➽3
day 2
hwayoung's pov
fikiranku ligat memikirkan hal semalam. macam tak percaya je yang aku dating dengan crush sendiri.
senyuman semakin lebar hingga ke telinga. cermin yang berada di hadapanku memaparkan refleksi diriku sendiri.
"taehyung sunbae? dating? tak pernah terlintas pun dalam fikiran aku." senyuman masih tidak hilang di bibir.
"hwayoung! dah siap ke belum? turun cepat! hari ni nak pergi sekolah kan?" laung seseorang dari bawah. barangkali dari ruang makan.
sekolah?
aku menepuk dahiku.
kenapa lah aku boleh lupa yang hari ni sekolah? kes mengelamun lebih dah ni.
"kejap omma! dah nak turun lah ni!" jawabku pantas memastikan agar omma tidak risau.
baju seragam sekolah yang aku sudah gosok dari semalam aku pakaikan pada badan. sedikit lipbalm dicalitkan pada bibir agar tidak kelihatan pucat. tidak lupa juga sedikit minyak wangi untuk keselesaan diri.
beg sandang aku ambil kemudian aku membuka langkah untuk turun ke bawah.
aku menilik jam di dinding.
tahniah min hwayoung. anda lewat untuk pertama kalinya.
sekeping sandwich buatan omma yang berada di atas meja aku ambil sekilas.
"kenapa ambil sandwich tu sekeping je? omma ada masak nasi goreng kimchi ni. tak nak makan dulu ke?"
"tak apa lah omma. hwayoung dah lambat dah ni."
"jamah lah sikit. penat omma masak tau?"
aku menghela nafas berat.
"tapi hwayoung dah betul betul lambat dah ni. apa kata omma buatkan bekal? kalau nak makan, dah tak sempat dah rasanya." aku tersengih. kaca mata yang terleret dari hidung aku perbetulkan.
"ha ye lah, nah. nasib baik adik kamu lupa bawa bekal ni. ambil lah. jangan lupa makan tau?" sebekas nasi goreng kimchi dihulurkan. aku menyambarnya dengan pantas.
"hwayeon dah gerak ke?"
"dah lama. awal pagi lagi. kan omma dah cakap yang dia lupa bawa bekal tu."
aku tersengih. tengkukku secara automatiknya aku gosok perlahan.
sebuah kucupan dan pelukan omma berikan kepadaku sebelum aku berangkat ke sekolah.
kasut sekolah yang berada di atas rak terus aku pakai dalam keadaan yang tergopoh gapah.
━━━━━✿━━━━━
"eo? hwayoung? kenapa nafas kau tercungap cungap ni? baru habis marathon eh?" soalan diajukan kepadaku. terselit sedikit lawak hambar. dia tertawa pada lawak yang dibuatnya.
"aku lari lah tadi. kan dah lewat dah ni?" aku cuba bercakap dengan nafas yang masih tidak menentu.
"kau lupa dah ke kalau lewat sekali tak kena denda?"
mataku sedikit terbeliak. bukan setakat mata. dengan mulut sekali ternganga luas.
"serius lah?"
"yep. lagipun kau jangan risau sangat. aku takkan senaraikan nama kau dalam buku catatan disiplin."
"terima kasih! aku saaaaayang kau, park eunjung."
"oh, kalau aku tolong baru nak sayang lah ni?" eunjung mencebikkan bibirnya.
"aku sentiasa sayang kau. tapi kalau kau tolong aku, bertambah sayang lah." aku tersengih.
"ye lah, shuh shuh." eunjung menolak aku agar beredar dari situ.
.
.
.
.
.
"hwayoung, kau dah-"
"apa? kau nak tiru lagi ke?" aku mencantas perkataannya dengan soalan sinis.
"bolehlah. sikit je." dia menunjukkan isyarat sedikit menggunakan tangannya.
"sikit je sikit je. tak ada usaha ke nak buat sendiri?"
"eleh, nerd-"
"budak nerd ni jugak lah yang bagi kau tiru semua jawapan dia." aku menjegilkan mata.
"ish, sorry. ye lah aku buat sendiri." bibirnya dimuncungkan ke hadapan.
yea, min hwayoung. diorang dah tak boleh pijak pijak kepala kau lagi.
"saem, saya nak ke tandas boleh?" aku meminta izin setelah sekian lama berdiam diri.
puan lee yang berada di hadapan memandangku lalu mengangguk.
perlahan lahan aku berdiri dan membuka langkah menuju ke tandas.
kaca mataku yang meleret untuk ke sekian kalinya aku perbetulkan lagi.
"tunggu." badanku dikunci dengan serta merta.
aku memandang tubuhnya.
dia lagi.
"aku nak duit." ujarnya selamba.
"so?"
"aku minta elok elok kan? bagilah. tu pun nak kena ajar ke?" dia berdecit kecil.
"habis tu? kenapa minta dengan aku pula?"
"sebab omma tak bagi aku duit lah! aish jangan jadi bebal boleh tak?" dia merengus kasar.
"aku tak ada duit. aku bawa bekal je."
"penipu!" kaca mata yang aku pakai dirampas olehnya kemudian dia patahkan.
depan mata aku sendiri.
badanku yang tadinya tersandar pada dinding dengan serta merta bertukar posisi dengannya.
tangannya terus aku pegang seerat yang mungkin. dia mengerang sedikit menahan kesakitan.
"ingat, kau adik aku dan kau perlu hormat aku sebagai seorang kakak, min hwayeon." tangannya terus aku lepaskan. kaca mataku yang tadinya dipatahkan aku ambil.
"lepaslah!" hwayeon meronta agar tangannya dilepaskan.
"jangan ingat kau dikenali ramai, kau boleh pandang rendah dengan semua orang."
"aku tak kisahlah! aku benci kau!" hwayeon meludah aku. pandangan jijik diberikan olehnya.
perlahan lahan aku melepaskan tangan hwayeon. dia masih tersenyum sinis.
"aku benci ada kakak macam kau. bukan setakat benci je, rasa menyesal pun ada." hwayeon meninggalkan aku yang masih berdiri seperti batu di situ.
menyesal? oh.
aku bergegas ke arah sinki yang berdekatan lalu mencuci sedikit tanganku yang terkena ludahnya.
hina sangat ke aku jadi kakak dia?
nasib baik aku ada sediakan spek lebih dalam beg sandang aku. bukan apa, dah biasa dah pun.
hwayeon asyik asyik patahkan spek aku. kali ni dah masuk kali ke-3 dah.
━━━━━✿━━━━━
"hwayoung?"
"eo? taehyung sunbae? ada apa?"
"kita balik sama sama jom?" pelawanya sopan. senyuman petak tidak lekang dari bibirnya.
"err-"
"lagipun kau balik sendiri kan? apa salahnya kalau aku tolong hantar kau sampai depan rumah."
"eh, tak perlulah susah susah. saya boleh balik sendiri-"
"tak nak. aku nak hantar kau balik. aku nak pastikan kau selamat." taehyung menggeleng kecil. tanganku terus direntapnya perlahan.
"s-sunbae." langkahku terhenti seketika.
"ada apa?"
"tangan sunbae." ujarku perlahan. aku tertunduk dan pipiku mulai membahang.
"kenapa? kau tak selesa ke?"
aku mengangguk kecil.
"tak apa lah. sekali sekala." taehyung tertawa kecil. tanganku yang direntapnya masih belum dilepaskan.
sekali sekala?
apa ke benda sampai sekali sekala?
aku blushing la djsjnfsk.
dia terus membuka langkah sekali gus membuatkan aku turut berjalan mengikutinya dari belakang.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top