err.. ehem." aku berdehem kecil. kunci yang tadinya hampir terlempar aku letakkan ke dalam beg sandang milikku.

tawa halusnya mulai terdengar pada pendengaran.

"t—taehyung sunbae.. err buat apa kat sini?" soalku kekok sambil memandang lantai.

"kenapa pandang lantai sedangkan jodoh awak ada kat depan ni?" sisa tawanya masih dihamburkan dengan sopan.

ceitt sopan sangat!

daguku dia angkat perlahan. secara tak langsung, mata kami bertembung. dengan pantas aku larikan pandangan aku.

"comel." katanya, sepatah.

sepatah perkataan itupun sudah cukup membuatkan jantung aku berdegup kencang.

apakan lagi akad nikah nanti.. eh hwayoung melalut!

"sebab nak minum kopi. oh ya, nak makan cupcake jugak. lapar." taehyung memuncungkan mulutnya sambil menggosok perut.

nampak tak kegedikan kat situ? grr.

"tapi, cafe ni dah tutup—"

"no. masih ada 3 minit sebelum jam 5." potong taehyung sambil tersenyum.

seriously mamat ni?

"t—tapi.."

"kau ingat aku nak suruh kau buka cafe ni lagi ke?" sebelah keningnya diangkat, sengaja.

"err.."

"aku nak ajak kau minum kopi sambil makan cupcake kat tempat lain. jom?" pelawanya. senyuman masih tidak hilang terukir pada bibir.

"em.."

"aku anggap tu sebagai tanda ya. let's eat and date!" tanganku ditarik lalu dikunci pada lengannya agar tidak terlepas.

bro, a date or a trap?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top