pt.8📚

°°°

Taehyung

kringg !

" oke, semua boleh keluar rehat " ucapku dan pelajar kelas 5A-1 bertempiaran keluar dari kelas.

aku mengemas barang-barangku dan memasukkannya kedalam beg galas.

" cikgu ! " ucap satu suara yang kukenali. yeo mi menghampiriku dengan senyuman dibibir.

" hem ? " aku menjawab tanpa memandangnya.

" nak saya tolong ? " tanyanya dan memandangku penuh berharap.

" kenapa tiba tiba baik pulak ni. mesti ada apa apa kan ? " tanyaku dan beg galas dialihkan ke bahu.

dia tersengih.

" nah " aku menghulurkan beg macbook ku kepadanya dan dengan senang hati yeo mi mengambilnya.

aku mengatur langkah keluar kelas dan yeo mi terkedek kedek mengikutiku dari belakang.

" ada apa ? " tanyaku

" cikgu, saya nak minta maaf pasal kelakuan saya semasa dalam kelas tadi " ucapnya dan membuatkan aku tergelak kecil.

" tak apala. by the way, kenapa gaduh dengan jungkook ? dia ke boyfriend yang kamu kata tikam belakang tu ? " tanyaku dan yeo mi mengangguk kemudian tersengih.

" sebenarnya dia bukan boyfriend saya, cuma kawan.. " ucapnya dan menggaru-garu kepalanya.

" ouh, kesalahan apa yang dia buat sampai kamu tak puas hati dekat dia ? " tanyaku dan yeo mi menatapku aneh.

" macam mana cikgu tau yang saya tak puas hati dengan dia ? " yeo mi mengangkat keningnya dan menatapku instens.

" tengok muka pun cikgu dah tau " jawabku dan dia memandangku tidak percaya.

" jadi maksudnya, cikgu selalu perhatikan saya ler tu ? " soalnya dan aku terdiam sejenak.

" haah. kenapa ? " jawabku dan dia terdiam seketika.

" dalam erti kata lain cikgu sukakan saya ler tu kan ? " katanya lagi dan berhasil membuatkan aku terdiam seribu bahasa.

eih budak ni.

aku menghentikan langkah kakiku. yeo mi ditepi dipandang sebelum menundukkan badanku agar sama dengan ketinggiannya.

" perasan " bisikku seraya menjentik dahinya menggunakan jariku. aku meneruskan perjalanan.

" ish cikgu ni " yeo mi menggosok dahinya yang memerah.

aku memasukkan tanganku dipoket seluar dan yeo mi kembali berjalan disampingku.

" cikgu " aku menoleh ke yeo mi sekilas sebelum membuka pintu bilik guru dan melangkah memsuki bilik guru.

" boleh berikan saya tips supaya boleh belajar dengan cepat ? " yeo mi berkata dan meletakkan macbook ku diatas meja.

" kenapa minta dekat saya, bukan dekat cikgu yoongi ? cikgu yoongi kan lagi pandai dari saya " jawabku dan meletakkan beg galasku diatas meja.

" kalau cikgu yoongi dah bagi buat apa saya terhegeh hegeh minta dekat cikgu pulak ? " jawabnya dan berpeluk tubuh.

" cikgu yoongi tak bagi ? " yeo menggeleng.

" cikgu namjoon ? " sekali lagi dia menggeleng.

" hmm. nantilah saya bagi, saya pun tak ada tips yang berguna lagi ni " aku berkata dan mengambil buku laporan.

yao mi mengangguk anggukkan kepalanya.

" tapi yeo mi. kalau kamu nak study. biarla study smart, bukan study hard sampai makan minum pun diabaikan. saya tak suka tengok pelajar saya jatuh sakit akibat kuat belajar " ucapku dan dia tersenyum lebar.

" thank you cikgu. you're the best ! " yeo berkata dan menunjukkan jarinya tanda tumbs up kepadaku.

" pergila rehat. nanti tak sempat makan pulak " ujarku dan duduk dikerusi. buku laporan diselak satu persatu.

" oke. bye cikgu " katanya lagi dan berlalu keluar dari bilik guru.

°°°

Jinyoung

wajah kawan-kawanku dipandang satu persatu. mark sedang menghirup minumannya, mingyu sedang berbual dengan beberapa pelajar perempuan, jungkook pula tidak habis dengan senyumannya, kadang kadang dia tertawa lepas.

" gila " ucapku lepas dan pandanganku dilarikan ke tengah kantin yang tengah sesak dengan manusia yang tak reti beratur.

" apa kau cakap ? " jungkook berkata, keningnya diangkat satu.

" takde apa apalah " kataku dan menggaru kepalaku.

jungkook mencebik.

" ehem " aku menoleh ke arah deheman tersebut. hena sedang tersengih menampakkan barisan giginya. nasib putih.

" boleh kami duduk sini ? tempat lain dah penuh " hena berkata dan menarik yeo mi yang sepertinya ingin melarikan diri dari situ. wajahnya masam mencuka.

alahai kecoh la nanti ni.

" boleh boleh duduklah. tak dibayar pun " mingyu menarik kerusi untuk hena disampingku.

" kau nak berdiri dekat situ sepanjang masa ke ? " hena berkata seraya melabuhkan tempat duduk disampingku.

yeo mi mengetap bibirnya geram. dia tau yang mingyu sengaja melakukannya, kerana kerusi hanya tersisa satu, iaitu disamping jungkook. aiiyok tak tau.

dalam keterpaksaan dia mengambil tempat disamping jungkook. melebar senyuman lelaki itu.

aku harap dorang tak berperang pulak nanti.

" apa ? " yeo mi berkata dalam nada mendatar ke jungkook yang sedang menatapnya.

" kau yang apa. sukahati je nak duduk sini kelas kan ada. kenapa tak duduk dekat sana " balas jungkook. aiguu tak reti mengalah la budak sekor ni.

" biarlah. tak masalah kan ? " yeo mi berkata lagi. jungkook tersengih.

" ke.. kau memang nak duduk tepi aku ? halah mengaku jerlah .aku tau aku kacak tak payah nak puji " jungkook berkata lagi dan memflipkan hairnya.

the heck. sempat lagi budak ni.

" kepala hotak ! awak ingat saya hadap sangat ke diri awak tu hah ? dahlah muka macam bapok, ada hati nak cakap macam tu. eww tolongla " ucap yeo mi berkata lagi dan menghirup milkshakenya. giliran yeo mi pulak yang memflipkan hairnya sampai terkena muka jungkook.

wajah jungkook memerah manakala aku dan yang lainnya sedang tertawa terbahak bahak. aku memandang wajah yeo mi yang cool saja dari tadi.

aku syak dia ni adik cikgu yoongi. aish swag gituu.

" apa kau cakap ? bapok ? kau buta ke hah ? muka macam bapok nilah kalau petik jari berjuta datang " kata jungkook lagi dan melipat lengan kemejanya.

" petiklah, saya tak heran pun. then, makcik makcik yang datang. " yeo mi berkata lagi dan memandang wajah jungkook yang hanya beberapa inci darinya.

pffffttt makcik ? lawak ah yeo mi ni.

" apa yang kau tak puas hati dengan aku hah ? " kata jungkook dan tubuhnya dipeluk.

" awak yang mula dulu. ba.pok " ucap yeo mi dan ikut memeluk tubuhnya memandang tajam ke jungkook.

erm, hello ? pengawas ada tak ?

" guys please. stoplah bergaduh tu, korang tak nampak ke ramai mata tengah memandang ni ? " mingyu mencelah. ehh pandai pulak suruh stop, tadi bukan main lagi jadi batu api nak lagakan dorang. tau malu.

serentak mereka menoleh ke mingyu dan memandang mingy tajam. terdiam budak tu. itulah, masuk campur lagi rumah tangga orang.

°°°

Yeo Mi

Rambut ditarik kasar. formula add-math dipandang sekali lagi. biar betik cikgu yoongi ni. dahla tak bagi cara nak guna formula ni, dan bila salah dia membebel pulak. aish

aku mengangkat punggung sambil membawa buku latihan add-math dan formula tadi. cikgu yoongi yang sedang duduk dimejanya dihampiri.

" cikgu " ucapku dan meletakkan buku tersebut diletakkan dihadapan cikgu yoongi.

" nak apa ? " tanyanya acuh tak acuh.

" cikgu tak bagi contoh lagi macam mana nak guna formula ni. " kataku, jariku tertunjuk ke fomula tersebut, badanku tertunduk sedikit.

" oh. nanti saya tunjukkan, buat dulu sendiri " katanya dan menolak buku latihanku.

" alah cikgu tolonglah " kataku dan aku rasanya sesuatu yang hangat menyapa pinggangku. refleks aku menoleh ke belakang.

jungkook sedang meletakkan kot seragam sekolahnya dipingangku. aku menatapnya aneh. tidak memahami.

" skirt kau pendek " bisiknya sebelum menghampiri cikgu yoongi, dia juga membawa buku latihan.

fufufuffufu, hampir saja pecah ketawaku kalau tidak ditahan. aku mengikat lengan kot seragam jungkook dipinggangku. dalam hati aku berterima kasih kepadanya.

" okelah cikgu ajarkan. tolong duduk " kata cikgu yoongi setelah jungkook membisikkan sesuatu ditelinganya.

" tapi lepas tu, cikgu panggil one by one " katanya dan aku duduk ditempatku semula.

" macam ni " cikgu yoongi mulai menunjukkan cara cara menggunakan formula tersebut dan aku akhirnya menghela nafas lega. kerana sudah mengetahui caranya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top