➽1

"hyung ada belikan snek sikit buat alas perut." beberapa snek dan manisan diletakkan di atas meja. keenam enam mereka yang telah lama menunggu mengambilnya dengan rakus.

"terbaik la jin hyung! ni makin sayang ni aum." sebelah matanya dikerdipkan. seokjin membalas dengan sebuah jelingan.

"namjoon, tahu tak definisi geli?"

namjoon tersengih.

"euw, kunyit tak bertempat." muka putih pucatnya menjadi tatapan bagi kesemua mereka. perlahan lahan tawa mereka yang lain terletus.

"kan yoongi hyung? aku pun geli." dia tertawa sehingga nafasnya tercungap cungap. kemudian dia mengambil nafas lalu menyambung tawanya.

"teruk sangat terhibur kau ni. oh lupa, kuda kan?" yoongi membuka plastik lolipop yang berperisa pudina kemudian lolipop tadi disuakan ke dalam mulutnya.

"ish jahat la hyung ni!" tangannya disilangkan ke atas dada.

"kita jadi tak nak main truth or dare ni?" bibirnya dicebikkan. sempat lagi gerangan tersebut memperelokkan rambutnya. eyesmilenya sedikit kelihatan.

"siapa kata tak jadi? semestinya la jadi!"

"tak payah la teriak kook. naik bernanah telinga aku. tahu la suara kau boleh capai high note." yoongi menjegilkan matanya.

jungkook menayangkan senyum.

"kita nak mula dari siapa dulu eh?" jungkook memandang keenam enam figura yang berada di hadapannya. kemudian matanya terhenti pada gerangan yang tengah syok memakan snek.

"apa kata kita mula dari, jin hyung?" jungkook tersenyum mereng.

"eh asal aku pulak?"

"dah tu? aku yang ajak, aku berhak pilih siapa aku nak." lidahnya dijelirkan.

"aish mana aci!"

"aci tak aci, truth or dare?"

"okay, dare." jin menjawab dengan bangga. snek masih disumbatkan ke dalam mulutnya.

"cium namjoon hyung."

jin terus tersedak snek yang sedang dimakannya.

"a—apa?!"

"cium, namjoon, hyung." ujarnya satu persatu dengan jelas.

"kau dah gila ke?" hoseok mencelah.

"dah la kau paling muda, lepas tu tak suci lagi tu. habis tercemar otak aku oleh kau ey." tangannya hampir sahaja diangkat tetapi ditahan.

"siapa suruh pilih dare?"

"buat je la hyung. korang kan kunyit kunyit bersatu di dunia ni." eyesmilenya terukir.

"kan!" senyuman petak seseorang lelaki pula terukir.

"bab—"

"aip tak de carut carut. cium sekarang juga." namjoon memotong ayat jin daripada terus mencarut.

"pergh hyung dah tak sabar sangat ke?"

"cium cium— aww sakit la yoongi hyung!" jimin mengusap kepalanya selepas diluku oleh yoongi.

"korang memang hanat, korang tunggu. satu satu aku kerjakan lepas ni." jin merengus kasar kemudian pipi namjoon diciumnya pantas.

namjoon tersenyum hingga ke telinga.

"oi, byuntae!" kali ini, kepala namjoon pula diluku. perlahan lahan senyuman tadi bertukar kepada sebuah cebikkan.

jin dari tadi menyamakkan bibirnya menggunakan air. dari air sprite sehinggalah ke air paip.

"jimin hyung, truth or dare?" jungkook menyuakan soalan. keadaan bising tadi berubah kepada senyap serta merta.

"do tetiba je. truth."

"kau sayang aku tak?" jungkook menjungkitkan keningnya beberapa kali.

"kebodohan melanda." taehyung menjeling jungkook sekilas.

uwu kejelesan melanda ewah.

"aku rasa nak terkentut la kook." hoseok mengerutkan dahinya.

"kau yakin ke tu soalan? dasar tolol." yoongi menguap seketika.

"aish suka hati la!"

"mesti la sayang." jimin tersenyum kemudian perlahan lahan dia tertawa. manakala jungkook pula bersorak kecil.

"tolol kuasa dua." yoongi menggelengkan kepalanya.

"next uhm."

"aku pilih tae hyung!" ujar jungkook pantas setelah melihat jin habis dengan sesi menyamakkan bibirnya.

"asal aku pulak ey—"

"nak main ke tak ni?" jungkook menjeling taehyung sekilas.

taehyung melihat keenam enam ahli yang lain kemudian mengeluh.

"nak la tetan."

"so, truth or dare?" kali ini suara jungkook makin mendalam.

"dare— eh truth eh jap eeeeh—"

"kau nak aku bobo kan kau bawah ketiak sajat ke? eh je memanjang." yoongi membuka suaranya.

"cepat la tae."

"ala lambat la."

"aku rasa sempat kot kita pasang lagu bobo di mana."

"snek aku dah habis."

"awek lawa do kat luar—"

"okay okay, truth!" taehyung menghentikan bebelan mereka.

"tet! memandangkan peraturan dalam permainan ni berganti ganti, jadi hyung dah tak boleh pilih truth sebab jimin hyung dah pilih benda tu tadi." jungkook menjuihkan bibirnya.

"kalau macam tu baik kau tak payah suruh aku pilih. dasar keturunan safiey ilias."

"pftt, dalam banyak banyak bapok safiey jugak jadi pilihan hati kau kan tae?" jin menyiku taehyung.

siku bertemu siku eeeh?

"asal tak pilih rizulala? cantik sikit." jimin mencelah. sedikit pujian diselitkan.

"dua tiga anak nana, empat lima makan nona, ada bowling tapi tak kena, boo aku team lucinta luna!" namjoon bersorak sambil menayangkan thumbs down.

"ugh, jahanam budak zaman sekarang." yoongi menghela nafas berat.

"hyung hyung ku yang kusayangi, boleh aku sambung bercakap tak?" jungkook muncul di tengah tengah mereka. entah dari mana datangnya.

"sambung la. kalau makin dilayan dorang ni makin sakit otak jadinya." muka putih pucatnya ditepuk perlahan agar tidak tertidur. barangkali mengantuk menyaksikan drama tidak berbayar masing masing.

taehyung pula hanya ikut tertawa melihat drama mereka. berbeza situasi dengan yoongi.

"tae hyung! aku nak bagi dare ni."

"bagi je. aku selesaikan semudah kicap abangang kau." taehyung tersenyum petak.

"dare nya ialah.."

"what?"

"apa?"

"apakah ia?!"

"jeng ke jeng jeng jeng jeng jeng."

"namjoon hyung, jin hyung, senyap la sikit! tak tenang aku nak bagi soalan!" jerkah jungkook.

kemudian kedua dua mereka terdiam.

"nampak tak budak nerd kat luar tu?" jungkook menjuihkan bibirnya ke arah satu figura perempuan di luar kelas.

keenam enam mereka terus melemparkan pandangan ke arahnya.

"aah, asal? kau nak aku buli dia ke? senang je—"

"eh tak, bukan buli dia." jungkook menggeleng pantas.

"habis tu? kau nak aku buat apa? setakat dare kau tu aku boleh selesaikan. petik jari je—"

"dengar cerita dia tu jual mahal sikit tapi dia nerd." jungkook memotong perkataan taehyung pantas.

"so, kau nak dia buat apa? tackle budak tu?" soal yoongi ragu ragu.

"yes, exactly!" jungkook mengangguk.

"weh gila kalau bab buli perempuan aku boleh lagi tapi sampai tackle takkan la—"

"hyung, dare tetap dare. siapa suruh hyung main?"

"kau yang pilih dare! aku nak jawab truth tapi kau pilihkan ey budak ni gigit kang." taehyung mengetap bibirnya tanda geram.

jungkook tertawa kecil.

"aku bagi kau masa sebulan untuk pikat hati dia. nanti, bila dah sampai 1 April, aku nak kau lamar dia."

"tu bukannya april fool ke?" hoseok menggaru kepalanya yang tidak gatal.

jungkook tidak memberikan sebarang respon. hoseok diabaikannya. malahan, namjoon yang mengangguk.

"dan cakap semuanya hanyalah sekadar penipuan?" taehyung menelan liurnya kesat.

jungkook mengangguk.

"weh bapak ah." jimin menepuk nepuk belakang jungkook.

"gila la kook! pemikiran kau level mahathir sia!" namjoon menepuk nepuk tangannya.

"najib pun boleh kalah do!" jin acah lap air mata.

"rizulala pun!" sambung jimin lagi.

lalu kesemua mereka terdiam.

perlahan lahan jimin tersengih.

"the dare will be started tomorrow. good luck, hyung." ucap jungkook sambil tersenyum.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top