pt.77💐

만히 사라이 주세요

***

5 months later...

"Sayang nak pergi ke reunion sekolah tu?" Soal Taehyung sebaik masuk kedalam rumah. Kunci kereta diletakkan atas meja kaca sebelum dia menapak menghampiri aku, pipi Taemi dia kecup sebelum beralih ke dahi aku pula.

"Yalah, saya pun nak jumpa kawan lama" jawab aku, Taehyung diamkan diri, tali leher dia longgarkan dan lepaskan dari kolar baju lalu butang kemeja biru mudanya dia buka lepaskan dua butang. Aku yang tengah ralit perhatikan Taemi menjadi pelik bila Taehyung tak keluarkan sebarang suara. Aku tolehkan kepala untuk melihat Taehyung.

"Waeyo?"

Taehyung dongakkan kepala, lalu renung tepat ke arah anak mata aku. Makin berkerut dahi aku bila tengok reaksi tak biasanya dari Taehyung. Aku jongketkan kening tanda 'kenapa?' kepadanya.

"Ani.." jawab Taehyung ringkas lalu rapatkan diri dengan aku, memberikan aku back hug sekejap sebelum mengecup pipi aku sekilas. Kemudian, Taehyung lepaskan pelukan.

"Saya naik dululah, nak mandi" katanya lalu menjauh dan naik ke tingkat atas untuk mandi. Aku pandang belakang badan dia sampailah dia hilang disebalik tangga.

"Kenapa dengan papa tu sayang?" Soal aku pada Taemi yang hanya membalas dengan memandang aku dengan mata bulatnya yang besar. Taemi membuang anak patung kecil ke atas lantai lalu merengek kecil, tangannya yang kecil pulak dia angkat sebagai tanda nak aku gendong dia.

"Nak papa?"

"Eehhhhheeee~" rengek Taemi. Aku mengeluh kecil, Taemi ni memang rapat sangat dengan Taehyung. Nampak saja Taehyung, aku pulak yang terlupakan.

"Papa macam tak ada mood je nak main dengan Taemi, esok boleh tak sayang? Taemi tidur dulu eh?" Kata aku, baby Taemi kedip- kedipkan mata sebelum merangkak perlahan menuju ke arah aku. Gadis kecil itu menepuk- nepuk tangan aku untuk meraih perhatian aku.

"Kenapa sayang?"

"Eneeeee, hik!" Taemi tersedu kecil sebelum ketawa buatkan aku turut tertawa. Aku angkat Taemi dan letakkan atas riba aku, pipi gebu Taemi aku cubit perlahan sebelum dia bertindak untuk berdiri dan memeluk leher aku. Minta didodoikanlah jawabnya tu.

"Geure, kaja kita pergi tidur" kata aku dan membawa Taemi ke lantai atas untuk ke bilik bayinya.

***

"Taehyung? Awak tak nak makan?" Aku jengukkan kepala dari pintu bilik, mendapati Taehyung sedang merenung dirinya dihadapan cermin  meja solek. Dia pandang aku sekilas sebelum menggelengkan kepala, tanda dia tak nak makan. Kening aku bertaut, tak pernah lagi Taehyung skip makanan, kalau bab makanan dialah yang duluan tercongok kat meja makan. Sekarang ni dia dah kenapa pulak ni?

"Awak okay tak ni?"

"Heum.." jawab Taehyung menambahkan lagi gusar dalam hati aku. Aku kuak pintu bilik dan perlahan- lahan berjalan ke arah Taehyung. Aku sentuh tapak tangan dia, lelaki itu menoleh memandang aku dengan pandangan redup dia.

"Kenapa mata awak sembab pulak ni? Awak menangis?" Soal aku bila melihat mata Taehyuny sembab macam baru menangis. Lahai kenapa pulak dengan shuben gue ini.

"Tak adalah.." jawab Taehyung dengan suara serak sebelum berjalan  meninggalkan aku untuk keluar dari bilik. Laju aku tahan lengan Taehyung dari berlalu pergi, dia diamkan diri.

"Wae? Awak marah?"

"Ani.."

Aku mengeluh kecil lalu berjalan ke hadapan untuk berdiri dihadapan Taehyung. Dia alihkan pandangan mata bila aku pandang dia. Acah nak cover pulak dia ni. Aku tarik Taehyung untuk duduk di birai katil. Taehyung hanya akur saja. Aku masih setia berdiri dihadapan dia. Nak tuntut penjelasan.

"What happen? Kenapa menangis?"

"Mana ada.." jawab Taehyung dengan suara seraknya, aku nampak bibir dia menggeletar bila dia pandang aku sebelum pandang dinding kosong yang tak berapa nak menarik tu.

"Dah tu?"

"Saya cakap tak ada tu, tak adalah-"

"Habis tu kenapa sikap awak berubah pulak hari ni? Awak tak nak layan Taemi, bahkan juga saya. Saya ada buat salah ke?" Tanya aku berterus terang seraya merenung anak mata Taehyung.

"Be-betul ke sayang nak pergi majlis reunion sekolah tu?" Keluar jugak suara cikgu Taehyung kite ni. Aku kerutkan dahi bila dia tanya soalan yang aku dah jawab 2 hari yang lalu. Berhari- hari dia tanya aku benda yang sama. Aku pun tak tahu apa motif dia buat macam tu.

"Yalah, saya pun nak jumpa kawan lama. Exchange story dengan mereka. Saya rindu kawan lama sayalah, Tae" jawab aku lalu meletakkan tapak tangan aku pada pipi dia. Aku renung  anak mata dia. Dia balas pandangan dengan aku sebelum pinggang aku dipeluknya, wajahnya disembabkan pada perut aku.

"Tak payahlah.."

Aduhai. Apa pulak masalah Taehyung ni? Dahi aku yang sedia berkerut tambah berkerut dengan tindakan Taehyung yang tak seperti biasanya.

"Kenapa pulak? Bagi saya sebab kenapa saya tak boleh pergi majlis reunion tu" kata aku lalu lengan dia yang memeluk pinggang aku, aku leraikan dan genggam sebab Taehyung tak nak lepaskan pegangan tangan. Taehyung muncungkan bibir.

"Saya cuma takut.."

"Takut? Untuk apa?" Soal aku, dia letakkan kedua tapak tangan aku atas bahu dia sebelum menarik pinggang aku agar lebih rapat dengan dia.

".. that you may fall for someone new there" sambung Taehyung serentak buatkan aku ketawa kecil. Makin panjang muncung Taehyung lalu menarik aku untuk duduk atas riba dia. Dia tahan satu tangannya dibelakang agar tidak terbaring atas katil.

"Awak ingat saya ni jenis perempuan yang pantang sangat bila nampak lelaki ke? Even kalau saya jumpa orang lain pun, dia takkan dapat tanding dengan my beloved husband saya yang hot mahupun kacak ni." Jawab aku seraya mencubit perlahan pipi dia, leher dia aku peluk dan refleks wajah aku dengan dia rapat hingga hidung bertemu hidung.

"Cara sayang cakap pun macam sayang dah mula ada tanda- tanda yang sayang nak pasang lain selain saya-"

"Hisy! Saya cakap tak ada tu, tak adalah! Kenapa suka sangat fikir negatif ni?" Marah aku bila dia mula melalut yang bukan- bukan. Aku jarakkan diri aku dengan dia. Taehyung diamkan diri, rambut aku yang terurai dia selitkan ke telinga sebelum pipi aku dia sentuh dengan tangan kirinya lalu mengusapnya perlahan.

"Saya cuma risau-"

"Apa yang nak di risaukan Encik Kim Taehyung, intan payung saya. Saya pergi majlis reunion tu nak jumpa kawan, bukan cuci mata tengok lelaki lain. Awak tak percaya saya ke?" Kata aku lalu pandang anak mata dia, tangan dia masih setia melekap di pipi aku.

"Bukan saya tak percayakan sayang, cuma-"

"Kalau awak tak percaya, terpulanglah" kata aku sebelum berura- ura mahu berganjak dari atas riba dia tu. Belum pun aku melangkah setapak, dia dah tarik aku hingga aku terduduk balik atas paha dia. Taehyung berikan aku back hug sebelum pinggang aku dipeluknya erat.

"Saya bukan tak percaya, cuma ada kalanya yang paling disayang dan paling di percaya tu lah yang patut ditakutkan, saya ada baca-"

"Awak baca dari mana?"

"Novel"

"Haish, sebab tulah saya tegah awak baca novel cintan- cintun ni Taehyung. Apa yang berlaku dalam novel tu semuanya fantasi, jangan cakap awak terikut- ikut pulak sampai awak tak percayakan saya" kata aku, Taehyung diamkan diri. Dia letakkan dagu dia atas bahu aku.

"Emm.."

Aku mengeluh perlahan, lalu lepaskan pelukan dia di pinggang aku. Aku berdiri menghadap dia, Taehyung dongakkan kepala, memandang aku dengan anak mata redupnya. Pipi dia aku usap perlahan.

"Dengar sini abang sayang, boleh tak jangan fikir benda negatif? Saya ni yang ambik masa untuk dekatkan diri dengan awak, inikan pulak dengan lelaki lain. Saya lagi selesa duduk berdua dengan awak, lagipun kita dah ada Taemi, anak kita. Itu tandanya kita bahagia, saya nak awak hapuskan fikiran negatif dan think about Taemi and our family. I love you and so on you. Bila saya dah cakap macam ni awak masih nak cakap saya pasang lain?" Kata aku seraya jongketkan kening. Taehyung menyengih sebelum melingkarkan lengannya pada pinggang aku entah untuk kali ke berapa.

"Manalah tahu-"

"Hisy! Malaslah saya nak cakap dengan awak ni! Cakap dengan dinding lagi bagus!" Kata aku geram sebelum bertindak untuk lepaskan lengannya dari memeluk pinggang aku. Tapi tindakan Taehyung lagi cepat bila dia menarik aku untuk berbaring diatas katil disamping dia.

"Kenapa ni sayang? Asyik nak emo je?"

"Dah awak yang carik masa-"

Chup!

Taehyung menghadiahkan sekilas ciuman pada bibir aku serentak buatkan terdiam. Dia sengih kecil sebelum rapatkan diri aku pada dia. Dahi aku bersentuhan dengan dahi miliknya.

"Sorry, saya janji tak cakap macam tu lagi"

"Kalau awak ulang balik, tidur luar, jangan tidur kat bilik!" Kata aku buatkan Taehyung tergelak kecil. Dia letakkan lengannya pada pinggang aku.

"Saya janji tak buat dah, cuma satu je. Saya nak dengar awak panggil saya abang sayang macam tadi." Bisik Taehyung seraya menarik aku merapat dengan dia bila aku jarakkan diri dengan Taehyung.

"Tak naklah.. baik saya tidur"

"Sayang..." rengek Taehyung.

"Abang sayang saya nak tidur ni, dah malam jangan bising" kata aku lalu pusingkan badan membelakangi dia. Aku tahan gelak bila Taehyung bergerak merapat dengan aku.

"Tak dengarlah.. sayang cakap apa tadi"

"Tak ada siaran ulangan"

"Alaaaaaaaaa"

.

.

Lek lu, sap kok lu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top