pt.18📚

°°°

yeo mi membuang pandang kearah taehyung yang sedang tertidur pulas diatas kerusi. sesekali terdengar dengkuran halus dari bibir lelaki itu. tidurnya yang dalam posisi duduk itu membuatkan yeo mi memandangnya pelik. badan tak sakit ke kalau tidur macam tu?

yeo mi melompat turun dari katil hospital yang baginya terlalu tinggi itu. selimut putih dicapainya lalu diletakkan diatas badan taehyung. lelaki itu menggeliat kecil sebelum menyambung tidurnya semula.

kenapala cikgu aku ni hot sangat, aish yeo mi, yeo mi.

yeo mi menunduk, wajah taehyung ditenungnya dengan teliti, kacak. patutlah ramai pelajar perempuan yang tergila- gilakan cikgu taehyung ni. hot namatey.

yeo mi berdiri tegak semula, dia memandang ke aircond yang terpasang, wad vip memang macam ni eh? pasang aircond macam nak bekukan pesakit. aish. lantas gadis itu menggosok lengannya, sejuk tu menusuk ke tulang.

dalam keterpaksaan menahan sejuk itu, yeo mi mengambil keputusan untuk bersiar- siar di bawah. besi tempat letak pek berisi air itu dia tarik dan keluar dari wad vip yang sejuk nakmatey tu.

dia melirik ke jam diatas kabinet di tempat kaunter pertanyaan.

5:37 a.m.

awal bebenor kau bangun ni yeo mi.

" eh, cik yeo mi dah sihat ke? " tegur satu suara yang halus, yeo mi berpaling. ahh, doktor hwang.

yeo mi menunduk tanda menyapanya, doktor hwang mengukirkan senyuman manis, dia melangkah menghampiri yeo mi, kedua tapak tangannya dia masukkan kedalam kot putihnya.

" ya, bolehlah. terima kasih sebab rawat saya " ucap yeo mi, dia mendongak untuk memandang doktor hwang yang tinggi itu. asal tinggi je hot, asal hot je tinggi. eih!

" iyeke dah oke ni? " doktor hwang menunduk untuk menyamakan ketinggian mereka. yeo mi hanya terkebil- kebil. doktor hwang tergelak kecil apabila melihat reaksi gadis itu. lantas dia menjauh.

" awak nak kemana ni? awal sangat, tak sejuk ke? " soalnya, yeo mi dipandangnya lalu pandangannya jatuh ke jam di tangannya.

" erk, saya nak keluar siar- siar kejap. duduk dalam wad tu bosanlah. dahla sejuk eii " rungut yeo mi lalu menggosok lengannya.

doktor hwang tersenyum, kenapa comel sangat budak ni?

" ouh, memanglah sejuk. awak duduk wad vip. erm, by the way, mana suami awak? tak nampak pun sejak dia masuk malam tadi lepas beli makanan dekat bawah, dah balik ke? " doktor hwang meraup rambutnya ke belakang.

" ahh, suami saya ada je, dia tengah tidur tu, penat sangat kot. yalah, saya yang ajak dia berbual sampai tak ingat dunia. meriah wad tu jadinya " jawab yeo mi lalu tergelak kecil apabila teringat yang cikgunya itu tersenguk- senguk saja dia atas kerusi sambil telinganya menderita akibat terpaksa mendengar ceritaku.

doktor hwang terangguk- anggukkan kepalanya.

" okelah, kalau macam tu saya pergi dulu, nak tengok bebudak dekat wad kanak- kanak kejap, nak ikut? " ajaknya.

aku mengangguk laju. wad kanak- kanak. mesti budak dekat sana semuanya comelkan?

" okey, marilah ikut saya. erm ini pula " doktor hwang menundingkan jarinya ke besi pemegang pek berisi air itu.

" wae? " soal yeo mi tidak mengerti.

" biar saya tolong bawakan untuk awak " ujar doktor hwang dan menarik pelan besi tersebut dari pegangan yeo mi.

" nanti awak susah nak berjalan pulak " kata doktor hwang lagi, senyuman 'angelic smile' diberikan kepada gadis itu.

" erk, o-okeylah " yeo mi menggosok lengannya, kekok dengan keadaan mereka berdua sekarang.

°°°

yeo mi mengukirkan senyuman, dia melutut didepan seorang budak lelaki yang boleh dianggarkan usianya dalam lingkungan 5 tahun itu. pipinya kemerah- merahan, mata hitamnya yang bundar dan bulat itu menyenangkan. comelnya ya ampun.

" hai nuna " sapanya seraya mengusap pipiku. aku hanya tersenyum. eii anak siapa ni, aku culik kang.

" adik ni nama siapa? " soal yeo mi, budak lelaki itu memandang keatas, berfikir mungkin.

" ahh, matta! saya dah ingat. nama saya hae jun nuna " jawabnya seraya mempamerkan berisan giginya yang putih tersebut.

" hae jun nuna? " soalku tidak mengerti, hae jun hanya mengangguk.

" saya tengok nuna ni cantik, jadi saya nak jadikan nuna tu nuna hae jun. yeppo " katanya, aku mencubit geram pipinya. hae jun hanya tergelak melihat tingkahku. ini yang aku lemah ni. comel!

" nuna.. " aku menoleh ke samping, eh? hae jun? bukan dekat depan aku jer ke tadi?

" eh adik " aku memandang dua figura kanak- kanak yang berwajah sama itu. makin hairan aku jadinya.

" nuna ini pula hae jin, kami kembar! " ucap hae jun riang. oh my gad, heaven! aku memutarkan tubuhku ke hae jin, budak yang satu ini nampaknya sedikit pemalu orangnya.

" nama hae jin eh? oh nomu kiyowo " hae jin hanya menunduk, halahh malu- malu kucing gitu. aku mengusap pipinya. mak aii, gebunya! kenapalah aku tak minta adik dekat eomma dulu? kalau tak dah lama aku timang- timang dekat rumah. oh eomma! yeo mi nak adik baru!

" cik yeo mi " tegur satu suara dan berhasil membuatkan aku mendongak untuk memandang gerangan siapa yang memanggilku tadi.

doktor hwang melangkah menghampiriku, aku berdiri tegak tanpa melepaskan pegangan tanganku terhadap kedua budak lelaki kembar tersebut.

" comel? " tanyanya

" eii sudah tentulah! " jawabku, pipi kedua kembar tersebut aku cubit geram. mereka hanya tersengih melihat gelagatku.

" erm cik, masa melawat sepatutnya dah habis, mereka pun nak balik ke bilik masing- masing. so jom, kita keluar. manatau suami awak tercari- cari awak " ajak doktor hwang, lelaki itu berlutut didepan hae jin, dia menghulurkan sepaket cookies kepadanya. hae jin menyambutnya dengan lambat. malu mungkin. doktor hwang tersenyum lalu menggosok kedua kepala budak kembar tersebut.

" so jom " ajaknya dan melangkah keluar dahulu.

" annyeong nuna! " jerit hae jun riang sambil dipimpim oleh nurse yang bertugas disitu. nomu kiyowo!

°°°

clek!

aku membuka pintu bercat putih itu, wajah taehyung yang sedang merenungku dingin itu menyapa pandangan mataku. lelaki itu sedang bersandar di katilku sambil berpeluk tubuh. matanya tidak lepas memandangku. waeyo?

" yeo mi dari mana? " soalnya sebaik saja aku menutup pintu, nadanya dingin dan tegas.

" saya dari bawah tadi, niat nak bersiar- siar tapi-- "

" bersiar- siar? dengan siapa? lelaki? " soalnya laju, memintas kata- kataku.

aku memandangnya, cuba untuk mencerna kata- kata cikgunya itu.

" ya, saya memang keluar dengan lelaki cikgu. tapi dia tu doktor yang merawat saya jugak. nama dia doktor hwang. cikgu kenal jugak kan? " jawab yeo mi, dia menginginkan bahawa andaian cikgunya itu hilang serta merta.

cikgu taehyung merenungku tajam, mencari kebenaran dalam kata- kataku, mungkin. tapi seketika kemudian dia mengeluh.

" saya kenal doktor tu yeo mi, tapi awak kena tau, doktor tu lelaki, awak perempuan dan isteri saya. lagi satu, awak tak minta kebenaran dari saya bila nak keluar.

awak tau tak betapa risaunya saya bila saya celik je mata awak tak ada dekat atas katil depan mata saya? awak tau tak apa yang nurse dekat sini mula panggil awak ? perempuan tak tau malu yeo mi.

gatal nak mengorat doktor kacak tu, dia bujang, tapi awak dah sah jadi isteri saya. awak tau tak apa perasaan saya? ego saya tercalar yeo mi. mereka anggap yang saya ni tak pandai jaga isteri. walaupun kita kahwin ni tanpa rasa sikit pun cinta. tapi saya tau yang awak tu tanggungjawab saya yeo mi. yeo mi.. "

taehyung memandang yeo mi, sudah ada air mata yang mengalir di pipi gadis itu. tapi hatinya juga sakit. rasa teraniaya pun ada jugak. yeo mi anggap dia tak wujud? itu menyakitkan.

".. patut fikir dulu baik buruk benda yang awak nak buat. saya.. hah " taehyung mengeluh pelan. lelaki itu berjalan melepasi yeo mi.

" saya nak ke sekolah dah ni, nanti petang saya akan ambik awak. saya dah cakap dengan nurse yang buat round tadi. petang ni awak boleh keluar " sambung lelaki itu sebelum mengatur langkah ke pintu.

" jaga diri " ucapnya lagi sebelum pintu wad ditutup rapat, yeo mi masih berdiri di hujung katil. tangisnya pecah perlahan- lahan.

maafkan saya cikgu.

.

.

.


[Thank you for reading. Do vote and comment

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top