Everything Will Come To An End

▬▬▬▬▬▬▬

"KANG HARAM!"

Kepala terus diangkat, mataku membulat melihat seorang perempuan sedang berdiri tegak dihadapan wajahku dengan lidah ditolak ke pipi kanan, tangan yang bersilang didada.

Park Aera..?

"Kau ni, aku tengah syok cerita pasal mimpi aku kahwin dengan Myul Mang, kau boleh pulak tertidur!"

Aku terkebil-kebil memandang perempuan dihadapanku ini sebelum realiti melanggar aku seperti lori balak.

Ah.. Yanchin. Mang Yanchin. Boleh dikatakan dia ialah sekadar peneman aku didalam perpustakaan ini. Jarang-jarang sekali kami duduk bersama disebabkan itu aku ingat lupa namanya.

Perasaan curiga mula timbul didalam hati. Bagaimana wajah Yanchin boleh lebih kurang sama seperti Park Aera, wanita didalam mimpi aku?

Leher belakang ditepuk-tepuk, cuba untuk menghilangkan rasa mengantuk. Tanganku naik menggosok mata lalu air liur basi yang berbekas dipipi, dilap bersih.

"Ah.. dah berapa lama aku tertidur ni?" Soalku sambil mengemas barangku yang bersepah diatas meja perpustakaan itu.

Saat mata meliar mencari pena berwarna hitamku, tiba-tiba mataku tertacap pada sebuah buku berwarna hijau yang sudah terbuka, seakan seseorang sudah separuh membaca buku itu.

Baru saja ingin mencapai buku itu, seseorang lantas mengambil buku itu terlebih dahulu.

"S-Sunbae Areum-" tergagap-gagap Yanchin menyebut nama perempuan yang merebut buku berwarna hijau itu.

Dahiku berkerut seribu, hairan.

“Areum..? Bae Areum?” Aku menyoal, ton nada suara perlahan seakan berbisik pada diri sendiri.

Akibat suasana didalam perpustakaan begitu sunyi sepi dan hanya ditemani bunyi kipas siling, iris mata hazel Areum yang sedang merenung wajah ketakutan Yanchin terus beralih padaku pula, seperti dia terdengar bisikan aku sebentar tadi.

Matanya menjadi kecil, cuba untuk fokus melihat muka aku sebelum matanya terus membulat besar.

Tiba-tiba, satu suara memanggil dirinya.

"Noona!" Pantas aku menoleh, melihat gerangan siapa yang memanggil dirinya tetapi saat melihat lelaki yang sama dalam mimpi aku sebentar tadi, langsung rahangku terus jatuh.

Jeon Jungkook—


"Noona, jom pergi makan! Koo dah lapar.." budak lelaki berpakaian kemas itu memuncungkan bibirnya pada wanita itu. Sempat dia memandang aku sekilas dan memberi senyuman kecil sebelum dia memeluk lengan Areum.

"Huh? Ah.. Okey, Kook pergi tunggu dekat kafeteria dulu. Noona datang sekejap lagi," ujar Areum sambil matanya tidak beralih daripada aku.

Tetapi Jungkook tidak mengalah, sebaliknya dia menarik tangan Areum sambil merengek.

"Alah! Noona ni! Nanti-nanti jelah buat pertandingan renung! Kook nak makaaaaannnn!"

"Eh— eh janganlah tarik! Kook, sabar! Hey!" Tubuh perempuan itu terus terdorong saat tangannya ditarik Jeon Jungkook, perlahan-lahan figura mereka berdua tidak lagi kelihatan didalam perpustakaan ini.

.

.

.

.

.

Otak aku masih tidak boleh berhubung. Sistem memahami tentang apa yang baru aku diberitahu Yanchin tadi tidak masuk dek akal.

Bagaimana, Jeon Jungkook yang aku mimpi itu rupa-rupanya ialah adik tiri kepada Bae Areum?

Minuman air tin Sprite yang baru dibeli dari mesin layan diri tadi langsung diteguk.

Gulp.

Aku hanya bermimpi. Ini bukan realiti.

Gulp.

Kalau betullah ini realiti..

Gulp.

Pasti Taehyung dan Elisa sudah berada disini.

Gulp!

A-Aku pasti, aku masih sedang bermim—

"Kalau tengah minum, pergilah duduk kat bangku tu. Buncit perut nanti," serta merta mata aku membulat apabila tiba-tiba ditegur suara husky seseorang.

Mataku bertemu dengan iris coklat cair nya. Sempat bibirnya menghadiahkan sebuah senyuman petak yang sudah pasti boleh menggegarkan satu dunia.

Oh.

My.

God.

Wajahnya bertukar hairan saat aku sudah membeku dihadapannya. Baru saja mahu menyentuh bahu ku,

"PFFT!"

Air yang diteguk rakus tadi, terus tersembur keluar tatkala aku tersedar si pemilik wajah kacak ini mula mendekati diriku.

Terbatuk-batuk aku saat air bergas itu masuk ke dalam rongga hidungku. Ah, bagaikan baru muntah rasanya.

Satu saat, baru aku tersedar.

Heol. Kim Taehyung...

Sudah terkena air semburan aku.

Baru saja mahu mendekati tubuhnya yang sudah membongkok, suara seseorang perempuan dari jauh sudah membuatkan aku terkaku.

"Eyo Taetan! Aku dah bawak— Eh? Taehyung, apa yang dah terjadi? Kenapa muka kau basah?" Pelbagai persoalan yang keluar dari mulut wanita itu, terus membuatkan aku tidak berani tampil berhadapan dengan Kim Taehyung untuk meminta maaf atas perlakuan dungu aku tadi.

Tanpa mempedulikan mereka, cepat-cepat aku terus membuka langkah seribu.

.

.

.

.

.

Langsung tiada simpan sebarang perasaan marah, Taehyung cuma melepaskan ketawa kecil.

"Hahahaha takde apa lah. Aku okey je. Terkena semburan air Sprite orang. Salah aku juga sebab main tegur saja tapi lawak lah pulak hahahahaha,"

Riak wajah Elisa terus berubah hairan melihat perangai tidak waras Kim Taehyung.

Apa kejadah kena sembur dengan air liur orang pun dia masih boleh rasa benda itu lawak?

"Kau merapu apa ni, setan? Otak kau jatuh ke apa? Gila eh? Kesian," sindir Elisa bertubi-tubi tetapi jawapan yang keluar dari mulut Kim Taehyung mengejutkan wanita itu.

"Mungkin.. Mungkin aku dah gila sebab terjatuh hati dekat perempuan tadi.." tutur Taehyung perlahan, didalam hatinya berharap dia masih dapat berjumpa dengan wanita itu lagi.

Perasaan yang dia rasakan pada wanita itu.. berlainan dengan wanita-wanita didalam Universiti ini.

Tidak dapat dijelaskan. Ianya sesuatu yang sangat rumit.

Yang pasti, Taehyung perlu berjumpa dengan wanita itu lagi.

"Perempuan mana pulak ni? Mana ada perempuan lain selain aku je dekat sini.." bibirnya diketap, terasa seperti Kim Taehyung sudah melupakan dirinya yang sudah bertahun bersama dengan lelaki itu.

"Kau tahu Tae.. aku sebagai k-kawan kau, kesian betul lah tengok kau ni..." Bahagian kawan itu benar-benar membuatkan Elisa tergagap. Nafas ditarik sedalam mungkin sebelum dia menyambung semula.

"Sudahlah! Lain kali aku bagitahu si budak Mangkook tu, tak payahlah ajak kau main game lagi. Makin gila dah anak Kim ni," dengan sekali lafaz, Elisa terus berjalan meninggalkan Kim Taehyung yang sudah terpinga-pinga.

Tidak sanggup lagi mahu mendengar cerita karut Taehyung— kerana si hati kecil sudah mula menangis melihat si bidadara tempang sudah berjumpa dengan jodohnya. Manakala dia, hanyalah sebatang tongkat yang digunakan untuk membantu lelaki itu berjalan semula. Apabila si diri bidadara sudah baik, tongkat itu pasti akan langsung ditinggalkan.

Tidak ubah langsung seperti diri Elisa Park.

"Huh? Eh Lis, kau nak pergi mana? Weh! Sabar lah sekejap! Elisa tunggu lah aku!"

.

.

.

.

.

Kang HaRam's POV

Park Aera, Bae Areum, Jeon Jungkook, Kim Taehyung, dan Elisa Park..

Itu semua adalah nama - nama karakter didalam buku hijau yang sudah aku baca didalam perpustakaan tadi. Tapi.. bagaimana mereka boleh ada didunia nyata juga?

Setahu aku, aku baca cerita itu kemudian aku tertidur tapi takkan lah waktu aku bangun saja, aku sudah jadi gila?

Bukan ke semua didalam cerita itu hanya lah sebuah fiksyen? Fiksyen ialah karya sastera penulisan yang dicipta daripada imaginasi penulis. Watak-watak itu semua adalah khayalan! Tapi macam mana—

"Calm down, calm down, dear self. Mungkin, ini hanya lah satu kebetulan? Nama yang sama tetapi orang yang berbeza?" ujar ku pada diri sendiri, cuba untuk menenangkan hati.

Seperti yang kau lihat, Jeon Jungkook bukan lelaki yang clingy, dia juga tiada kakak tiri bernama Bae Areum. Kim Taehyung dan Elisa Park adalah CEO syarikat bukan pelajar Universiti!

Park Jimin.. Bukan ke dia ialah karakter utama? Tapi dimana dia sekarang? Jikalau dia tiada maksudnya ini semua benarlah hanya sebuah mimpi!

Aku bukan lah roh sesat yang termasuk didalam alam lain dan badan manusia lain ataupun hanya berilusi. Aku cuma bermimpi. Ya, ya. Aku pasti!

Senyuman gembira terus terukir dibibir tetapi senyuman itu terus pudar tatkala hujan mula turun secara lebat, membasahi bumi serta tubuh kecilku.

Aku mula menggelabah apabila teringat baju tee yang dipakaiku ketika ini adalah berwarna putih—

Kiri kanan dipandang, malu teruk lah aku kalau-kalau ada orang disekitar padang di Universiti ini.

Mataku mula meliar mencari kawasan untuk berteduh seketika tetapi pondok dipadang itu terlampau jauh sama saja jaraknya seperti bangunan kampus universiti itu.

Pasti, sesampai saja diantara dua lokasi itu, aku sudah basah lencun.

Argh! Dari mimpi sampai realiti, hidup aku memang selalu malang! Adakah ini disebabkan nama aku?

VROOM! VROOM!

Tiba-tiba, dari jauh kedengaran bunyi deruman kuat engin motorsikal seseorang, semakin menghampiri Universiti ini, semakin dekat dengan tempat yang sedang aku berdiri kaku.

Bagaikan tiada hujan lebat, aku setia menanti motorsikal itu, terdetik rasa ingin tahu dalam diri, siapakah penunggang motosikal itu? Kacak ke dia? Mana tahu, jodoh aku seperti didalam drama korea.

Jumpa lelaki idaman dalam hujan! Eeee cringe!

Langsung tidak mempedulikan baju tee putihku yang sudah basah lencun, aku menunggu tidak ubah seperti seorang dungu didalam hujan.

1 minit..

2 minit...

Tiada. Bunyi deruman kuat engin motosikal tadi tiba-tiba saja sudah hilang bagaikan ditelan bumi.

Mata dipejam rapat, ugh malunya!

Kalau aku dah lari ke kampus tadi, pasti bajuku tidak sekuyup ini!

Ah.. Apa sajalah yang difikirkan aku tadi?

Kepala digelengkan, sebelum tanganku naik memukul lembut kepala sendiri.

"Ey! Stupid, HaRam! Stu—"

VROOM!

Mata yang dipejam rapat seketika tadi serta-merta terbuka semula tatkala motosikal berkuasa tinggi yang hilang sebentar tadi, sekarang ini berhenti betul-betul dihadapan aku.

Terkebil-kebil aku memandang penunggang itu. Dia sedang mengajak aku naik ke? Eh— Takkan lah! Aku tak kenal—

Helmet hitamnya dibuka sebelum, jaket kulit yang dipakai pada tubuhnya dibuka lalu diberikan padaku.

"Pakai cepat. Baju awak dah basah kuyup tu, saya tak suka orang pandang hak saya." Percaya atau tidak, aku hampir pengsan apabila mendengar suara garau itu.

Bagaikan tidak percaya, aku mula menyoal perlahan.

"Hak..?" Dia yang memakai pelitup muka terus memandang aku dengan kening yang terjungkit sebelum tertawa kecil. Pelitup mulut itu terus ditarik ke bawah, mendedahkan wajah kacaknya yang ditunggu-tunggu semua orang.

Bagaikan dipanah petir, aku terkaku dibawah hujan lebat itu. Masa seakan berlalu sangat perlahan. Iris mata coklatnya bertentangan dengan aku.

Senyuman nakal itu..

Wajah yang serupa mochi tetapi mempunyai pandangan mata yang sangat memukaukan...

Oh my god. Itu dia, Park Jimin—

"Ah.. Saya baru je tukar warna rambut hari ni tapi awak dah tak dapat cam saya. Hm.. Kalau saya upgrade satu badan jadi macam Captain America, mesti girlfriend cantik saya ni terus amnesia, hm?"











T A M A T

Antagonist dah tamat? Anda terkejut? Saya lagilah terkejut HAVSJSHAHAHAHAA

Tbh, aku masih tak boleh lepaskan fact yang aku dah tamatkan ASOAL setelah beberapa bulan meng-update setiap 14 chapters dengan 1k+ words. It's been so rough for me, but i made it— EH NO NO NO! We, made it to the end, my baby fries nation. ꒰⑅ᵕ༚ᵕ꒱˖♡

Sebenarnya, aku tak pernah sangka, ada orang yang masih support cerita ni walaupun merapu dia macam katak comel minta kena pijak HABSABAHABAJABAJAHAHA sowwy :3

Apapun— THANK YOU SOOOOOOO MUCH KEPADA SETIAP PIHAK YANG SUDI SUPPORT CERITA INI DARI AWAL SAMPAI AKHIR 😭😭😭 TAK LUPA JUGA, SEMUA PARA EDITOR COVER BOOKS YANG PERNAH BUATKAN COVER UNTUK CERITA NI! THANK YOU DAN SORRY KEPADA SEMUA YANG TERPAKSA MENUNGGU STORIES YANG LAIN UPDATE HANYA KERANA AKU NAK TAMATKAN CERITA NI 😔❤️❤️❤️❤️❤️❤️

🦋❤️: Taemanis- volcanjeon latterin29 maz3gf TaekahFabulous b0bam1lk4u  anakangkatdimitrescu jaykayjeons chimday_ taepple- JAYCHIM_ KYEOMKISS  morkue-

only god knows how to repay my love kepada semua pembaca ASOAL dan to all my pwends yang ada disisi aku time cerita ni mula dan tamat 😭❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Sweet notes to all of you diluar sana sebelum aku mula menutup tirai ASOAL,

“Lupakan. Lupakan segalanya yang sedang mengganggu fikiran korang. Sekarang, aku just nak korang ingat yang aku sentiasa berada disisi korang seperti mana korang berada disisi aku. Thank you, just thank you so much being here for me. Aku akan balas balik jasa budi baik korang semua pada masa akan datang. Thank you and i love you! Stay safe, stay pretty and stay in my heart! ❤️”

Dan sampai disini sajalah perjalanan Antagonist : Story Of A Liar.

Dengan ini, pottaetto menutupi tirainya.

[Start: 21 August 2020]

[End: 03:35 am, Isnin, 21 Jun 2021]

Semoga kita berjumpa lagi dibuku yang lain! ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top