pt.79💐
보라해
***
"Sayang?"
Suara aku bergema didalam rumah tersebut sebaik aku masuk ke dalam rumah yang gelap gelita dan tampak seperti tidak berpenghuni sama sekali. Kasut aku tanggalkan dari kaki dan longgarkan tali leher aku dari kolar baju. Beg bimbit aku letakkan atas sofa sebelum menekan suis lampu.
Automatik ruang tamu menjadi terang benderang. Mahupun begitu, langsung tiada tanda- tanda kelibat isteri dan tawa candaan dari anaknya, Taemi. Mana pergi kedua orang tersayangnya itu? Taehyung mencampakkan tali leher hitamnya diatas lantai sebelum kakinya melangkah cepat mendaki anak tangga ke tingkat atas.
"Sayang?"
Pintu bilik tidur utama di buka, juga kelibat Yeo mi tidak ada didalam itu. Taehyung mulai berasa tidak sedap hati. Serta merta dia berlari ke bilik tidur Taemi pula, manalah tahu kut- kut Yeo mi sedang tidurkan Taemi dan ikut terlelap dalam bilik bayi tersebut. Sekali lagi Taehyung berasa hampa bila bilik yang selalu menempatkan Taemi kosong tanpa seorang manusia pun disitu.
"Mana pulak mereka ni?" Taehyung berlari turun dari tangga seraya mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor telefon milik sang isteri ditekan lalu phone dirapatkan ke telinga. Anak mata Taehyung tidak lepas men- scan keadaan rumah tersebut. Kalau pun ada berlaku kecurian, takkan rumah dibiarkan bersih tanpa jejak?
Bunyi telefon berdering buatkan Taehyung menoleh dan berjalan masuk ke dapur, ke arah bunyi tersebut. Di atas meja makan, disitu terletaknya smartphone milik isterinya yang nampak macam ditinggalkan begitu saja.
"Ya tuhan, mana awak pergi sayang?" Taehyung menyoal dirinya sendiri sebelum mundar mandir di dalam dapur. Tak mungkin isterinya itu keluar rumah tanpa meminta izin kepadanya pulak? Takkan Yeo mi membawa diri ke tempat lain kerana terasa hati dengan dia semalam? Takkanlah?
Dalam ketika dia terleka mencari- cari tanda isterinya, dia terlihat pintu belakang rumah terbuka sedikit. Dan tanpa berfikir panjang dia terus berlari keluar rumah yang terdapat kolam renang disitu. Dan disitulah dia nampak kelibat isterinya dengan dress merah berdiri di tepi meja bulat yang sudah dihias cantik.
Berkerut dahi Taehyung bila dia melihat kolam renang dihias dengan belon serta meja yang dipasang lilin besar disitu.
"Apa semua ni?"
"Errr.. happy birthday?" Jawab Yeo mi buatkan Taehyung kelu. Dia pandang wajah bersih Yeo mi, dress merahnya yang semalam dan.. kata-kata isterinya.
"Alahh bukannya selalu saya pakai macam ni-"
"Saya buat semua ni untuk awak-"
"Sayang.. takkanlah awak buat semua ni untuk saya?" Kata Taehyung disambut anggukan dari Yeo mi. Yeo mi menundukkan wajah, kepala yang tak gatal digaru lalu dia dongakkan wajahnya semula.
"Emm.. saya masih isteri awak ke?"
"Kenapa cakap macam tu?"
"Yalah, saya masih degil nak pakai dress ni-"
"Mestilah! Saya tak ada niat pun nak ceraikan awak, langsung tak terlintas dalam fikiran saya. A- awak janganlah fikir yang bukan- bukan" kata aku seraya menghampiri Yeo mi, dahi dia, aku kecup sebelum tubuh kecil yeo mi, aku tarik kedalam pelukan. Air mata lelaki itu tumpah kerana tak menyangka bahawa isterinya itu sudah memberi hint untuk hari jadinya dari semalam lagi. Macam mana dia boleh tak tahu pulak ni?
"Taehyung, saya nak minta maaf sebab berkelakuan tak sopan depan awak semalam dan yalah, saya buat semuanya untuk awak. Happy birthday, abang sayang. " kata- kata Yeo mi buatkan aku rasa serba salah sebab marahkan dia semalam. Tubuh Yeo mi aku tarik semula bila dia bertindak untuk menjarakkan dirinya dengan aku.
"I'm sorry sayang, i'm so sorry" kata aku seraya mengecup bahagian lehernya serta pipi lalu ke dahinya. Yeo mi tidak merespon walaupun sepatah dan hanya tersenyum kecil. Aku jarakkan diri, tapi masih kekal dalam posisi yang sangat rapat dengan Yeo mi. Sungguh aku cakap, perasaan bersalah aku meluap- luap sekarang ni.
"Tak nak tiup lilin dulu?" Soalnya lembut, Taehyung mengangguk kecil lalu mengikuti langkah kaki isterinya menuju ke meja bulat yang menempat kek dengan 5 batang lilin disitu.
"Saya tahu apa yang awak fikirkan, okay dengar sini. Waktu saya buat kek ni, saya tak sedar pun hanya ada 5 batang lilin kat dalam plastik, so, emm saya harap awak fahamlah ya Taehyung?" Kata- kata Yeo mi buatkan aku tergelak kecil. Aku tarik dia rapat dengan aku.
"It's okay sayang. Saya faham, 5 batang lilin ke, 1 batang lilin ke, 2 batang lilin ke, tak ada lilin langsung pun saya tak kesah. Asalkan awak dan saya ada." Kata aku lalu mencuit hidung dia. Yeo mi gelak kecil, kek coklat dia ambil dan suakan pada aku.
"Palli buat wish dan tiup sebelum lilin cair" kata Yeo mi, aku hanya akur lalu memejamkan mata, membuat wish lalu meniup lilin hari jadi. Aku pandang Yeo mi bila dia tengah letakkan kek atas meja makan.
"Now.. nak buat apa?" Soalnya blur- blur ayam buat aku rasa geli hati. Aku tarik Yeo mi rapat buatkan dia berhadapan dengan aku.
"Sayang, tak marah?"
"Ehh buat apa saya nak marah. Dahlah saya yang cari masalah dulu, gaya saya yang tak sopan tu mestilah awak marah. Saya tak marahlah, cuma.. terasa sikitlah. Eheeee it's okay, saya dah baik." Jawab Yeo mi seraya tersenyum aku. Aku renung wajah bersih Yeo mi sebelum menarik tapak tangan dia dan menciumnya lembut.
"Saya minta maaf, saya cuma takut yang awak.. pergi tinggalkan saya. Saya cuma.. takut. Takut yang awak berpaling dari saya.." kata aku lalu bibir aku diketap. Tak semena- mena pipi aku basah akibat air mata yang deras mengalir bila terbayangkan Yeo mi berjalan meninggalkan dia disebabkan lelaki lain. Yeo mi mengesat pipi Taehyung dan mengangguk faham.
"Saya faham, shyyyy, janganlah menangis. Sepatutnya birthday boy hari ni tak boleh sedih- sedih, mesti happy. Senyum sikit" Yeo mi mencuit pipi Taehyung untuk membentuk senyuman pada bibir suaminya itu. Taehyung menarik nafas sebelum pipinya dia kesat dengan lengan kemejanya.
"Thank you sayang" ucap Taehyung lalu menghadiahkan senyuman kotaknya pada Yeo mi. Yeo mi menghulurkan kek yang sudah dipotong dan memberikannya pada Taehyung.
"Sebenarnya saya tak ada niat pun nak pergi majlis reunion tu dan saya dah lama plan semua ni untuk awak, saya dapat idea melalui Taemi dan Hena. Awak jangan risau, dia sekarang dengan Hena." kata Yeo mi.
"Sayang.."
"Now awak masih tak suka ke saya pakai dress macam ni?" Soal Yeo mi, dress off shoulder berwarna merah panjang hingga ke bawah miliknya dia tunjukkan pada Taehyung. Lelaki itu menggeleng tanda tidak, kek yang masih berada dalam mulutnya ditelan secara rambang sebelum Yeo mi ditarik bila gadis itu bertindak untuk menjauhinya.
"Ehhh of course saya suka. Nak pergi mana?"
"Yalah, in case kalau awak tak suka, saya boleh tukar" kata Yeo mi serentak buatkan Taehyung menggeleng. Semalam tu dia acah je cakap tak suka, dia suka sebenarnya, tapi hanya kalau Yeo mi pakai dress tu bila dihadapan dia, kalau dihadapan orang lain, habis hilang kepala orang Taehyung kerjakan.
"Janganlah, sa- saya suka tengok sayang pakai macam ni. Nampak elegent and look perfect on you" bisik Taehyung. Yeo mi tersengih kecil.
"Yalah tu. Emm ni, tak apakan kalau saya tanya?"
"Apa dia sayang?"
"Awak.. wish tentang apa?" Soal Yeo mi seraya memandang aku dengan pandangan penuh tanda tanya. Aku memandang ke atas.
"Saya harap awak izinkan saya.. untuk second child?" Kata aku bergurau, Yeo mi memandang aku dengan pandangan innocentnya sebelum ketawa kecil.
"Awak hanya nak second child? But we already have third" jawapan Yeo mi buatkan dahi aku bertaut. Dia senyum menampakkan lesung pipitnya sebelum menyuap kek coklat kedalam mulutnya.
"Means?"
"I'm pregnant" jawab Yeo mi serentak buatkan aku rasa nak nangis balik. Aku hentikan perbuatan dan sandarkan badan aku pada kerusi, kedua tapak tangan aku menekup wajah aku kerana air mata sudah mengalir deras dari kelopak mata. Ini lebih dari segalanya, ini adalah semuanya.
"Sayang p- please jangan bergurau.." lirih aku berkata sebelum memandang Yeo mi semula. Gadis itu menggeleng tanda tidak buatkan aku laju mendekat ke arahnya dan merangkul tubuh kecil tersebut kedalam sebuah pelukan. Yeo mi menepuk belakang badan aku, berusaha tenangkan aku yang mulai emosi.
"Betul ke ni sayang?"
"Yalah, we got twin-"
Aku mengecup bibir Yeo mi banyak kali tanda yang aku betul- betul berterima kasih dengan dia.
"Thank you so much sayang" bisik aku dan memeluk Yeo mi sekali lagi. Jujur aku cakap, selama aku hidup aku tak pernah rasa sebahagia ini, hidup aku terasa makin lengkap dengan kehadiran cahaya mata kembar dari Yeo mi. Tambahan pulak Taemi sudah mahu masuk usia 2 tahun.
"Terima kasih sayang"
.
.
.
☺
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top