pt.74📚
***
Tit.. tit..
Perlahan- lahan mata aku yang terpejam aku celikkan perlahan- lahan. Benda pertama yang aku nampak adalah dinding bercat putih dan bauan ubat- ubatan yang kuat. Aku toleh ke tepi, aku nampak Taehyung sedang bercakap- cakap dengan Seokjin manakala Hena pulak sedang mengatur langkah kearah aku.
"Yeo mi? K- kau dah sedar?" Katanya seraya menggoncang lengan aku perlahan. Aku kerutkan dahi, aku rasa sakit yang luar biasa pada bahagian perut aku. Mendengarkan ucapan Hena, aku senyum hambar manakala Taehyung dah berlari mendapatkan aku.
"Sayang dah okay? Sayang nak apa? Nak minum? Nak makan? Ke- kejap saya panggilkan doktor" kata Taehyung sebelum detik seterusnya dia berlari keluar, tapi tindakannya terbantut sebaik melihatnya hyungnya Seokjin yang dah lengkap berpakaian sut berwarna putih seraya menggeleng- gelengkan kepalanya. Saking paniknya sampai tak sedar doktor dari tadi dah ada kat situ.
"Ahhh hyung... palli cek wife saya!" Kata Taehyung lalu dia tarik Seokjin untuk cek keadaan aku.
"Sabarlah, hisy"
Seokjin keluarkan torchlight kecil lalu suluhkan pada mata aku, kiri dan kanan. Kantung darah yang digantung disamping aku dia periksa sebelum anak matanya beralih ke mesin pengesan nadi (idk😂) lalu menulis sesuatu pada bukunya.
"Dia dah okay, pendarahan yang dia alami taklah teruk sangat, just bagi dia rehat. Jangan gelojoh sangat" perli Seokjin sebelum menjeling Taehyung. Aku sengih kecil, Taehyung pulak membuat muka saja dia rapatkan dirinya dengan aku, tapak tangan aku dicapainya. Sejuk, memang sejuk.
"Sayang dah okay?"
Aku angguk perlahan dan betulkan cara duduk. Nak menyandar pada kepala katil. Tapi kemudian, aku sedar sesuatu. Pe- perut aku, rata je.
Mana baby ?
"Tae.. ma- mana baby? Kenapa perut saya rata je ni? Apa dah jadi? Mana baby Tae!" Mahu je aku menangis kat sana, takkan atas kecuaian aku sendiri, aku gugur dan baby.. baby tak ada? Aku ketap bibir aku, air mata aku bercucuran jatuh, sakit yang masih tersisa aku tak perdulikan lagi. Dalam fikiran aku hanyalah baby, baby dan baby!
"Mana baby?!"
"Sayang sabar dulu, tenangkan diri dulu sayang-"
"Macam mana saya nak tenangkan diri? Baby dah tak ada dalam perut! Baby tak ada! Mana baby Tae? D- dia okay kan? Bagitau saya yang dia okay! Please Tae.. please.." rayu aku seraya rambut aku, aku remas kuat. Aku menangis lagi, kali ini disebabkan baby. Taehyung menarik aku kedalam pelukan dia, dia hadiahkan kecupan hangat pada dahi dan kepala aku. Ingin aku lampiaskan kemarahan dia, ini bukan waktu nak bermanja- manja! Kenapa dia tenang saja ni?
"Awak-"
"Baby okay, dia dalam bilik bayi sekarang ni." Bisik Taehyung buatkan aku berhenti meronta. Tak faham sebenarnya. Taehyung yang tadinya memeluk aku mulai jarakkan dirinya sedikit untuk melihat riak wajah aku. Aku pandang dia tak percaya.
"Apa.. maksud awak?"
"Sayang it's okay. Baby okay, dia dalam bilik bayi. Selepas awak dimasukkan kedalam ICU malam tadi, Jin hyung terus decide nak bedah keluarkan baby dalam perut sebab air ketuban dah pecah. Kalau lambat beberapa saat, mungkin baby dah tak ada- ehhh kenapa nangis?" Taehyung menegur bila dengan drastiknya air mata aku bercucuran jatuh. Tak tahulah sebab apa, tapi yang pastinya aku menangis kerana bersyukur sebab baby okay dan- Taehyung yang tetap ada ketika aku tenat.
"Sayang? Heyy what's wrong?" Taehyung ketawa kecil lalu mengusap belakang badan aku, dia tarik aku kedalam pelukannya sekali lagi, rambut aku dielusnya lembut. Bautkan aku jadi tenang sekejap.
"Haih, tengok korang ni buatkan hyung rasa nak cepatkan tarikh kahwin pulak" Seokjin menuturkan kata- katanya bila dah lama berdiam diri. Taehyung jongketkan kening, Yeo mi masih berada dalam pelukannya.
"Eh kenapa pulak?" Hena menyoal, pelik dengan Seokjin. Wajahnya yang berkerut menandakan yang dia tak faham dengan kata- kata Seokjin. Seokjin senyum kecil, buku laporan pesakit diletakkan atas meja kecil lalu perlahan- lahan kakinya melangkah ke Hena buatkan gadis itu mengundur perlahan.
"Awak tak sabar nak kahwin dengan saya? Dapat baby, sediakan pakaian kerja saya, hidup berdua, tidur berdua, susah senang berdua? Saya dah ready untuk dapatkan baby, how about you? If you agree, i'll do anything for you.." gemersik saja suara Seokjin bersuara seraya mencapai tapak tangan Hena lalu menciumnya. Hena apa lagi, pipi yang elok putih terus merah macam lepas kena tampar.
Tak guna punya Seokjin!
"Hisy! Te- tepilah saya nak beli makanan u- untuk Yeo mi!" Laju Hena tepis tangan Seokjin lalu beg tangannya dicapai. Sepantas kilat Hena berlari keluar dari wad vip tu dan menghilanh disebalik pintu. Seokjin masih lagi dengan wajah selambanya.
"Hyung ni tak tahu malu"
"Haii apa yang nak dimalunya, bakal isteri juga kan, lagipun dia comel bila diusik macam tu. Hyung su- aish. Dahlah, hyung pergi dulu, jaga isteri kamu, kalau ada apa- apa hyung datang. Annyeong" kata Seokjin lalu berjalan keluar dari wad dengan penuh bergaya. Aku tersengih kecil, tubuh yeo mi aku tegakkan buatkan dia pandang aku.
"Dah okay dah?"
Dia angguk. Dengan matanya yang sembab dan rambutnya yang sedikit berserabut aku betulkan. Yeo mi pandang aku kejap, aku jongket kening, belum sempat aku nak bukak mulut, dia dah peluk pinggang aku, wajahnya dia sembamkan pada leher aku.
"Thank you, tae.."
"Untuk apa? Saya yang patut cakap macam tu." Jawab Taehyung, mungkin pelik kenapa tiba- tiba saja aku ingin mengucapkan terima kasih kepadanya.
"Awak! Ma- macam mana dengan Hana?" Aku leraikan pelukan, aku lupa tentang Hana, gadis yang hampir buatkan nyawanya dan baby hilang. Apa motif dia buat semua tu? Tak ada kerja ke apa? Mendengar soalan aku, riak wajah Taehyung berubah, dia nampak seperti sedang marah. Bibirnya diketap, tapak tangan aku digenggam erat.
"Kenapa tanya?" Nada suara Taehyung mendatar, nampaknya lelaki itu memang sedang menahan marah.
"Say-"
"Dia cuba bunuh awak, jadi saya dah halau dia keluar dari rumah. Saya dah pecat dia, jangan tanya pasal dia lagi. Dia bukan orang baik" mendatar lagi suara Taehyung buatkan aku yang mendengarnya kecut perut. Aku ketap bibir, rasa nyilu di bahagian perut, rasa nak muntah rasa berpinar- pinar. Haish.
"Sayang? Okay tak ni? Nak saya panggilkan Seokjin hyung?"
"Aniya.." jawab aku, perlahan- lahan aku baringkan badan aku pada katil dengan bantuan Taehyung. Dia selimutkan sampai ke dada. Aku hanya diamkan diri, sakit pulak rasanya perut ni. Aku diam bukan aku terasa dengan dia, aku cuma sakit perut, dan kalau asyik bersembang dengan Taehyung, dia buat lawak, ha terburai perut nanti. Hayyy
"Okay tak ni?"
"Okay, saya minta maaf bukan niat saya nak marah sayang, saya cuma risau-"
"Sokaylah Tae, eomma dengan ibu ada datang sini tak?" Potong aku, seraya menarik lengan Taehyung untuk duduk rapat dengan aku. Dia labuhkan punggung di kerusi dan capai tapak tangan aku sebelum digenggamnya lalu dicium lembut.
"Of courselah ada, cuma mereka sekarang ni tengah bergilir- gilir nak masuk bilik bayi" jawapan Taehyung buatkan bibir aku memuncung, alaaa eomma ni, takkan tak nak lawat orang dulu kut?
"Takpelah, sayang ada saya" bisik Taehyung buatkan aku tersenyum kecil. Dia cuit hidung aku perlahan lalu cium dahi aku lembut.
"So, dah ready ke nak buat our second baby?"
"Awak jangan memain Tae, saya baru melahirkan, takkan awak bunuh saya pulak!"
"Saya gurau jelah!"
"Masalahnya-"
"Bisinglah"
Cup!
Cup!
.
.
Em.
Emm.
Emmm.
Emmmm.
Kalau hambar habaq mai.😊
Nak Hana datang balik ke atau.. delete dia macam tu je? Atau serahkan je dia pada Hena biar Hena uruskan?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top