➽29
day 28
"hey you know what?"
"menda kau acah speaking? dahla english -15."
"SPOILER SIA HWAYOUNG. TAKNAK LA MAIN CAMNI. PUIH!" meja yang berada di sisi hampir sahaja diflip olehnya.
sobsob.
"haa yela. i don't know anything. shame what my boss!" hwayoung tersengih.
"paleotak kau. many pretty your face! english dah la ke laut. sama je dua ekor ni." eunjung memuncungkan bibir ke arah hwayoung dan minra.
sah. kalau bukan ganja, syabu.
"minra la ni cepat sangat koyak. ajak gurau pun takleh. nak gi ane tak oleh. nak wat tu un tak oleh ehe." hwayoung masih lagi tersengih.
"ye, hati aku cam tisu sejak kebelakangan ni. entah kenapa, entah bagaimana. walaupun--"
"aku taknak dengar puisi kau teton. tahu la budak sastera en tapi takyah la acah euw." eunjung flip hair. cis! kutu bertebaran!
"bytheway, tahniah la beruk." eunjung menepuk belakang hwayoung sambil tersenyum manis.
"tahniah apa pulak ni anat?" berkerut sejuta dahi hwayoung dibuatnya.
"adik kau. hwayeon ngan jimin dah official kan?"
"dasar! tu dia, bukan aku. lain kali buat ayat jangan tergantung sepi!" bahu eunjung ditolak tanpa rasa belas kasihan.
auw maka bermulalah drama murahan.
----
hwayoung's pov
"bagi aku lalu la sia!"
"tepi la siot aku nak nampak husband aku!"
semua minah sewel dan selekeh sanggup bertolak tolakan semata mata nak usha jungkook sunbae.
gimampos. tahu la jungkook sunbae hensem tapi yang semua nak rebut dia ni pasal apa pulak.
ohmygod pleaselah. kepala serupa kelapa tu je nak rapat kat aku HAHAHAHA pftt hwayoung takde malu ft perasan.
kkk staph!
"hmm so apahal nak jumpa saya ni?" aku tanya acuh tak acuh sambil membetulkan rambut yang kurang kemas.
pheww ayat cam puaka.
"kau tak reti bersyukur ke apa? aku dah la kena kejar oleh fans yang serupa zombi tu. ni semata mata nak jumpa kau tahu!"
"tak tahu ehe."
"annoying la sia. haa, aku nak jumpa kau sebab nak bincang something." jungkook sunbae sudahpun memuncungkan bibirnya.
euw ingat comelke?
"pe tu?" kali ini, mataku dan matanya kian bertembung. oops drama lagi.
"ikut aku jap."
"pergi mana weh?! sunbae jangan nak raba saya pulak--"
"kalut la minah ni. jap la aku nak bincang kat tempat lagi private. kan tempat terbuka ni." sebuah jelingan maut dihadiahkan.
"oooh. err okay.." aku ketap bibir menahan malu yang muncul pada diri. tangannya terus ralit menyambar lenganku lalu membawa aku ke arah yang dikatakannya privasi.
bhaii ayat macam cerpen lak :')
"duduk."
"ha?"
"aku kata duduk, duduklah. kau minum ketum ke apa sampai otak kau lembab sangat nak proses semua benda?" berkerut kerut dahinya mengeluarkan semua kata kata.
ouch. adakah dia baru sahaja mengatakan aku ini tolol?
dengan pasrah aku duduk atas kerusi kayu. jungkook sunbae hanya pandang aku sambil mengunyah chewing gum.
tiberr chewing gum ni. datang dari poket doraemon ke siot?
"sunbae taknak duduk ke?"
"takpe. stamina lelaki lebih kuat dari perempuan. setakat berdiri, apalah sangat. lagipun, pemakanan--"
"ye, saya tanya je kot sunbae nak duduk ke tak. yang tiba tiba kaitkan pemakanan ni kenapa pulak?" dengan pantas aku mencelah ayatnya.
"kau tak tahu ke cita cita aku nak jadi cikgu?" jungkook sunbae mengukirkan senyuman mereng.
ya loh, senyumannya mereng kayak otak lo.
"cikgu? pftt. tak sesuai la kalau nak diikutkan pada paras rupa--"
"kau salah faham ni. aku sebenarnya nak jadi cikgu cinta untuk kau."
krik
krik
kreooook.
heokheok.
keadaan menjadi awkward seketika. entahlah nak terharu ke nak gembira hm.
"ciaaa." aku cakap sambil menahan tawa. sumpah hambar tau pikaplain dia. ni pikaplain dari ex dia ke apa ;))
"jangan la perli aku. ey minah ni tumbuk kang." jungkook sunbae melarikan anak matanya. kejap usha lantai, kejap usha kipas, kejap usha awek-- kkk.
"tadi kata nak bincang something. ni ke perbincangannya?" aku silangkan kaki tanpa rasa malu.
"bukan. err, ada lagi."
"haa?" habis terjungkit sebelah kening aku dibuatnya.
"aish! benda tu sedikit privasi so.."
"so apa so? sotong kurita? raver?" aku memotong ayat jungkook sunbae sebelum dia menghabiskan ayat.
ceh siapa suruh lambat explain.
kang aku cakap dia lembab marah pulak.
"sumpah minah ni nak kena cepuk. tunggulah aku bagi habis ayat aku!"
"k."
jungkook sunbae pandang aku seketika. kemudian dia mengambil nafas sedalam yang boleh.
bibirnya diketap.
nampak hawt tapi shskdj kkk kau lagi hawt la hwayoung.
"sebenarnya, aku nak lafazkan benda ni dari dulu tapi aku malu. sumpah malu. kalau aku cakap benda ni memang serius standard aku jatuh."
"laa sunbae ada standard ke?"
jungkook sunbae dah pandang aku dengan pandangan maut. aku hanya tersengih dengan memaparkan kecomelan diri.
ehe.
"rasanya, aku perlu jujur dan luahkan semuanya. aku tak sanggup lagi nak tipu benda ni dari kau."
"tipu mendanya?" makin terjungkit kening aku. bukan tu je, kedutan di wajah pun makin bertambah.
"firstly, maafkan aku sebab tipu benda ni dari kau dan secondly, aku nak kau tabahkan hati kau bila dengar benda ni." jungkook sunbae dah senyum segaris.
dengar macam serius sangat. jantung aku berdegup kencang. perasaan dia sama bila nak confess depan crush woi!
"sebenarnya, taehyung tipu kau."
otak aku dah tak dapat nak tangkap apa yang dikatakan oleh sunbae.
tipu apa pulak ni?
aku hanya diamkan diri. nampak dari raut wajah sunbae pun macam seram pulak rasanya nak mencelah.
"semua ni dare."
kaki aku makin tak boleh rilek. macam cacing kepanasan pun ada.
dare apa pulak ni woi?
"seseorang arahkan taehyung untuk pikat hati kau dalam masa sebulan ni. jika dia gagal, dia kena denda."
"..."
"sebab tu la dia terima dare ni. perkataan sayang, cinta dari dia semua palsu. hanya disebabkan dare dia sanggup buat semua benda untuk kau."
aku tak tahu aku nak rasa apa tapi hati aku tiba tiba rasa kosong.
takkan aku nak nangis disebabkan benda ni?
"kau tak rasa pelik ke kenapa sejak awal bulan tu dia rapat dengan kau? lepas tu secara tiba tiba. siap ajak date." jungkook sunbae tiba tiba tertawa sinis.
"sunbae tipu ke apa ni? taehyung sunbae baik apa. dia bukannya--"
"see? cinta membutakan segalanya. sampaikan semua keburukan dia tertutup." jungkook sunbae terlebih dahulu memotong ayat aku.
cinta membutakan segalanya..?
dah la, aku taknak dengar lagi. aku nak lari.
tapi kaki aku berat nak melangkah.
"sunbae ni acah je pftt. tah tah prank. kan?" aku cuba tahan gelak yang aku reka sendiri walaupun sebenarnya aku tak ada mood nak gelak.
"prank? huh, motif aku nak prank kau apa sia?" dia pandang aku dengan serius. dengan pantas, aku melarikan anak mata aku dari bertembung dengannya.
"dia perbodohkan kau hampir sebulan dan kau masih tak sedar? kim taehyung kot. jejaka idaman para gadis tapi kaki perempuan."
perbodohkan..?
"dan kau masih percayakan dia hanya disebabkan kata kata manis yang keluar dari mulut dia? oh wow, kau memang mudah kena tipu."
"dari mana sunbae tahu--"
"jangan tanya aku. yang penting sekarang ni, aku dah jujur. aku tak nak simpan beban ni lama lama."
"tak mungkin la taehyung sunbae macam tu. dia baik kot. sunbae tak perlu la nak fitnah bagai--"
"terserah dari kau la nak percaya atau tak. aku cakap je."
"kalau sebab dare pun, mestilah dia--"
"dia apa? dia terus terang kat kau? hwayoung, buka mata kau seluas yang boleh. taehyung hanya pergunakan kau!" tempik jungkook sunbae sehingga membuatkan bahu aku terhinjut.
pergunakan.
ayat pergunakan tu macam, nampak kasar sangatlah.
"k la cau." jungkook sunbae terus membuka langkah meninggalkan aku bersendirian.
aku senyum segaris. oh, pergunakan. taehyung sunbae pergunakan aku untuk penuhi dare dia.
tapi dalam banyak banyak perempuan, kenapa aku?
kenapa aku yang jadi mangsa?
mesti lepas sebulan ni, sunbae tinggalkan aku. ye la, dah namanya pergunakan.
takpe, dah biasa dah.
aku berdiri lalu perlahan lahan meninggalkan tempat yang menjadi saksi antara perbualan aku dan jungkook sunbae.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top