pt.10📚

°°°

kringg !

aku mecelikkan mataku dan memandang jam ditepi katilku.

5:32 a.m.

aku membulatkan mataku dan cepat-cepat menyibak selimut sebelum berlari masuk kedalam bilik mandi.

kenapa set alarm jam 5 lebih pagi ? tengok, kan dah kelam kabut.

beberapa minit kemudian aku keluar dari bilikku apabila lengkap berpakaian uniform sekolah.

gadis itu, tanpa sempat menyisir rambutnya berlari menuruni anak tangga dengan beg galasnya.

" eomma kenapa tak-- " langkah kakiku terhenti ke anak tangga yang terakhir.

aku mengeras ditempat.

" yeo mi buat apa dekat situ ? mari makan sarapan "

eomma menghidangkan roti bakar diatas pinggan dan segelas susu hangat.

aku menghampiri meja makan dan mencapai susu hangat tersebut lalu ditenguk, bagi menghilangkan rasa gemuruh yang tiba-tiba menerpa dirinya.

" cikgu buat apa dekat sini ? "

cikgu taehyung hanya menghadiahkan senyuman tipis kearahku. dia berdiri dari duduknya.

" kami pergi dululah, makcik "

cikgu taehyung menunduk ke eomma sebelum menarikku keluar dari rumah, nasib sempat dicapainya roti bakar bagi mengalas perut.

belakang tubuh cikgu taehyung dipandang dan tanpa sedar aku terhantuk belakang badan cikgu taehyung yang tiba-tiba menghentikan langkahnya.

" ish cikgu ni "

dahiku diusap, cikgu taehyung membalikkan badannya dan melepaskan lenganku dari pegangannya.

" yeo mi, kita perlu.. "

dia menatapku sejenak.

".. berbincang "

lelaki itu kemudian berjalan ke pintu kereta dan membuka pintu tempat pemandu.

" masuk cepat "

arahnya sebelum meloloskan diri kedalam keretanya.

aku mencebik sebelum memasukkan roti bakar kedalam mulutku dan dengan langkah cepat aku memasuki keretanya.

sebaik pintu ditutup dia terus memecut keretanya.

" cikgu.. nak bincang pasal semalam tu ke ? "

aku bertanya dengan berhati-hati kerana takut kalau tiba-tiba lelaki itu beremosi, tak pasal pasal dilanggarnya kereta orang.

dia melirikku sekilas.

" ya, saya nak bincang pasal tu "

cikgu taehyung menjawab tanpa memandangku.

" walaupun macam apapun keputusan yang cikgu buat, saya akan terimanya. "

aku mengunyah roti bakar yang masih bersisa di mulutku. fikiranku kosong.

entah, jawapan apa yang patut diberikan kepada lelaki yang hanya dikenalinya sebagai cikgu.

kalau diluah mati bapak, kalau ditelan mati mak. aiguuu biarlah cikgu yang buat keputusannya.

" kenapa ? "

" sebab saya tak mampu nak tolaknya.. "

rambut yang kusut dibetulkan dengan diselitkan kan ditepi telinga.

lelaki itu hanya mendiamkan dirinya, buntu mungkin.

aku melirik ke cikgu taehyung yang sedang memandu, wajahnya tegang. stereng kereta dipegang erat.

" kamu tak perlu paksa diri kalau kamu tak nak. perkahwinan ni bukan sesuatu yang boleh dibuat main. kamu masih muda dan masih ada masa untuk menikmati hidup "

" tapi cikgu, kalau itu yang boleh buat eomma dan appa gembira.. saya akan buat "

wajah cikgu taehyung dipandang. kelihatan dia sedang menahan amarahnya. bibirnya diketap geram.

" maafkan saya, cikgu "

hanya itu yang mampu aku ucapkan.

°°°

Jisoo

" hai cikgu kim, banyak kerja nampak "

tegur satu suara yang kekenali, aku mendongak untuk memandangnya.

ken sedang berdiri didepanku.

" macam yang awak tengok "

aku mengangkat bahu. susu berperisa coklat dihulurkan kepadaku. dengan cepat pemberiannya aku terima kerana waktu itu aku berasa dahaga tetiba.

" bebudak buat hal ? "

ken duduk ditempat yang iaitu disampingku. kata-katanya hanya disambut anggukan dariku.

" jadi bila.. awak akan berpindah ke sekolah di seoul ? "

ken memakai kaca matanya, buku laporan dicapai lalu diselak satu persatu.

aku menoleh kearahnya.

" minggu depan, lagipun saya nak pindahkan barang-barang saya ke rumah baru dahulu. baru senang sikit kerja "

wajah lelaki itu ditenungnya lama.

" mungkin saya akan rindukan sekolah ni.. "

dia menoleh kearahku dengan senyuman manis dibibir.

" saya ? tak rindu ? "

katanya sebelum berjalan kearah rak buku dibelakangnya.

" mungkin tak "

aku berseloroh dan berhasil membuatkan dia berpaling kearahku semula. dia tersengih.

" tak apalah, kita bukannya orang penting pun kan ? "

ken duduk ditempatnya semula, beberapa lembar kertas yang berisi ucapan yang disediakan olehnya sendiri itu dia masukkan kedalam fail berwarna biru.

besok dia perlu menerangkan kepada pelajar yang akan mengambil exam 2 bulan lagi sebagai persediaan untuk mereka hadapinya.

aku tersenyum sendiri.

" taklah, saya tak akan lupakan awak " ucapku dan serentak itu, terukir sebuah senyuman dibibir lelaki itu.

senyuman yang biasa baginya.

°°°

Yeo mi

Aku memandang malas ke buku math diatas mejaku.

sungguh, moodnya untuk belajar hari ni lansung tidak ada, apa yang cikgu yoongi kata langsung aku tidak didengarinya.

semuanya disebabkan hal semalam dan pagi tadi.

hal yang akan menentukan arah tuju hidupnya.

aku merusakkan rambutku dan denga kasar aku meletakkan kepalaku diatas meja.

" kau kenapa ? "

hena bertanya dengan suara separuh berbisik.

aku menggeleng.

" eleh tipulah kau "

hena menyiku lenganku.

aku mendongak memandang hena. dia sedang fokus terhadap penerangan yang cikgu yoongi sedang buat.

haaa patutnya aku tak datang tadi.

°°°

Aku menolak troli yang berisi buku yang baru aku kembalikan.

disebakan ketidakhadiran myung soo jadi dia terpaksa mengambil tugas mengendalikan perpuatakaan.

aku menjeling ke arah beberapa orang pelajar yang nampaknya sedang berdating, bukan belajar itu dengan malas. mereka sedang berjalan keluar dari perpusatakaan meninggalkan beberapa buah buku diatas meja.

dah ambik, tak reti nak simpan balik. haa baguslah tu.

aku menghampiri meja mereka tadi.

" adab simpan mana ? aiguu rak buku tu bukan ghaib pun. takkan tak nampak pulak ? "

aku dengan malas mencapai buku mereka tadi dan meletakkannya semula diatas rak buku mengikut nombor yang telah dilekatkan pada buku.

myung soo ni pun satu

aku mengusutkan rambutku dan troli diletakka ditempatnya semula.

jam didinding dipandang sekilas.

6:48 p.m.

oh wow.

aku mengeluh kesal. kalau aku ajak hena tadi kan tak apalah.

beg galas yang tergeletak elok diatas lantai dicapai sebelum kunci perpustakaan dicapai.

aku mengunci gril dengan mangga dan menelitinya semula bagi memastikan ia sudah terkunci.

aku mengatur langkah ke luar sekolah dan terus melepasi bustop sekolah yang lenggang kerana bas tidak ambik pada masa ini.

aku menendang batu kecil yang ada didepanku.

pin !

serentak kepalaku tertoleh ke belakang.

aku berjalan ketepi untuk memberikan kereta berwarna kelabu itu gerak dan meneruskan jalanku.

pin!

aku menoleh semula ke kereta tersebut.

" nak apa lagi ? dah bagi jalan kan "

aku menghentikan langkah kakiku dan kereta itu perlahan-lahan bergerak dan berhenti didepanku.

cermin kereta diturunkan.

eh, cikgu ?

" kamu dari mana ? "

" perpustakaan ganti tu-- "

" masuk cepat "

arah cikgu taehyung dan serentak itu dia menaikkan semula cermin keretanya.

aku berlari anak memasuki kereta cikgu taehyung.

" kamu buat apa dekat perpustakaan ? myung soo kan yang bertugas hari ni "

cikgu taehyung memulas stereng keretanya dan mulai bergerak ke destinasi.

" myung soo tak datang, jadi saya dengan sukarela tawarkan dirilah "

beg galas diletakka diatas ribaku untuk menutup bahagian lutut.

" sejuk ? "

cikgu taehyung bertanya seraya mengurangkan suhu penghawa dingin.

" taklah manada sejuk "

suasana didalam kereta kembali hening.

" erm, pasal perkahwinan tu.. "

aku menoleh ke cikgu taehyung yang sedang fokus terhadap pemanduannya.

".. saya akan ikutkan saja kehendak orang tua kita "

tuturnya berhati-hati. aku menunduk memainkan lengan kot baju seragam sekolahku.

" tapi kita akan tetap teruskan hidupan kita macam biasa, kamu sebagai pelajar saya dan saya sebagai cikgu kamu "

aku hanya mengangguk.

" tapi yang beza cuma satu.. "

aku menoleh kearahnya. dia memandangku sebelum berkata.

".. kita suami isteri yang sah "

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top